Assalamualaikum.
21 Mac 2010, seawal jam 6.20 pagi, Ummi menerima panggilan telefon kecemasan dari ayahanda yang menyatakan bahawa bonda berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Berkali-kali ayahanda kejutkan bonda untuk solat Subuh namun tiada respons dari bonda...mata terpejam rapat, mulut tak menyahut...
Sesampainya Ummi di sana, jelas bonda masih tidak sedarkan diri namun keadaannya tidak sepertimana mereka yang diserang angin ahmar. Bonda seolah-olah tidur dalam keadaan yang teramat lena. Sungguh lena sekali!
Segera Abi menelefon ambulans dan bonda diberikan rawatan kecemasan. Alhamdulillah bonda kemudiannya sedar sepertimana mereka yang baru terjaga dari tidur namun dalam keadaan terlalu letih dan tak bermaya. Paling menyedihkan, beberapa kali bonda bersuara meminta agar dirinya di hantar ke hospital tanpa menyedari bahawa dirinya sekarang sedang dirawat di hospital. Hanya beberapa patah perkataan yang dilafazkan dan bonda kemudian kembali lena dalam dunianya...
Pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah berada pada tahap normal. Punca sebenar masalah masih dalam kekaburan...
Hanya doa yang Ummi harapkan dari sahabat sahabiah pengunjung blog Ummi buat bonda tercinta....
Ahad, 21 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
semoga bonda dr.ummi kembali sihat dan gembira bersama keluarga yg menyayanginya..amin.
semoga Allah berikan kesembuhan kepada makcik...kita doa sama2...
Salam, Kak Ummi. Didoakan kesembuhan buat bonda Kak Ummi yang disayangi keluarga.
Allahumma yashfiiha.
Akum,
K.han, sayunya. Semoga diberi yang terbaik penyembuhannya dari ALLAH.
Semoga sabar dan kuat buat K.han. Kami doakan inshALLAH.
Salam.
Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada keluarga Ummi menghadapi situasi kritikal ini. Semoga bonda Ummi kembali seperti sediakala. Semoga cepat sembuh. Semoga bonda Ummi masih boleh memanjatkan doa untuk anak-anaknya. Amin.
Wassalam.
Salam. Insya-Allah kami doakan kak ummi.
Salam..
InsyaAllah, doa kami untuk kalian. Moga tabah hadapi dugaan. Semoga bonda sihat kembali.
Amiin
Assalamualaikum
Huda doakan semoga bonda akak cepat sembuh ya..
Salam..
Izwah doakan bonda cepat sembuh! aminn..
Catat Ulasan