Sabtu, 3 April 2010

Teruskan Doa Buat Bonda...

Assalamualaikum.

Sepulangnya mak dari hospital, keadaan mak tak banyak berubah. Cuma tidur sahaja yang berkurang namun ingatan mak masih belum pulih.

Ya Allah, kesiannya tengok mak.


Dulu tangan yang berkedut itulah yang sering membelai, mengusap-usap sambil memujuk diri ini tatkala kesedihan, kini sudah sampai masanya tangan anak-anak pula yang membelai, mengusap-usap kepala mak sambil berdoa mengharapkan sekelumit kesembuhan...

Dulu tangan itulah yang membersihkan segala najis dan kotoran di badan anak-anak, kini tibalah masanya untuk diri yang bernama anak ini pula menyediakan diri mak dalam keadaan bersih tatkala mak sudah tak mampu untuk mengurusi dirinya...

Dulu tangan itulah yang menyuapkan makanan buat anak-anak kecil yang hanya tahu bermain, kini tibalah giliran anak-anak pula untuk menyuapi mak makanan pengalas perut tatkala mak sudah tidak berupaya untuk menyuapi dirinya sendiri...

Hari ini....

Mak mula teringat sesuatu.

"Mak nak sembahyang. Banyaknya mak dah tinggal sembahyang, berdosanya mak..."

Ya Allah...kami menangis dalam kegembiraan. Bila ucapan ini keluar dari bibir mak, itu menandakan ingatan mak dah semakin pulih...

Segala puji bagimu ya Allah...

Kupapah mak ke bilik air untuk membersihkan diri. Benar! Mak sudah mula ingat tertib wudhuk dan mak meminta kami anak-anak mempersiapkan dirinya untuk bersolat..

"Allahu Akbar!" Takbir diangkat walau dalam seribu kelemahan dan kepayahan...

Mengalir airmata ini.

Mudah-mudahan mak akan pulih sepenuhnya dan dipanjangkan usia dalam ketaatan.

Terimakasih tak terhingga, Jazakumullahu khairan kathira Ummi ucapkan buat semua sahabat-sahabiah pengunjung blog Ummi yang telah sama-sama mendoakan kesembuhan buat bonda tercinta. Kalian memang sahabat sejati, dunia dan akhirat...


2 ulasan:

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

assalamualaikum

Alhamdulillah.syukur mak kak ummi sudah menunjukkan perkembangan yang positif...huda doakan semoga mak kak ummi akan sembuh seperti sediakala...semoga kak ummi sekeluarga tabah dgn dugaan Allah..:)

CT berkata...

alhamdulilah...:)