Ahad, 13 Jun 2010

Iqra'...Bacalah!

Assalamualaikum.

"Ummi,Ummi!Kenapa Ummi dah lama tak tulis blog?" Tanya kakak pada Ummi.

"Entahlah kakak.Malas semacam pulak Ummi sekarang.Kalau dah lama tak menulis cam tulah jadinya.Otak jadi beku!"

"Tulislah lagi Ummi..."

"Nantilah InsyaAllah, dah ada mood nanti Ummi tulis lagi."

Hmm...hari ni bukan ada mood sangatpun tapi bila tengok tarikh terakhir Ummi menulis rupanya dah hampir sebulan lamanya, tak tahan pula Ummi. Kena paksa diri juga untuk menulis hari ini.

Sepanjang Ummi tak menulis ni bukan Ummi tak pernah bukak blogpun. Setiap hari Ummi buka dan ziarah blog teman-teman. Habis cerita Ummi baca. Setiap hari juga Ummi baca buku-buku agama, novel Islami dan sebagainya. Malah kalau ke kedai buku, rasanya dah habis buku-buku yang Ummi minat Ummi dah beli. Minat membaca masih tinggi rupanya.

Anak-anak pernah bertanya. "Apa hobi Ummi?" Jawapan Ummi pastinya "Membaca".

"Ummi tak boring ke baca buku?" Jawapan Ummi pastinya "Tidak. Kenapa nak boring? Bukankah membaca itu satu nikmat."

Bertanya lagi mereka, "berapa buku Ummi baca sehari?" Jawab Ummi..."Tak terkira. Yang pasti di rumah, di klinik, dalam kereta, dalam beg, bawah bantal tidur dah tersedia buku-buku yang ingin Ummi baca setiap hari. Habis satu buku pasti Ummi akan gantikan dengan buku yang lain."

Sayangnya, hobi Ummi ini tak dapat diturunkan kepada semua anak-anak Ummi. Lain anak, lain hobinya. Susah juga nak menanamkan minat membaca dalam diri semua anak-anak Ummi. Bagi yang memang tak gemar membaca tu, puas disuruh barulah nak bukak buku. Baru 5 minit bukak buku, dah tertidur pula!

Pagi ini anak ke-4 Ummi, Aisyah bertanya ; "Ummi,Ummi...Ummi kerja tak hari ni?"

"Kerja. Kenapa?"

"Alahhh..kalau Ummi tak kerja, Aisyah nak mintak Ummi ajarkan Aisyah buat ayat. Aisyah tak pandai buat ayat lah Ummi. Susah Aisyah nak karang cerita."

"Aisyah nak tahu tak macamana caranya Aisyah boleh pandai buat ayat?"

"Nak!"

"Aisyah kena banyak membaca. Tu novel kakak berlambak tersusun kat rak, Aisyah bacalah. Tengok kakak? Kenapa kakak tak ada masalah karang cerita? Sebab kakak banyak baca novel, kan?"

"Yalah Ummi. Kawan Aisyah, Arini tupun pandai karang cerita. Diapun banyak baca novel. Nantilah Aisyah baca novel-novel kakak tu." Janji Aisyah...

Hmmm..bagaimana pula khabarnya dengan anak-anak lelaki Ummi di Mesir? Mudah-mudahan minat membaca telah timbul dalam diri mereka atas kesedaran sendiri.

2 ulasan:

kakchik berkata...

assalamualaikum kak ummi.
apa khabar? lama juga chik tak singgah di blog akak ni.
setiap hari nampak KLINIK UMMI antara referrer terbanyak kat blog Keluargaku Sayang tapi kadang singgah baca2 saja. Jadi silent reader sebab dah lama kak ummi tak update.
baguslah kak ummi ni kat mana-mana pun membaca. insyaallah anak-anak kak ummi tu kalau tak mewarisi hobi tu sekarang, esok-esok mungkin mudah terpengaruh sebab mereka dah selalu sangat tengok mak ayah diorang membaca.
nasihat kak ummi pada aisyah tu sama dengan nasihat abang long kat chik suatu masa dulu.

Kak Ummi To Chik berkata...

Wkmsalam Chik.Kak Ummi sihat-sihat aja.Alhamdulillah.Kak Ummi ni kadang-kadang 2,3x sehari singgah kat blog Chik.Ada artikel baru jer mesti Kak Ummi singgah.Ntah..rasa tenang aja hati Kak Ummi kalau baca artikel Chik.Tu yang Kak Ummi suka sangat singgah tapi Kak Ummi sendiri lak yang berat tangan nak menulis..hehe.

InsyaAllah Chik,mudah-mudahan anak-anak Kak Ummi nanti akan timbul juga minatnya untuk membaca dan mencari ilmu..Chik doakan ya.

Chikpun Kak Ummi respek sangat-sangat sebab Chik adalah pengusaha kedai buku yang banyak membaca.Tak macam sesetengah tokeh buku tu,bila kita tanya dah keluar belum buku terbaru karangan sekian-sekian,blurr semacam jer muka diaorang..huhuhu...