Rabu, 20 Jun 2012

Travelog Percutian 3 : Di Pulau Kapas Bersama PAPISMA Trg!

Assalamualaikum.

1 Jun 2012 - Buat kali pertamanya, Ummi sekeluarga bercuti di Pulau Kapas! Umur Ummi dah masuk 42 tahun tapi tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana pulau di Terengganu ini. Bunyinya aja orang Terengganu...hehehe. Abi orang Johorpun sekurang-kurangnya dah sampai ke Pulau Redang walaupun perginya atas tugasan khidmat masyarakat.

Anak-anak excited tak terkira. Sayangnya Along dan Angah tiada bersama. Terasa sedikit kejanggalan bercuti tanpa anak-anak lelaki Ummi. Walaubagaimanapun dek kerana ini adalah program khusus Hari Keluarga anjuran Papisma Terengganu, Ummi memang tak akan melepaskan peluang untuk turut bersama. Kalau tak kerana pergi beramai-ramai ni, rasanya dah susah Ummi nak sampai ke pulau. Bukan apa, ada orang tu seriau bila diajak naik bot...hahaha.

3 anak perempuan Ummi bergambar sebelum bertolak. Aik? Tak nampak macam nak naik botpun? Hehe...anak-anak Ummi dah biasa ber-rehlah dengan pakaian sebegini tapi jangan risau...di dalamnya lengkap dengan pakaian sukan lasak!
Sebelum ke Perhentian Marang, tumpang berteduh dulu di rumah Dr Md Arif / Dr Nor Haizi sementara muslimin menunaikan solat Jumaat di Masjid Marang. Si kecil Makcik Haizi ni masyaAllah punyalah aktif dan nakal tak terkira...hehe. 
Tepat jam 2.30 petang, kami mula berada di atas bot untuk ke Pulau Kapas. Bestnya Abi dapat duduk kat belakang bot, boleh nampak pemandangan di luar. Kata Abi, formula untuk tak pening kalau naik bot, nak kena nampak pemandangan luar.
Anak-anak dapat kerusi di bahagian dalam bot.
Tengok kakak tu, kan dah pening? Ummi dan anak-anak terpaksa duduk di bahagian dalam bot. Kat belakang dah penuh. Memang peninglah bila terasa bot melambung-lambung dibuai ombak.
 
Dr Majidah bersama suami dan anak-anak turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dalam pakej percutian kali ini.
Dr Md Arif terpaksa berdiri. Tak cukup tempat duduk pula. Almaklum, datang pulau musim cuti sekolah, faham-faham ajalah.
Dr Nor Haizi bersama si kecilnya. Nipun nasib baik ada gentleman yang baik hati memberikan tempat duduknya untuk ibu yang menggendong anak...amalan mulia budaya kita...hehe.
Dr Ilham sekeluargapun ada!
Tu dia...pulau dah nampak! Kami dah semakin menghampiri jeti tapi resort yang kami sewa bukan di sini.
Bila dah ramai turun di jeti, barulah Ummi dan anak-anak berpeluang beralih tempat duduk di belakang bot. Fuh, lega rasanya.
Kakak sampai naik pucat mukanya kerana pening. Abi juga yang selamba...hehe.
Dah nampakpun tepian pantai resort yang kami sewa.
Alhamdulillah, akhirnya botpun mendarat. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Tak jauh manapun Pulau Kapas ni.
Bergambar dulu sebelum ke resort.
Inilah dia resort yang comel lote buat kami sekeluarga. Kalau nak datang pulau ni, memang tak perlu resort yang high classpun. Dah tentu masa di sini akan banyak dihabiskan di pantai.
004 adalah nombor bilik kami!
Oleh kerana di luar hari masih panas, sementara menunggu masuk waktu Asar, sempat lagi anak-anak menonton rancangan kartun.
"Okay anak-anak. Kita solat Asar dulu ya. Dah lepas solat baru kita keluar main."
Abi mula mengalunkan azan...
Sebaik sahaja selesai solat Asar, masing-masing mula turun ke pantai. Abi dan Dr Ilham siap sewa kanu lagi...
Eeyahhh...dah mula mendayung.

