Khamis, 6 Mei 2010

Tetamu Istimewa Pengantin Baru...!

Assalamualaikum.

Hmm..kenapalah akhir-akhir ni malas betul Ummi nak menulis. Mungkin kerana masih dalam peringkat penyesuaian diri tinggal di rumah baru. Maafkan Ummi buat semua pengunjung yang tak pernah jemu singgah di blog Ummi.

Baru-baru ni Ummi terima kunjungan dari sepasang pengantin baru. Memang betul-betul baru! Baru tiga hari di akad-nikah kan dan rumah Ummi telah menjadi pilihan sebagai salah satu destinasi penginapan 'honey-moon'..hehehe. Alhamdulillah, terasa keberkatannya bila dikunjungi tetamu. Apalagi tetamu istimewa pengantin baru!

Nilah dia pengantin baru yang dimaksudkan. Adik Najmi dan adik Yusra. Kedua-duanya merukan pelajar perubatan di USIM. Buka semester ni, adik Najmi naik tahun akhir dan adik Yusra naik Tahun 4. Hmm..teringat zaman Ummi dulu. Ummi dan Abipun kahwin masa students (di akhir tahun 3 pengajian). Kira kakak borek adik rintik lah ni..hihihi..

Sebelum pulang ke KL, adik Najmi dan Yusra sempat singgah di Klinik Ummi. Hmm..apalagi..posinglah dulu. Suka tengok pengantin baru ni..pasti lepas ni makin berkobar-kobar semangat untuk belajar sama-sama, kan?

Ni pulak gambar pengantin baru bersama Abi di klinik cawangan.

Ada yang bertanya pada Ummi. Tak susah ke kahwin masa belajar? Bagi Ummi segala-galanya bergantung pada kemampuan diri dan perancangan yang baik serta matlamat yang jelas. Yang penting, jangan ingat kahwin ni saja nak cuba-cuba, nak seronok-seronok. Perkahwinan adalah satu ikatan tanggungjawab. Lantaran itu, persediaan diri ke arah tanggungjawab tersebut mestilah ada.

Tahniah buat adik Najmi dan adik Yusra!

"Ya Allah, berkati, rahmati dan redhailah pasangan pengantin baru ini. Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah. Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah yang mampu memandu, membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai. Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kepada Ali. Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh anak-anak yang menjadi amanah. Kurniakanlah kepada mereka ya Allah, zuriat yang soleh dan solehah serta kekalkanlah kebahagiaan mereka sehingga ke syurga. Amin ya Rabbal 'alamin."

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Ana pun kawin masa belajar....zaujah masa tu tahun 4...masuk final year pregnant, masuk final exam bersama-sama bakal anak sulung..huuhhu

Noraslina binti Jusin berkata...

Salam, Kak Ummi..

Setuju dengan Kak Ummi. Perkahwinan bukan permainan dan gelanggang percubaan, tetapi ia satu medan untuk suami dan isteri berkongsi hidup, bekerjasama, sedia melakukan pengobanan, memberi dan menerima.

Ada banyak tugas yang tergalas dan ada senarai panjang tanggungjawab yang sentiasa bersilihganti selagi hayat ada.

Alhamdulillah, Ina dan suami juga pasangan yang berkahwin ketika masih bergelar pelajar.

Kematangan bertambah seiring usia perkahwinan.

faisalzulkifli berkata...

sampaikan salam saya pada die yeh ummi, najem senioritas sekolah sy dulu..