Ahad, 10 Januari 2010

Terimakasih Anak-Anakku...

Assalamualaikum.

"Kenapa Ummi termenung je ni?" sapa Atiqah yang baru berusia 5 tahun itu pada Ummi.

"Ummi kurang sihatlah Atiqah" jawab Ummi lemah. Memang dah 2 hari Ummi di serang demam, sakit tekak dan batuk-batuk. Kepalapun masih berdenyut-denyut walau dah disogok dengan pain killer.

"Kalau tak sihat, Ummi tak payah gi kerjalah!" sambung Atiqah.

"Hah!Betul tu Atiqah!Ummi tak payah gi kerjalah,kan?Cakap kat Ummi tu..." sampuk Abi.

Ummi tersenyum kelat dengan teguran dari si kecil Atiqah. Aduhai...dah matang juga rupanya fikiran sikecilku ini.

Kenapa Ummi masih memaksa diri ke tempat kerja?

Entahlah...banyak yang Ummi fikirkan. Tutup klinik tanpa gantian doktor seringkali menyebabkan sesal di hati kerana membayangkan pesakit yang menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan rawatan terpaksa balik begitu sahaja dengan hampa. Buka klinik dengan gantian doktor locum pula seringkali menyebabkan hati terasa was-was...'baik ke layanan doktor ni terhadap pesakit-pesakitku?' dan macam-macam perasaan lagi yang timbul.

Akhirnya Ummi pasrah, memaksa diri.

Pagi ini, Aisyah dan kakak pula bertanya pada Ummi ;

"Ummi demam ni macamana nak tengok patient? Nanti patientpun tahu Ummi sakit. Ummi rehat ajalah kat rumah."

Subhanallah. Anak-anakku cukup prihatin...

"Tak apa. Kat depan patient, Ummi tak pernah tunjuk yang Ummi sakit."

"Pandai ke Ummi berlakon nanti tu?" soalan yang penuh ikhlas pula keluar dari bibir Aisyah.

Ummi terdiam, kehabisan kata-kata. Hanya senyuman yang menjadi jawapan. Akhirnya Ummi bangkit dari sejadah selepas selesai membaca ma'thurat bersama anak-anak dan terus menuju ke dapur.

"Ummi nak ambik ubat ni. Mudah-mudahan lepas makan ubat ni, Ummi sembuh. Tak payahlah Ummi berlakon lagi, kan?"

Langkah Ummi ke dapur dituruti oleh anak-anak...barangkali untuk memastikan yang Ummi benar-benar mengotakan apa yang dikata.

Syukur padamu ya Allah atas anugerah anak-anak yang solehah, penyejuk hatiku...

*************************************************************************************

2 ulasan:

nafastari berkata...

Kata orang, sejuk perut ibu mengandung, kan? Selamat berbahagia di sana dan semoga rahmat Allah senantiasa memayungi Ummi sekeluarga.

Noraslina binti Jusin berkata...

Salam, Kak Ummi..

Syafakillah kak. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan..kagum dengan semangat Kak Ummi.

Cute je baca kata-kata ambil berat anak-anak Kak Ummi. Memang mereka anak-anak yang prihatin.

Salam sayang buat mereka ye kak :)