Rabu, 21 Oktober 2009

Bermulanya Langkah...

Assalamualaikum.

20 Oktober 2009 - pasti menjadi tarikh yang bersejarah buat Ummi kerana pada hari ini 2 orang anak lelaki Ummi telah berlepas ke Kaherah, Mesir demi tuntutan jihad sebagai penuntut ilmu.

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga."

(At-Taubah 9: 122)

Sungguh proses menuntut ilmu di jalan Allah itu juga adalah suatu medan tempur dan pertempuran itu bermula hari ni. Hari ini adalah langkah permulaan buat mereka menuju jejak ilmu. 'Semoga mereka akan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam menghadapi segala ujian dan rintangan'...itulah doa yang tulus dari sekeping hati yang bernama ibu.

Di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Trg. - beberapa minit sebelum berlepas ke KLIA. Turut mengiringi Along dan Angah adalah Wan, Ki dan Mak Teh sekeluarga. Begitu tinggi sekali harapan mereka untuk melihat Along dan Angah nanti kembali sebagai ulama' pewaris nabi.

Di udara - gambar di snap oleh Angah. "Ya Allah, redhailah perjalanan kami ini. Perjalanan menuju matlamat yang satu - memenuhi tuntutan jihad dalam menuntut ilmu!"

Minum petang @ Makan malam setibanya di KLIA...bimbang selepas maghrib nanti tak sempat nak bersantap-santapan dah, kena bersedia awal untuk check-in.

Along, Angah dan Ummi bergambar kenangan bersama beg dan barangan yang bakal di bawa ke Mesir.

Menaiki 'tangga bergerak' ke tingkat atas untuk mencari surau

Selepas Maghrib, ibubapa diarah berkumpul di ruangan menunggu kaunter C untuk sedikit taklimat.

Barangan baggage dah selesai diuruskan. Ustaz Yusoff ,Pengurus Darul Furqan (yang sedang menelefon) bukan main busy lagi uruskan itu dan ini sebelum anak-anak muridnya berlepas ke Mesir.

Along dan Angah bersama sebahagaian rakannya yang akan turut sama berjuang di bumi anbiya'

Rupanya masih ada yang kecik dari Angah! Adik Asyraf (di sebelah kiri) walaupun umurnya setahun lebih tua dari Angah (13 tahun) tetapi tubuhnya lebih kecil dari Angah.

Angah menerima passport dan boarding pass dari ustaz. Semakin hampir saatnya untuk berpisah...

Ummi dan Abi bergambar kenangan bersama Along dan Angah. Rasa tak nak dilepaskan dah pelukan tu namun apakan daya, bukan jihad namanya tanpa pengorbanan...

Along dah nak sama tinggi dengan Abi, Angah pulak dah nak sama tinggi dengan Ummi. Tak perlah..dah besar panjang anak-anak Ummi ni. Dah memang selayaknya untuk berpisah, kan? (Pujuk diri sendiri ni..huhuhu...)

Along dan Angah bersama rakan-rakan seperjuangan dari pelbagai peringkat usia. Nampak yang pakai baju merah tu? Dia adalah peserta termuda dari Darul Furqan yang akan turut sama berjuang di bumi Kaherah. Umurnya baru 9 tahun! Apalagi Ummi nak sedihkan...? Abang-abang yang belasan tahunpun ramai yang akan sama-sama menjaga kemaslahatan bersama, InsyaAllah.

Ustaz Yusof sedang menerangkan sesuatu kepada Ustaz Abu Bakar yang akan menjadi ketua rombongan ke Mesir.

Ustaz Firdaus (berbaju hitam) akan turut sama berangkat ke Mesir bersama anak-anak Darul Furqan yang sekaligus akan menyelia mereka di sana.

Along mula melakukan check-in sebelum turun ke bahagian perlepasan antarangsa (international departure)

Diikuti oleh Angah. Di sini lah garis perpisahannya kerana sampai di sini, Ummi dan Abi tidak lagi boleh mengiringi Along dan Angah.

Angah mula menuruni escalator ke bahagian international departure. Hanya kepala Angah aja dah yang nampak...

Ke semua 13 pelajar dan ustaz berkumpul di bawah untuk sama-sama menuju ke bahagian perlepasan antarabangsa.

Ummi dan Abi hanya mampu melambai dari atas. Selamat tinggal Along, selamat tinggal Angah...kelana kalian bersama doa restu dari Ummi dan Abi. Kejarlah ilmu dan cita-citamu wahai anak-anakku tersayang. Perpisahan ini pastinya perpisahan yang akan menambahkan rasa cinta, kasih dan saling menghargai antara kita...

Mabruk untuk anak-anakku tercinta...!

*************************************************************************************

5 ulasan:

Faridrashidi berkata...

Assalamualaikum ummi,

Tahniah diucapkan kerana berjaya menghantar anak-anak ke Mesir.. Ya, pertama kali sampai ke sana mungkin mereka akan menerima kejutan budaya. Di sana perlu ada ketabahan dan kekuatan yang tinggi. Saya yakin perkara itu telah pun tersemat di dalam sanubari anak-anak bumi.

Apapun, La Tahzan wala Takhaf, Innallahha ma'ana..

nasikerabupetro berkata...

Kak Ummi...
sabar ye... dapat rasa kesedihan akak lepaskan anak pergi by the post...

Kecik-kecik lagi dah merantau...

TAHNIAH atas ketabahan akak ngan A. Lan...

Cahaya Rumahku berkata...

semoga pulang dengan kejayaan! amin.

boxhousestudio berkata...

Sebaknya dada saya Ummi...syahdu benar rasanya....Along dan Angah, Auntie doakan semoga selamat pergi menuntut ilmu dan selamat pulang ke tanah air bertemu ibuayah dan adik-adik serta keluarga sekeliannya....

alQasam berkata...

InsALLAh.

Angah dan Along dapat berjuang di sana dengan baik. Doa kami mengiringi mereka dan inshALLAH ganjaran besar pasti menanti K.Han.:)