Hari ini, tinggallah Ummi dan Abi berdua sahaja di rumah. Dahlah anak-anak cuma tinggal dua orang sahaja lagi di rumah yang masih bersekolah di peringkat rendah. Kena pula hari ini kedua-duanya akan mengikuti Kem Ibadat selama 3 hari di Rantau Abang anjuran pihak sekolah. Pastinya Ummi dan Abi akan terasa kesunyian yang amat!
Aisyah nampak happy aja. Dah biasa sangat mengikuti kem ini dan kem itu anjuran pihak sekolah... |
Atiqahpun bukan main excited lagi sejak malam tadi... |
Solat
"Bila Ummi mula wajibkan anak-anak tak tinggal solat?"
Ramai yang bertanyakan Ummi soalan sedemikian. Aduhai, Ummipun tak perasan bila tapi seingat Ummi seawal peringkat pra sekolah, Ummi dan Abi sentiasa memastikan mereka tak tinggal solat, sekalipun di waktu Subuh.
Rasa kasihan nak kejutkan anak-anak di awal pagi? Alhamdulillah, perasaan sedemikian sentiasa Ummi atasi dengan rasa bimbang dan rasa risau sekiranya mereka akan lebih sukar nak menjaga solat jika tidak dilatih semenjak dari kecil. Begitu juga dalam soal penjagaan aurat dan puasa di bulan Ramadhan. Sememangnya kita tidak boleh memaksa tetapi dengan kesungguhan dan kata-kata motivasi yang sentiasa kita ucapkan pada mereka, kewajipan itu tidak akan menjadi suatu bebanan buat mereka. Percayalah! Melatih anak semenjak dari kecil untuk mereka tidak meninggalkan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa penuh di bulan Ramadhan serta sentiasa menutup aurat di hadapan bukan mahram bukanlah suatu perkara yang sukar sekiranya kita mampu membuang 'rasa kasihan' jika anak tidak cukup tidur, panas memakai tudung atau letih kerana berpuasa!
Doa
Disebalik asuhan semenjak kecil, jangan lupa untuk kita sentiasa berdoa. Apalagi doa dari seorang ibu untuk anak-anaknya yang diiktiraf oleh Allah sebagai doa yang pasti dimakbulkan. Berdoalah agar mereka menjadi anak-anak yang soleh. Berdoalah agar Allah menjadikan kita dan anak-anak kita sebagai seorang yang sentiasa mendirikan solat. Bukankah solat itu yang akan mencegah diri kita dan anak-anak kita dari melakukan kemungkaran? Berdoalah!
Bismillahirrahmanirrahim
"Ya
Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun
anak-anakku. Ya Tuhan kami, Dan perkenanlah doaku." -rujuk surah Ibrahim
13:40
Doa dari seorang ibu atau ayah, tidak sekadar doa selepas selesai solat. Berdoalah di setiap ketika. Anak melangkah turun ke sekolah, berdoalah untuk keselamatan mereka. Keselamatan di dunia, juga keselamatan di akhirat. Anak melangkah tangga sekolah, berdoalah agar Allah menerangkan hati mereka, melapangkan dada mereka, memperkuatkan ingatan mereka serta memberikan kejayaan buat mereka di dunia dan di akhirat. Tidak perlu menunggu untuk berdoa secara formal dengan menadah tangan. Berbisiklah di hati. Sungguh Allah sentiasa mendengar akan bisikan hamba-hambaNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan