Isnin, 17 Mei 2010

Kangkung Oh Kangkung...

Assalamualaikum.

Benih kangkung yang ditabur di belakang dapur rumah telah mula membuahkan hasil. Alhamdulillah. Tenangnya hati melihat kehijauan hasil yang diperolehi. Berbudi pada tanah memang berbaloi.


Ummi sekeluarga memang penggemar sayur kangkung. Apalagi Along dan Angah. Masak tumis sayur kangkung atau sayur kangkung goreng belacan memang antara favourite mereka. Balik cuti nanti, sakanlah diaorang. Abi dan anak-anak yang lain pula penggemar bubur air yang dimakan bersama tumis kangkung. Maka memang wajarlah sayur kangkung menjadi tanaman utama pilihan kami.

"Buk, dibawa aja sayur kangkung ni ke pasar untuk dijual! Banyak banget ni. Tak habis dimakan." kat bibik pada Ummi di suatu pagi.

Ummi tersenyum sambil melirik pada bibik.

"Tak payahlah bik. Untungnya tak seberapa. Sayur yang banyak-banyak tu nanti bibik potong-potong kasi pada jiran tetangga. Lagi banyak untungnya." Jawab Ummi.

"Mana untungnya buk?"

"Untung akhirat,bik!" Ummi menjawab sambil ketawa.

"Waduh buk. Lagi-lagi akhirat..."

"Yalah bik. Untung akhirat lah lagi kita nak cari..."

Tersenyum sendiri Ummi mengingatkan perbualan dengan bibik tempoh hari. Mana-mana bibikpun yang tinggal dengan Ummi suatu waktu dulu, suka sangat nak jual hasil tanaman yang diperolehi. Mungkin disebabkan faktor kesusahan mereka di kampung menyebabkan peluang yang ada untuk mendapatkan duit cepat aja mereka pergunakan.

Hmm...Ummi masih menunggu hasil dari benih-benih sayur yang lain juga. Agak perlahan tumbesaran sayur-sayur lain berbanding sayur kangkung. Agaknya tanah nipun tahu, tuannya paling gemar dengan sayur kangkung...

3 ulasan:

amdang81 berkata...

Kat rumah ni tak boleh nak bertanam sangat. Pernah tanam serai, tapi habis budak-budak kat sini cabut. Nakal skit anak-anak jiran sini. Terus hilang semangat nak bertanam.

Kak Ummi berkata...

Ha'ah..kawasan rumah Dan tu memang payah,kan..tak ada privacy. Tak per Dan,nanti dah duk rumah sendiri,boleh bercucuk tanam puas-puas.Seronok banget bercucuk tanam ni,tambah bila dah dapat hasilnya..

ummu berkata...

salam kak.bibik akak sama macam pembantu saya,sikit2 mahu jual.surat khabar lama pun dia bilang mahu hanatar ke kedai tapi saya cakap jauh banget bik kedai barang lusuh ni.
"Untung akhirat, ya itu yang lebih utama..."