Assalamualaikum.
Hati masih rasa terkilan. Namun Ummi perlu gagahkan diri juga untuk mencoretkannya di sini buat peringatan dan perhatian sahabat-sahabiah agar perkara yang sama tidak berulang.
Semalam Ummi dah terkena!
Setibanya Ummi di klinik pagi kelmarin, terus Ummi buka kotak email dan salah satu mesej yang Ummi terima adalah dari maybank2u.com yang mengatakan bahawa akaun maybank2u.com Ummi telah di ‘block’ atas alasan keselamatan. Untuk membolehkan Ummi mengaksesnya kembali, Ummi perlu ‘unblock’ dengan cara menekan butang ‘log in’ yang dipaparkan.
Mengambilkira kemungkinan ada bil yang perlu di bayar melalui maybank2u nanti, maka arahan yang diberi terus Ummi patuhi dengan memasukkan ‘user name’ dan ‘password’ sebagaimana kaedah biasa untuk kita ‘log in’ ke maybank2u.com.
Apabila dah berjaya ‘log in’, terus Ummi keluar dari paparan tersebut untuk melakukan kerja-kerja rutin klinik. Tiada sebarang transaksi dilakukan pada hari ini.
Tiba-tiba pada jam 11.58 pagi (lebih kurang 2 jam selepas urusan ‘unblock account’ tadi), Ummi menerima mesej melalui telefon dari maybank2u.com yang berbunyi : “3rd Party Funds Transfer – RM4,890.00 successful on 12 Jan 2010 11:57:12.TQ”
Dalam keadaan terpinga-pinga dengan mesej tersebut, terus Ummi menelefon Abi bertanyakan sama ada Abi ada membuat transfer account kepada sesiapa menggunakan akaun Ummi pagi ini. Bila Abipun menafikannya…terus kami membuat kesimpulan bahawa AKAUN UMMI TELAH DICEROBOHI!
Usai sesi klinik di sebelah tengah hari, terus Ummi dan Abi berkejar ke Maybank Caw K.Trg untuk membuat laporan. Alhamdulillah, urusan bank agak cekap. Akaun Ummi dan Akaun Penerima terus di ‘block’. Namun untuk membolehkan tindakan dan siasatan lanjut di buat, Ummi terpaksa membuat laporan polis.
Rupanya dah ramai yang terkena! Polis memaklumkan bahawa Ummi dah kena ‘phishing’. Maklumat si penceroboh berjaya diperolehi.
Mudah-mudahan kes ini akan segera selesai dan duit Ummi dapat dikembalikan. Doakan Ummi.
Senangnya orang sekarang cari duit kan? Kecekapan menggunakan IT telah disalahgunakan. Ummi terasa sayu sangat-sangat. Apalagi bila dapat tahu si penceroboh ni orang melayu kita, masih muda-belia lagi. Kenapa tak bekerja secara halal untuk cari duit? Kita dalam keadaan sakitpun, masih gagahkan diri juga untuk mencari sesuap rezeki yang halal tapi ada manusia yang dianugerahkan Allah otak yang cerdik dengan IT, sanggup buat kerja menipu macam ni untuk cari duit? MasyaAllah…
Untuk teman-temanku yang dikasihi…BERHATI-HATILAH dengan email sebagaimana yang Ummi ceritakan tadi. Mudah-mudahan kejadian sebegini tidak akan berulang lagi. Menurut pihak bank, mereka tidak akan sama sekali berurusan dengan pelanggan melalui email. Ini bermakna email yang Ummi terima itu adalah email penipuan dari si penceroboh.
Bila direnungi kejadian sebegini, terdetik di hati… “Adilnya Allah jadikan syurga dan neraka untuk hambaNya di akhirat nanti. Seringkali kita tak berpuas hati dengan hukuman untuk si pesalah di atas dunia ini. Hanya akhiratlah penyelesaian yang terbaik kerana di sana Allah akan balasi setiap apa yang makhlukNya perbuat dengan seadil-adilnya…!"
*************************************************************************************
Rabu, 13 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
21 ulasan:
salam..
Moga Allah berikan yang terbaik buat Ummi sekeluarga.
Saya dah lama dapat emel dari Maybank tu. Tp, saya ni jenis malas+ teragak2 nak buat spt yg disuruh. Tambah2 lagi , dapat mel mcm tu, yg masuk ke spam. Dan sy dah trima byk sgt emel yg sama.
Tak pernah sangka, this is another phishing scam!
MashaAllah!
Allah yubarik fiik, kak Ummi
assalamualaikum kak ummi.
mashaAllah... terkejut chik atas ujian ni kak ummi.
chik ada buat entri tahun lepas pasal scam menggunakan maybank2u. mungkin kak ummi tak terbaca pasal tu tambah2 cara penipuan dibuat sangat licik.
pihak maybank2u ada membuat peringatan pasal ni dan minta kita berhati2 dgn email begini.
apapun, sabar ya kak ummi. Allah menguji hamba-Nya tanpa disedari. hikmahnya mungkin kak ummi yang lebih memahami.
chik doakan duit itu masih rezeki kak ummi bukan penjenayah2 siber tu.
salam kak...sedihnya baca entry akak...kita susah2 carik duit...dia senang2 jek nak ambik dgn cara tak btul...semoga dia mendpt balasan....
miss u sis!!!
Salam kak...saya sampai ke sini secara blog-hoping..:)
Kalau tak silap, pernah ada email circulation tentang scam ni. Juga terdapat peringatan di website maybank2u sendiri tentang jgn sekali-kali login melalui email, sms, etc.
Apa pun takziah drp saya & moga Allah memberikan ganjaran ke atas kesabaran agak dgn kebaikan yg berlipat ganda...