Dayung, dayung jangan tak dayung. Jangan berlanggar sudahlah ya. Risau juga kita menengoknya dari daratan. Almaklum, masing-masing tu dah memang pendayung 'profesional'pun...hahaha.
Mendayung sehingga larut petang....??...hehe...trick gambar je tu...
Dr Md Arif tak tahan tengok keseronokan bermain kanu. "Isyyhh..tak boleh jadi ni. Anapun nak ikut jugak.."
"Okay Rif! Anta duduk diam-diam kat tengah. Pandai-pandai Antalah seimbangkan badan nanti. Jangan sampai kanu ni terbalik sudah..."
Semakin jauh dari pandangan...
Si kecil Ummi ni pulak masih teragak-agak nak turun ke laut.
"Ummi! Jomlah Ummi...tak seronoklah Ummi tak main air sama..." Hehe..kesian anak-anak Ummi yang mendayu-dayu duk memujuk Umminya.
"Wah, Abi dah sayup-sayup kat hujung sana. Jauhnya Abi pergi!" kata anak-anak...
Hahaha..berjaya juga anak-anak Ummi menerjunkan diri ke laut. Di sebelahnya adalah Cikgu Wani, zaujah Dr Ilham bersama dua anak kecilnya.
Woho...seronoknya!
3 jejaka ni lagi seronok berkanu!
Menikmati indahnya panorama di tengah-tengah lautan...
Abi dah semakin menghampiri tepian pantai.
"Oooppp...okay, okay, berenti, berenti..ana nak turun dah ni. Kejang dah kaki Ana duk melunjur kat kanu."
Aik? Kata tadi nak turun? Dah jadi kapten pulak kat depan si Dr Arif ni? Hahaha....
"Peace Ummi! Rugi Ummi tak turun!!!"

"Jom adik kita buat penyu pasir nak?!" ajak kakak pada adik-adiknya.
Penyu dah bertelur!!!
"Balik bilik nanti, Ummi rebus telur-telur ni ya." Hahaha...macam real lah pulak.
Abi dan Dr Ilham tak jemu-jemu berkanu.
Manakala sang diri tak jemu-jemu merenung keindahan alam ciptaan Allah sambil bibir melantunkan zikir pujian-pujian buat sang Pencipta.
Dah jemu berkanu barulah Abi join anak-anak perempuannya bermain air.
"Seronok sangatlah Ummi! Esok kita turun main lagi ya Ummi." Meskipun berenang dengan aurat semuanya terjaga tetap tidak menjadi penghalang buat anak-anak merasai keseronokan
3 beradik dah kesejukan.
Malamnya jenuh juga kami diserang nyamuk. Mak oiii..nyamuk pulau ni punyalah besar-besar. Next time kalau nak datang pulau, jangan lupa bawa ridsect! Kedai sini tak jual ridsect. Yang dijual cuma ubat nyamuk lingkar beasap tu. Jenuh ler nak pasang dalam bilik beraircond.
Keesokan Paginya...

Awal-awal pagi lagi Abi dah keluar menjenguk keindahan alam.
Menunggu hidangan sarapan...
Sambil memfokuskan kamera ke Masjid Marang di seberang lautan. Nampak dekat aja kan?
Ummi dan Abi sedang mengambil makanan.
Ni dia muka budak yang tak suka makan....hahaha...entah apalah yang difikirkannya bila piring hidangan diletakkan di depan mata.
Dr Ilham mengambil posisi di tingkat atas untuk bersarapan. Katanya untuk lebih menikmati panorama alam..hehe.
Dr Majidah dan ustaz macam baru berbulan madu je pulak...
Selesai bersarapan, akhirnya tibalah masanya untuk kami bertolak ke lokasi snorkeling! Inilah dia saat yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Mak ayahpun apa kurangnya...hehe.

