Sabtu, 3 April 2010

Selamat Tinggal 30-an...

Assalamualaikum.

2 April 2010 - Menginjak usiaku 40 tahun! Selamat tinggal 30-an...

Pada usia inilah kita sering dikaitkan dengan PERUBAHAN. Adakah kita akan berubah menjadi manusia yang semakin baik atau terus kekal tak berubah? Mohon dijauhkan Allah dari berubah kepada yang tidak baik...waliyazubillahiminzaalik.

Ya Allah...terharu Ummi dengan sambutan kelahiran ke-40 ini.

Hadiah 'rahsia' yang amat berharga dari Abi membuatkan diri ini terasa seolah-olah baru sahaja melangkah diri ke jinjang pelamin...terimakasih tak terhingga buatmu Abi.

Anak-anak dara cilik pun tak mahu ketinggalan. Semua hadiah dalam bentuk perkakas komputer yang diberikan, membuatkan Ummi terasa amat dihargai. Memang semuanya amat berguna buat Ummi! Kalian memang memahami...

Apalagi hadiah DOA yang tulus dari anak-anak Ummi nun jauh di bumi kinanah. Ya Allah.. terimakasih anak-anakku. Sebak hati Ummi membaca tulisan Angah di sini.

"Ya Allah, panjangkanlah usia Ummiku dan seluruh ahli keluargaku. Lapangkanlah dada mereka dan bukalah hati mereka untuk mereka menerima segala nasihat dan kebaikan. Tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang bertaqwa dan beramal soleh. Ampunilah dosa mereka. Permudahkanlah urusan mereka. Ubatilah segala keresahan dihati mereka. Tambahkanlah iman mereka. Tambahkanlah keyakinan mereka terhadap-Mu. Hindarilah mereka dari ujian yang berat. Matikanlah mereka didalam keimanan, ketaqwaan serta keredhaan dan limpah kurnia rahmatmu ya Allah yang Maha Pengasih. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, para sahabat baginda, tabi' dan tabi'en serta keluarga baginda."

Itulah doa yang tulus dari anak-anak soleh Ummi nun di bumi Mesir.

Usai solat Subuh dan bacaan ma'thurat, Abi dan anak-anak buat surprise kat Ummi. Kakak tak sabar-sabar nak kasi hadiah kat Ummi. Terimakasih kakak...kakak memang anak yang baik.

Aisyahpun tak mahu ketinggalan. "Selamat Hari Lahir Ummi. Ni hadiah dari Aisyah untuk Ummi.." Terimakasih Aisyah. Apapun hadiah dari anak-anak Ummi, semuanya amat bermakna buat Ummi.

Hadiah dari Atiqahpun ada? Hmm..bila masa Atiqah pandai gi kedai cari hadiah untuk Ummi? Hehe...ni mesti buat komplot sama Abi, kan? Haha...

"Hmm..biar Ummi tengok, apa hadiah dari anak-anak Ummi ni agaknya, ya?"

Owh..semuanya perkakas komputer. Rupa-rupanya diaorang belikan Ummi semua peralatan untuk memudahkan Ummi berinteraksi dengan abang-abangnya di Mesir. Wah! Pandai juga anak-anak Ummi ni, ya. Terimakasih anak-anakku dan teristimewa juga ucapan terimakasih Ummi buat Abi yang dah sampaikan hadiah 'rahsia' untuk Ummi awal-awal lagi..hehe..

Juga ucapan terimakasih Ummi buat semua sahabat-sahabiah yang dah wish kat Ummi ucapan birthday beserta doa melalui facebook, sms, email dan sebagainya. Terharu Ummi. Memang benar, di sekeliling kita rupanya masih ada yang sayang..kan?

"Ya Allah, pertautkanlah hati-hati kami dan eratkanlah ikatannya.."

Semoga kita semua akan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. Amin...

5 ulasan:

Cahaya Rumahku berkata...

salam kak ummi..

selamat ulangtahun ke40! semoga berbahagia dunia dan akhirat bersama insan2 tersayang..amin.


(saya juga baru meninggalkan usia 20-an 6bulan yg lalu he he.. rasa takut juga usia yg terus bertambah tapi amalan takda peningkatan..)


semoga dr.ummi sihat sejahtera agar dapat terus memberikan cth ibu dan srikandi mithali kepada muslimah lainnya..


salam ukhwah.

Nadirah berkata...

sanah helwah dr ummi. semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah. Ukhuwah fillah :)

wfaiziah berkata...

salam K han..
Selamat hari lahir..
Dah senior rupanya K Han dan abg Lan yer..
Ingat sebaya ngan kami jer..hehe..
Mudahan di umur 40an semakin bertambah rezeki, ilmu dan amal.
Moga bahagia dan sihat selalu.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam,
Sanah Helwah :) Semoga diberkati usia, Ameen.

ibunoor berkata...

Sanah helwah Dr. Ummi...semuanya dlm perancangan Allah...ternyata kita berkongsi hari istimewa...2 April.

Semoga kita berada dlm lindungan Allah SWT selalu.

Silalah ziarah ke blog saya...