Isnin, 19 Oktober 2009

Selamat Hari Lahir Untukmu Along...

Assalamualaikum.

Hari ini genap usia Along (Ammar) 14 tahun. Entah kenapa Ummi terasa benar-benar sayu dalam menyambut hari yang penuh bermakna ini. Sayu yang bersebab tentunya. Genap usia Along 14 tahun, Along akan meninggalkan Ummi nun jauh di bumi Mesir demi seteguk ilmu.

Bukan sekadar Along, Angah (Anas) juga akan turut bersama. Ya, hari ini adalah hari terakhir Ummi bersama Along dan Angah (mudah-mudahan hanya perpisahan sementara) kerana esok, Along dan Angah akan terbang ke bumi kinanah, InsyaAllah.

Buat Along, Ummi abadikan gambar-gambar kenangan dari usia Along hanya beberapa hari sehingga Along membesar sebagai seorang teruna. Mudah-mudahan setiap detik yang berlalu akan mematangkanmu, menjadikan dirimu anak yang soleh, hambaNya yang taat, wahai anakku tercinta...

Belum lepas pantang lagi ni, mandikan Alongpun dalam besen kecikkkkk aja...cutenya Along!

Along dalam usia 4 bulan. Asyik tidur ajalah kerjanya....

Kalau tak pejam, hah...bukan main galak lagi Along...! Masa ni Ummi dan Abi terpaksa jaga Along bergilir-gilir sebab Ummi dan Abi on-call selang sehari. Hari ni Abi jaga, esoknya Ummi yang jaga. Apa taknya, lahirkan Along masa housemanship...parah! Hihi...

Along dah mula belajar sembahyang...khusyuk habis! Baca doa qunut ke tu Along?

Pasal buah, serah aja kat Along. Kalau dah mengadap buah tu, tak naik atas rumahpun tak apa. Time ni cucu-cucu Wan belum ramai lagi, rambutan kat pokok tak habis makan, best! He,he...

Sambutan hari lahir along yang pertama. Bukan setakat potong kek, disuapnya terus kek tu ke mulut. Habis comot!

Along suapkan untuk Abi, Abi suapkan untuk Along....bahagianya!

Anak sulung yang rajin! Apa aja kerja rumah yang Along tak boleh buat? Daripada menumbuk....

sehingga menyangkul...pun Along boleh!


Time ni Along kena demam campak sampai masuk hospital! Sedihnya Ummi...namun dikau tetap setia kutunggu wahai anakku tersayang.

Along dah dapat adik yang pertama. Siang malam tak nak berpisah dengan adiknya. Rupanya sampai besarpun Along tetap bersama Angah di bumi Mesir dalam rangka menuntut ilmu. Doa Ummi sentiasa bersamamu anak-anakku...

Along dah dapat adik ke-2 pulak. Umur adik Amirah masa ni baru 5 hari dan umur Along 4 tahun.

Along dan adik-adiknya semakin membesar...

Along dahpun bersekolah....

Along dalam usia 12 tahun bersama 4 orang adiknya...

Tengok! Gaya seorang pendekar...hahaha...!

Along terkini! Apa komen anda...?

Sajak untuk Along dan Angah ;
(Sempena keberangkatan kalian ke bumi Mesir esok hari...)

Anak-anakku,
Tuntutlah ilmu,
Walau di mana sekalipun keberadaanmu,
Biarlah ilmu menjadi matlamatmu...

Ilmu yang dicari,
Tidak akan pernah rugi,
Ibarat perigi yang digali,
Pasti memancarkan air yang suci...

Oh anak-anakku yang dicintai,
Walau perit rasa dihati,
Saat menghadapi perpisahan ini,
Namun kurelakan dirimu pergi,
Demi tuntutan ilmu yang hakiki....

Tetapkan matlamat,
Luruskan niat,
Bulatkan tekad,
Ulama' warasatul anbiya tujuan tersemat...

Usah takut, usah gentar, usah menyerah kalah,
Allah pasti bersama kalian,
Diiringi doa dari Ummi dan Abi yang pasrah,
Mengiringi perjalanan kalian...

Moga kembalimu nanti,
Sebagai insan yang soleh, berilmu dan bertaqwa...

- Ummi & Abi -






*************************************************************************************

3 ulasan:

rabbani berkata...

sanah helwah untuk adik along... hihihi dah nak belayar erk along... semoga allah merahmati mereka2 yg selalu berusaha dlm menuntut ilmu... insyaallah kerna ilmu dpt membawa kita keakhirat...

untk kak han n abg lan jgn sedih deh... bukan jauh pun mesir tu.. hihi sebelah ni jer... naik kapal sejam jer hihihi... insyaallah kat sana ada org jaga mereka along n angah dah besar dah tuh.. kita doakan mereka jadi org yg berguna dan pewaris ulama2 insyaallah... ameen...

rabbani berkata...

sanah helwah untuk adik along... hihihi dah nak belayar erk along... semoga allah merahmati mereka2 yg selalu berusaha dlm menuntut ilmu... insyaallah kerna ilmu dpt membawa kita keakhirat...

untk kak han n abg lan jgn sedih deh... bukan jauh pun mesir tu.. hihi sebelah ni jer... naik kapal sejam jer hihihi... insyaallah kat sana ada org jaga mereka along n angah dah besar dah tuh.. kita doakan mereka jadi org yg berguna dan pewaris ulama2 insyaallah... ameen...

wfaiziah berkata...

salam...wan pun terasa sayu..
Mudahan k han dan Abe Lan dkuatkan semangat bertjauhan dgn anak kesayangan.

dapat idea dari K han....bagus jgk ambik gambar anak2 di setiap peringkat umur...nanti later on boleh karang cerita..:) Mudahan boleh beri iktibar pada anak2 nanti ye..