Ahad, 17 Jun 2012

Travelog Percutian 2 : Di Majlis Walimah Kak Syuhada

Assalamualaikum.

27 Mei 2012 - Berlangsungnya majlis perkahwinan anak saudara di Johor. Alhamdullah, inilah masanya untuk Abi kembali berkumpul dengan kesemua adik beradik setelah sekian lama terpisah semenjak Yai dan Nyai kembali ke Rahmatullah. Kalau tidak kerana berlangsungnya satu-satu majlis, makanya kebarangkalian untuk berkumpul memang agak sukar. Lebihkurang jam 11.00 pagi, kami dah sampai ke rumah Ayah Kamil.  

Oleh kerana 2 anak Ummi tak dapat ikut serta, di sini Ummi perturunkan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung. Along Angah berkenal-kenalanlah di sini ya...hehe.

Ummi & adik-adik bersama Kak Idah (anak Cik Mun).
Ni dia Cik Mun bersama anak menantunya! Aduhai...merah sangatlah Mak Ngah.
Kak Ana dan Kak Aida. Dua-dua ni menantu Cik Mun.
Kat sini ada 3 kakak Abi - Cik Ita, Cik Inah dan Cik Ros. Yang lain-lain tu sepupu-sepapa Along Angah.
Aha! Apalah yang ditunjukkan oleh Ayah Salam tu kat Abi?
Pengantin lelaki dah sampai. Yang pengantin perempuannya anak Ayah Kamil, Syuhada (Ummi tak sempat ambik gambar pengantin perempuan...)
Ni semua sepupu dan anak sepupu Along Angah (anak beranak Cik Mun)
Kak Ayang, isteri Abang Emi (menantu Cik Mun)
Abang Emi, Cik Ita, Cik Ayen, Cik Inah dan Ayah Salam. Wah, Abang Emi macam wakil calonlah pulak...
Kak Anje dengan tudung i-nur nya...hehe.
Aha...sepupu-sepapa, mak-mak saudara dan pak-pak saudara Along Angah...
Opps...Ayah Salam dapat duit tol?
Ummi bersama Cik Ros!
Anak-anak Ayah Kahar : Lina, Ati dan Nabilah.
Ummi dan Cik Inah.
Cik Ros!
Semeja ni semua sepupu-sepapa Along Angah.
Yang berdiri tu Ayah Tugiman dan isterinya.
Cik Pah (isteri Ayah Kahar) dan Cik Syam (Isteri Ayah Salam).
Akhir sekali, adik bongsu Abi, Pakcik Ayen dan isterinya, Cik Atie. Inilah satu-satunya adik Abi atau dengan kata lainnya adik-beradik Abi bilangan yang ke-12! Hehe...
Begitulah berakhirnya detik-detik pertemuan bersama sanak-saudara di Johor dalam walimah Kak Syuhada. InsyaAllah Oktober nanti akan ada majlis perkahwinan Kak Odi, anak Ayah Salam pula di Negeri Sembilan. Semoga tautan kasih antara saudara-mara akan sentiasa dapat dipereratkan dalam majlis-majlis seumpama ini.

Tiada ulasan: