Selasa, 1 Februari 2011

Rusuhan Di Mesir: Kegalauan Hati Seorang Ibu

Assalamualaikum.

Mesir terus bergolak. Selama mana Mesir bergolak, selagi itulah hati ini tidak pernah tenang. Walaupun Ummi tetap bersama rakyat Mesir dalam perjuangannya menuntut kebebasan dari cengkaman kezaliman pemerintahan Hosni Mubarak, namun kerisauan dan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak Ummi yang masih berada di sana terus-terusan membadai di lubuk hati yang dalam.

Bermula Jumaat 28 Januari 2011, sudah menjadi kebiasaan waktu hujung minggu ini Ummi peruntukkan masa menunggu dihubungi oleh kedua-dua anakanda Ummi dari Kaherah melalui Yahoo Messenger. Namun puas ditunggu, Yahoo Messenger mereka tetap tak menyala. Naluri seorang ibu, mungkinkah sesuatu yang buruk berlaku di sana? Akhirnya Ummi terlena dalam kebimbangan.

Keesokan harinya barulah Ummi mendapat berita tentang rusuhan besar-besaran yang berlaku di Kaherah selepas solat Jumaat. Tepat sekali dengan masa anak-anak Ummi selalunya ke cyber cafe untuk menghubungi Ummi. Talian internet dan talian telefon disekat rupanya!

Jam 12.30 malam keesokan harinya, barulah Along dapat menghubungi Ummi melalui sms ringkas menceritakan keadaan di sana yang genting. Katanya, keadaan di sana macam perang. Bunyi letupan di mana-mana, polis berkeliaran, kereta kebal memenuhi jalan, kereta terbakar, rumah terbakar, lemparan batu dari perusuh, kedai-kedai semua tutup. Mereka semua di halang keluar untuk keselamatan.

Hari berikutnya, Ummi terima lagi sms dari Along. Katanya kat sana dah kena perintah berkurung. Bekalan makanan pula dah semakin berkurangan. Kedai-kedai dah tak beroperasi.

Petang kelmarin, Along sms lagi. Bekalan makanan hanya bertahan untuk selama 3 hari sahaja lagi. Ustaz-ustaz sedang menunggu keputusan kedutaan untuk membawa balik pelajar ke Malaysia atau ke negara-negara berdekatan. Mohon doa yang berterusan dari Ummi dan Abi.

Serentak itu juga, ustaz yang mengurus menelefon, minta ibubapa bersabar dan terus berdoa untuk keselamatan anak-anak di sana. Urusan dengan kedutaan sedang giat dilaksanakan. Berita terakhir katanya airport pula dibakar. Walau apa carapun, pelajar-pelajar akan cuba dikeluarkan dari sana seberapa segera yang boleh.

Ya Allah...hati ibu mana yang tak kerisauan. Tidurpun termimpikan anak-anak di sana. Sementelahan pula anak-anak Ummi masih di bawah umur. Hanya kata-kata semangat dan doa yang dapat Ummi sampaikan buat mereka.

Mohon doa juga dari pembaca-pembaca blog Ummi untuk keselamatan pelajar-pelajar dan seluruh rakyat Malaysia di sana, disamping kemenangan untuk rakyat Mesir dalam perjuangan mereka menuntut keadilan.

10 ulasan:

Jacknaim berkata...

salam Umi..
Moga ummi terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi saat getir ini..

sama2 kita berdoa utk mereka semua..

p/s: ramai jugak kawan2 saya kat sana. tapi saya yakin kerisauan saya tidak akan dapat mengalahkan tahap kerisauan seorang ubi spt ummi.. insyaALLAH mereka semua selamat

Rusydee Artz berkata...

Jangan risau ummu Along, insyaAllah semuanya selamat. Kalau ada anak2 pompuan kat sana, bawak baliklah dulu. Yang muslimin takpe, tinggalkan mereka berjuang syahid kat sana.

wallahua'lam. Moga Allah lindung semua.

- rusydee artz

Pustaka Jundi berkata...

Semoga ALLAH selamatkan adik-adik di sana.

Unknown berkata...

assalamualaikum kak ummi. chik doakan kak ummi tabah dan semoga kedua-dua anakanda kak ummi sentiasa selamat dilindungi Allah SWT. sepupu chik juga sdg belajar di sana. rasanya belum ada khabar dari dia. hati risau, hanya Allah juga yang mampu dirafakkan doa untuk menyelamatkan mereka.

Noraslina binti Jusin berkata...

Assalamualaikum Kak Ummi,

Kita sama-sama berdoa untuk keselamatan anak2 kak Ummi dan semua warga Malaysia yang berada di Mesir serta doa agar kemenangan berpihak kepada rakyat Mesir yang sedang berjuang mendapatkan hak mereka kembali, ameen.

Dengan bantuan ALLAH SWT, segalanya mungkin, ALLAHU AKBAR!

wfaiziah berkata...

Salam K Han..sebak baca coretan K Han.Dlm bbrp hari ni wan asyik fikirkan perasaan ibubapa yg punya anak belajar di sana..hati pasti gundah gulana fikirkan keselamatan mereka..tiba2 teringatkan K Han..Ya Allah.. Wan boleh bayang perasaan K Han dan keluarga sekarang.Anak2 baru belasan..masih di bawah umur..mudahan mereka semua selamat. Kami tahu K Han dan family sangat Tabah. moga ada jalan keluarnya...Amin.

indahhouse berkata...

Salam kak Ummi,
Hiba hati saya membaca catatan ummi. Saya pun sama, bersama rakyat mesir supaya hosni mubarak turun, tetapi kasihan melihat anak-anak pelajar kita kat sana. Terperangkap.
Sabar Ummi.. syukur anak-anak ummi ada bersama dgn ustaz mereka. ada sorang kakak ni, adik dia dgn kawan2 kat mesir terperangkap dlm rumah. Bekalan makanan dah abis. Tak taulah cerita mereka camana skrg. Moga Allah bersama mereka, orang menuntut ilmu ni, dinaungi sayap malaikat, dan dilindungi Allah, kan kak?

onesue11 berkata...

Assalamualaikum ummi.....onesue doakan agar kedua-dua anakanda ummi selamat. Juga untuk semua rakyat Malaysia yang berada di sana, semoga Allah melindungi mereka

Unknown berkata...

Salam K.Han.
Tabahlah hendaknya K.Han sekeluarga. Sayu membaca luahan K.Han. InsyaAllah mereka sentiasa dilindungi Allah. Mereka di sana dengan niat yang cukup suci.. insyaAllah Allah akan mempermudahkan segala-galanya utk mereka.

Iffah Nabiha Ahmad Jailani berkata...

Salam Ummi,

Gerunnya bila membaca. K.Ummi, walau apapun yang melanda tabahlah kerana inilah kehendakNya. Namun saya juga turut berdoa, moga-moga selamatlah anak-anak ummi hendakNya..

Perkenankanlah YA ALLAH!