Rabu, 30 Jun 2010

Alhamdulillah, Masih Ada Rezeki...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah...

Masih ingat kisah Ummi terkena 'phishing' dulu? Boleh baca di sini...

Baru-baru ini Ummi dihubungi kembali oleh Inspektor bahagian jenayah komersial. Katanya : "Doktor, untuk report doktor tu, kita dah dapat tangkap pemilik akaun yang transfer duit doktor tu! Cuma masalahnya, dia ni innocent. Diapun terkena juga rupanya."

"Terkena juga?Macamana kisahnya?"

"Budak tu alkisahnya telah melabur dengan somebody dari Indon yang menawarkan pelaburan mudah. Masukkan aja duit, nanti tunggu keuntungannya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi...bla, bla, bla..."

Dek kerana percaya dengan janji-janji manis yang ditaburkan, maka si budak muda ni melaburlah dalam jumlah yang agak banyak.

"Rupa-rupanya, keuntungan yang dijanjikan itu dicuri pula dari akaun orang lain menggunakan no akaun bank si budak tadi. Itu yang akaun doktor terkena. Si budak ni tak tau apa-apapun. Bukan dia yang jalankan proses transfer tu. Bila dia nampak duit dah masuk, diapun kira nak keluarkan jerlah."

Nasib baik pada hari kejadian tu Ummi cepat bertindak membuat laporan ke bank. Terus akaun si budak tadi ditutup.

"Habis tu duit saya macamana Inspektor?"

"Duit doktor tu sepatutnya bank yang uruskanlah."

"Masalahnya bank dah hantar surat pada saya mengatakan yang pihak bank tidak dapat bertanggunjawab atas kejadian tersebut kerana kejadian itu berlaku atas kecuaian sendiri. Pihak bank tak terlibat. Saya rasa pihak polis kena gunakan kuasa polis untuk minta budak tu transfer balik duit dari akaun dia ke akaun saya kerana dah jelas dari report yang kami buat tu perpindahan akaun berlaku secara tidak benar."

"Ok doktor. Nanti saya akan cakap dengan boss saya."

"Terimakasih banyak Inspektor."

Beberapa hari selepas itu, Ummi dimaklumkan bahawa duit Ummi sebanyak RM4890 itu telahpun dipindahkan kembali ke akaun Ummi.

Alhamdulillah. Masih ada rezeki Ummi di situ...mungkin ianya asbab keberkatan derma yang kerap Ummi salurkan melalui akaun ini. Maha Suci Allah.


12 ulasan:

adi berkata...

sian budak tu . jadi black goat.. kambing hitam ..

kak umi, amber dah talk ngan amdang.. lepas raya kita kumpul ramai ramai utk buat sesi sembang pasal Keselamatan internet dan komputer.

Kak Ummi To Adi berkata...

Comel cadangan tu Adi..nak buat kat Klinik Ummi atau kat rumah Kak Ummipun boleh,InsyaAllah.

My Life My Journey.. berkata...

Terima kasih Kak Ummi atas perkongsian. Mohon izin untuk link kan blog akak d blog saya.. Kirim salam unt 3 dara tu yer..:)

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.. bersemnagt sy utk lebih byk bersedekah:)

syed aljufri

adi berkata...

kak ummi, pasal tempat tu kita serah kat amdang lah..

Puan Sue berkata...

alhamdulillah ..lega bila baca entri kak ummi kali ni.Ada pengajaran yg saya dpt dari pengalaman Kak ummi ni..Byk bersedekah mcm kak ummi, Allah tak akan sia sia kan usaha kita..

Bersemangat saya utk lebih byk memberi..

alhamdulillah..

Abdul Rahman berkata...

Dr. Ummi,
Saya akan menghadiri bisnes meeting di jeddah dan ingin membawa isteri saya ke sana. sambil2 tu boleh buat umrah. Persoalan saya, isteri saya baru hamil 3 bulan. Boleh kah dia ambil suntikan vaksin meningitis tu? Apa pendapat dr. ummi dalam hal ini? Terima kasih.
- Rahman KL

Abdul Rahman berkata...

Dr. Ummi,
Saya akan menghadiri bisnes meeting di jeddah dan ingin membawa isteri saya ke sana. sambil2 tu boleh buat umrah. Persoalan saya, isteri saya baru hamil 3 bulan. Boleh kah dia ambil suntikan vaksin meningitis tu? Apa pendapat dr. ummi dalam hal ini? Terima kasih.
- Rahman KL

Kak Ummi To Abdul Rahman berkata...

Salam.

Saudaraku Abdul Rahman;

Selepas 3rd trimester (umur kandungan melebihi 3 bulan) injection meningococcal (vaksin meningitis) tu dah boleh diberikan,InsyaAllah.

Kak Ummi To Abdul Rahman berkata...

Opss..silap..maksud Kak Ummi selepas 1st trimester (bukan 3rd trimester)..means umur kandungan 3 bulan ke atas...

rahman berkata...

terima kasih Dr. Ummi, saya takut sebenar ni. sebab kebiasaannya ibu yang hamil tak digalakkan ambil ubat atau sebarang suntikan..tapi bila baca website banyak yang kata vaksin meningitis ni mengandungi bakteria mati jadi ia selamat. selain itu, tidak ada data lagi yang menyebut ibu hamil yang yang disuntik vaksin meningitis tu memberi kesan kepada janin.

Kak Ummi To Abdul Rahman berkata...

Sama-sama. InsyaAllah ianya tak membahayakan.Risiko untuk terdedah kepada jangkitan lagi bahaya kalau tak disuntik...