Rabu, 6 April 2011

Meniti Usia Senja...

Assalamualaikum.

Tak mudah rupanya nak beristiqamah. Hampir 2 bulan blog tak dikemaskini. Bukan tiada masa, tapi kemalasan melanda lantaran banyak perkara lain yang perlu diberi tumpuan.

2 April 2011, bertambah lagi usia Ummi. Terasa sangat zaman usia yang sedang meniti senja. Namun suami tercinta dan anak-anak tidak pernah lupa untuk meraikannya. Terimakasih Abi, terimakasih anak-anak Ummi. Kalian memang yang terbaik buat Ummi!

Bersama anak bongsu Ummi, Atiqah Maisarah.
"Terimakasih adik...hmm...apa agaknya hadiah dari adik ni?"

Bersama anak ke-4 Ummi, Aisyah Farihah.
"Haha...Aisyah beli mana hadiah untuk Ummi ni?"

Bersama anak ke-3 Ummi, Amirah Zahidah.
"Haa...ni mesti kakak pakat ngan Abi buat surprise kat Ummi eh...hehe.."

Bersama suami tercinta...
"Terimakasih Abi atas hadiah yang begitu bermakna dan mengejutkan! Ummi sangat-sangat menghargainya dan InsyaAllah akan Ummi manfaatkannya sebaik mungkin."

Dua anak lelaki Ummi dah kembali ke Mesir bagi menyambung pengajian. Namun pada tarikh 2 April ini Ummi turut menerima sms dari mereka sempena hari kelahiran Ummi. Ucapan doa dari anak-anak soleh yang cukup bermakna...

"Ya Allah , ya Tuhanku . Engkau berikanlah kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan & kejayaan kepada kedua ibu bapaku di dunia dan di akhirat, Engkau ampunkanlah dosa-dosa mereka ya Allah. Engkau sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak aku kecil. Engkau berikanlah kesihatan kepada mereka, Engkau ringankanlah segala beban mereka. Engkau lindungilah mereka dari mereka lupa atas kewajipan mereka. Sayangilah mereka ya Allah...Engkau lindungilah mereka dari azab seksa api neraka, tempatkanlah mereka bersama dengan orang-orang yang beriman & bertaqwa. Kabulkanlah doa hambamu yang lemah ini ya Allah...Aamin ya Rabbal aalamiin..."

Itulah juga doa Ummi buat ibu dan ayah tercinta. Hari ini genap 41 tahun mak melahirkan Ummi. Ummi cium tangan mak. Ummi usap ubun-ubunnya. Mak dah tak berdaya. Terlantar sejak 6 bulan yang lalu. Tiada suara yang mampu didengar. Ummi benar-benar rindu! Rindu pada suara mak, rindu pada usapan mak dan paling Ummi rindu adalah ucapan dari mak di kala hari lahir Ummi saban tahun : "Hari ni hari lahir Adik Ah. Mak dah solat hajat semalam dan doakan buat Adik Ah, juga buat anak-anak mak yang lain..."

Ya Allah...kurniakanlah kesembuhan buat ibuku ya Allah. Sungguh aku masih mengharapkan doa-doa yang kudus darinya...

3 ulasan:

Damitri berkata...

Salam kak han,

Selamat hari lahir...semoga terus berada dalam limpah berkat dan rahmat ALLAH. maaf lah tak dpt bg hadiah sebab jauh...hehe..

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari lahir doktor. Semuga doktor dan keluarga sentiasa di dalam perlindungan dan rahmat Allah sentiasa, Muga bonda doktor juga diberi kekuatan dan kesembuhan oleh Allah. Amin

alQasam berkata...

Askum kak han yang dikasihi kerana ALLAH.

Eid Milad. Maaf lambat pula tahu. Semoga bertambah usia, bertambah ketaatan dan kerinduan pada ALLAH. Bertambah sihat dan kekuatan menghadapi mehnah dunia. Makin kukuh dan erat kasih sayang keluarga.

Kami sentiasa doakan kerana kak han dan dr roslan family contoh kami.:)

BarakAllahulak