Masing-masing dah ready dengan kelengkapan snorkeling!
Dr Arif dan Dr Nor Haizi sekeluargapun bukan main excited lagi.
Tak ketinggalan juga Dr Ilham dan Cikgu Wani sekeluarga.
Wahh..nampak kakak ngan Aisyah ni macam gaya penyelam profesional aja...hehe.
Ummi ni nak ikut snorkeling ke tidak agaknya ek?
Abipun dah tak sabar juga ni.
Tu dia! Aktiviti snorkeling dah nak bermula...
"Okay anak-anak, ikut macam Abi ya. Tarik nafas...."
Bedebush! Abi dah mula menyelam.
Dah pandaipun tiga beradik ni bersnorkeling.
Abi membawa dua anak daranya jauh ke tengah untuk menikmati panorama indah di bawah air. Atiqah pula yang takut nak ikut ke tengah.
Bila tanganpun dah mula kecut kesejukan, anak-anak kembali naik ke pantai.
Abi bersama Dr Ilham pula bersama-sama menuju ke tengah air untuk aktiviti snorkeling.
Dr Arif sekeluarga beredar dahulu. Dah kesejukan agaknya.
Anak-anak Ummi masih tak puas bermain air.
Suka betul mereka terapung dengan gaya sebegini.
Sedang asyik bermain air, terjumpa pula obor-obor yang dah mati.
Ni dia rupa obor-obornya.
Penat bermain air, naik ke darat main jongkang-jongket batang kelapa pulak...hahaha...
Abi sedang memikirkan masa hadapan negara..keh,keh,keh..
Ambil peluang bergambar dulu sebelum balik ke resort.
Buah hati Ummi dan jantung hati Ummi...hehehe..
Puas bersnorkeling, kami mula bertolak balik ke resort.
Wajah-wajah yang kepenatan tetapi puas...
Sudahpun menghampiri tepian pantai dimana resort kami berada. Lokasi di sini kurang sesuai untuk bersnorkeling kerana menjadi tempat pelancong bermain air serta berkanu.
Sempat lagi bergambar dua keluarga sebaik sahaja turun dari perahu.
Dah penat bersnorkeling, apa lagi, perutpun dah berkeroncong...Restoran Kapas Coral Beach Resortlah yang dituju.

Makanan yang disediakan di sini walaupun simple tetapi cukup menyelerakan.
Aik? Kat depan kaunterpun nak berdating juga ke pasangan Dr Arif dan Dr Nor Haizi ni? Hehe...
Ummi dan anak-anak sedang menikmati juadah. Si kecil Atiqah masih dengan muka tensionnya kalau menghadap makanan...huhuhu.
Wahh....tiga beranak ni berselera betul tu...
Alhamdulillah, perut dah kenyang, zohorpun dah masuk waktu. Kewajipan perlu ditunaikan...
Sambil menunggu muslimin pula solat berjemaah, anak-anak mengambil peluang bermain buai.
"Jaga-jaga Atiqah, takut bom meletup tu!" Hahaha...
"Bot tak sampai lagi, baiklah kakak habiskan novel ni."
Akhirnya bot yang akan mengambil kami pulangpun tiba. Oppss...silap bot rupanya!
Macam kapten kapal je Abi...hehehe..
Kali ini Ummi tak nak lagi duduk di bahagian dalam bot...pening! Excited habis kali ini dapat tengok pemandangan sepanjang perjalanan.
Bila dapat tengok pemandangan luar, barulah kakak tak mabuk laut lagi.
Daratan Marang sudah kelihatan
Kepulangan kami disambut dengan bendera PAS yang berkibar gah...hehehe...
Oh, berakhir juga percutian di Pulau Kapas yang sungguh menyeronokkan! Ada pula yang tak nak buka life jacket walaupun dah naik kereta....hahaha...
Selamat tinggal Pulau Kapas. InsyaAllah semoga percutian di Pulau Kapas kali ini bukanlah yang pertama dan terakhir buat kami. Dah janji juga dengan Along dan Angah, kalau mereka balik dari Mesir nanti InsyaAllah kita akan ke pulau lagi!

4 ulasan:

Ana Fatihah berkata...

Subhanallah..Seronok sangat tengok anak2 umi.Hebat!Kecik2 lagi dah jaga aurat dgn smpurna.Suke sangat tengok. :)

Ummi berkata...

Alhamdulillah..terimakasih dik. Doakan mereka utk terus istiqamah ya dik...:-D

- ismisyakila - berkata...

MasyaAllah...bagusnya para Doktor beriadah macam ni.. Alhamdulillah anak2 dara ummi sudah terbiasa menjaga aurat walaupun beraktiviti di laut. Susah nak dapat biah mcm ni di Malaysia kan? InsyaAllah nanti anak2 pun akan dididik macam ni dari kecil semoga terbiasa.semoga istiqamah :) kak wani (zaujah Dr Ilham) tu pun diam2 dah 3 org dh anak ye..Sofi pun dah besar..

asmaa' binti ahmad jafree berkata...

waaah bestnyer ceksuuuu...nak gi goop =)