Kelmarin Ummi dapat lagi serangan migrain. 12 jam lamanya walaupun dah telan ubat! Bermula jam 12 tengahari, berakhir jam 12 tengah malam!
Pagi ni awal-awal lagi Ummi turun ke kebun mini di belakang rumah. Mudah-mudahan ianya menjadi rawatan alternatif sebagai salah satu ikhtiar pencegahan untuk mengelakkan migrain. Bukankah melihat panorama hijau itu mendatangkan ketenangan hati dan 'kesejukan pada mata'? (Ini formula Ummi sendiri). Mudah-mudahan menjadi...
Gambar-gambar di bawah ni dah agak lama Ummi ambil tapi malas nak download. Pagi ni dah hantar anak-anak ke sekolah, teringat pulak kat gambar ni. Jom kita berkongsi kesejukan mata di 'Bumi Hijau Ummi...'
Puteri-puteri Ummi...kat mana-manapun diaorang boleh posing. Haha..siap posing kat dalam kebun kangkung!
Jangan pandang kat luar pagar. Tengok pada pagar. Kacang panjang dah boleh petikpun...
Sayur bayam...juga salah satu kesukaan Ummi sekeluarga. Bibik pulak suka masak sup kaki ayam bayam. Enak!
Sayur kacang bendi atau kacang lendir. Sekali berbuah, tak boleh berhenti!
Pokok lada. Lada besar, cili api..semua ada. Masih cilik lagi. Hmm..kurang baja agaknya.
Sayur sawi renek. Tak tahu nama sebenar tapi Ummi panggil sawi renek sebab pendek aja batangnya. Ummi lebih suka sawi ni berbanding sawi batang hijau yang agak pahit tu. Sawi ni tak payah nak masak susah-susah. Masak bening (panggilan jawa untuk masak air) ajapun dah cukup enak.

Seronok, kan? Tengok gambarpun dah seronok, apalagi kalau tengok kebun ni betul-betul depan mata. Sekarang Ummi dah tak payah beli sayur kat luar lagi. Nak masak, petik aja. Alhamdulillah...memang berbaloi berbudi pada tanah.
2 ulasan:
salam ummi...
seronok tengok kebun sayur ummi yang subur, memang berbaloi berbudi pada tanah
Salam Ummi,
Saya juga sukakan tanaman begini di rumah....tapi tak tau macamna nak mulakan ...(dont have idea of it but have strong intention to be like it). Plz show me how to start it first.
Catat Ulasan