Isnin, 10 Mei 2010

Bunga Cinta...

Assalamualaikum.

"Selamat Hari Ibu, Ummi!"

Sepulangnya anak-anak dari sekolah, Ummi menerima ciuman dan ucapan hari ibu dari anak-anak tercinta.

"Hmm..ingatkan anak-anak Ummi dah lupa. Terimakasih anak-anak Ummi...mmmuah!"

Kemudiannya, sibuk dengan kerja-kerja seharian di klinik, Hari Ibu tidak lagi menjadi agenda utama Ummi, malah langsung dilupakan sehinggalah...

Sepulangnya Ummi dari kerja syif malam...masuk aja ke bilik ;

"Eh, bunga apa ni?"

MasyaAllah! Diam-diam rupanya anak-anak Ummi yang masik cilik tu belikan Ummi setangkai bunga sempena Hari Ibu! Wangi pulak tu. Ya Allah...terharunya Ummi...

Bukan setakat bunga, ada pula kad ucapan istimewa buat Umminya...

Dan paling mengesankan, ada pula sajak yang dinukilkan khas untuk Ummi dari kakak mewakili adik-adiknya yang lain...!

Ya Allah...terimakasih anak-anak Ummi. Tak terkata betapa Ummi amat-amat menghargainya. Semoga kebahagiaan yang kita miliki ini akan terus berkekalan sehingga ke syurga...

Juga istimewa buatmu bonda tercinta :



2 ulasan:

laily berkata...

Assalamualaikum doktor...sy nk bertanya..arwah ibu doktor keje ape ye dulu?wajahnya saling x tumpah iras ustazah saya msa di sekolah sultan ahmad..

Dr Ummi berkata...

Wkmslm.Arwah mak suri rumah sepenuh masa,Laily.Mungkin iras yang sama kot...