Cuma saya agak curious, sebab kalau nak buat 3rd party transfer mesti ada TAC, jadi macam mana boleh dia transfer...? Juga, bukankah maybank boleh check duit tu masuk ke akaun sape? Walaupun mungkin susahlah nak tuduh dia (melalui mahkamah) transfer sebab kesilapan kita mendedahkan username & password.
Assalamualaikum,
Allah! Innalillahhi wainna ilaihi rajiun. Banyak tu Dr.Ummi! Sama banyak dengan duit saya datang belajar Mesir kini.
Sabar ya dengan ketentuanNYA. Ada hikmah.. hati-hati.
MasyaAllah..bila Allah dah bagi ilmu dan kelebihan , disalahgunakan pulak..Kesian kak Ummi. Semuga kes kecurian melalui internet ni segera di selesaikan.
Kdg kdg sedih kan, kita penat penat cari rezeki yg halal, org lain pulak senang senang ambik..
apa apa pun ni ujian dari Allah, semuga kak ummi sabar..InsyaAllah akan dpt semula duit tu..
(saya pun selalu dpt such e-mail tpi selalu delete terus.)
Terimakasih buat teman-teman atas kata-kata perangsang, nasihat dan doa. InsyaAllah Ummi terima ujian ini sebagai hikmah dari Allah yang Maha Mengetahui akan perkara yg ghaib.
Sungguh ianya menjadi pengajaran buat Ummi agar lebih berhati-hati di lain masa...
Assalamualaikum kak Umi..
harap kak umi bersabar dengan dugaan..
1. Tolong jangan respon kepada mana mana email phising..
2. Tolong jangan simpan duit banyak banyak dalam akaun bank yang enabled online login..
Izinkan saya untuk menggunakan posting kak umi untuk buat posting dalam blog saya..
harap jangan lemah didunia ini. Apapun jaga lah jiwa kita ni baik
bijaknya manusia zaman sekarang menempah tiket ke neraka!!!!
namun ada hikmahnya juga..at least orang yang 'bijak' tu dah dikenal pasti dan bakal 'sing the song' yang dia buat sendiri.
kan dh byk surat khabar, tv, bla2 yg kata jgn respon kat emel kalo dpt camtu.. but u did responded.. i didnt know what to say..
Assalamu3laikumwbt, ummi.
Perkara ni berlaku pada mak cik saya beberapa bulan yang lepas.
Hampir habis hasil gaji dia lebih kurang 10 tahun..
Ada dalam berbelas ribu, dan masa dia check lagi sekali, cuma tinggal seribu ja.
Tapi, ni takda pula minta log in @ apa. Tak pasti dia buat macam mana untuk transfer duit tu.
Tapi, sedih juga la, hasil titik peluh bertahun-tahun kan.
Ibu saya juga mengalami nasib yang sama. Bila check, cuma tinggal 100 ja dalam akaun.
Dulu2, ada toyol. Sekarang, ada toyol IT ye? ^_^
Semoga Allah menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik & orang yang melakukannya menerima balasan yg setimpal.
Amin.
Askum K.Han yg dikasihi...
Innalillahiwainnailahirajiun,
Semoga K.han sabar dan dapat diselesaikan dgn baik semuanya.
Ini yang dipanggil internet scam by HACKING.
Sebenarnya saya selalu dapat email dari kononnya maybank ini. Mula-mula terfikir seminit. Tetapi bila memikirkan saya tiada akaun Maybank dan hanya suami ada. Saya terus yakin ini adalah scam. Terus masukkan ke report spam. Masa tu tanya suami, dia ada buat apa-apa second users login dan refer pada saya.Katanya tiada.
Pemindahan atau LOGIN dari external link adalah BERBAHAYA atau memang tidak legal untuk kita lakukan.
Baru-baru ini dapat bentuk lain pula:-
--------------
Final Warning (Account Problem) Inbox X
Reply
Maybank Group
show details Jan 19 (3 days ago)
ATTENTION:
WE ARE IMPROVING OUR ACCOUNT SECURITY TO PROTECT AND SERVE YOU BETTER. ALL CUSTOMERS ARE REQUIRED TO IMMEDIATELY SECURE THEIR ONLINE ACCOUNT BELOW AS UNSECURED ACCOUNTS WILL BE TERMINATED TILL FURTHER NOTICE. THIS PROCESS IS MANDATORY.
http://xxxx (alamat web saya padam)
THANK YOU,
MAYBANK GROUP
------------
Apapun kami mendoakan yang terbaik dan baik-baik atas ujian ini. Kak Han tahukan yang sy pernah cerita dulu, akaun Salman di'rompak' dan hampir 10k hilang. Saya memahaminya. Dan jika ada apa-apa yang boleh dibantu, bagitahulah kami ya.
Ibtila' minallah, moga ada rahsia dan diberi kekuatan berganda dan penambahan iman.
Tolong doakan kami juga.
Even my husband case occurred sebab dompet dicuri still, the effect remain the same.
Allah ma'ak!
Salam Kak Umi :)
Saya juga selalu terima email yang berkenaan tapi saya abaikan saja.Jangan kita layan email atau sms sebegitu. Kalau nak confirm tanya (call) bank2 yang berkenaan terlebih dahulu. Begitu juga dgn panggilan telefon (contohnya dari Bank Negara). Bagitahu kepada pemanggil yang kita akan return call. (kita boleh call bank tersebut dulu untuk confirmkan kesahihan panggilan yg diterima. Itu saja, semoga Kak Umi dan sahabat2 lain lebih berhati-hati. Banyakkan bersabar ...
salam, Dr Ummi boleh sy letak article ini dlm blog family sy?
Harap K Han dapat balik duit tuh..
Bila dah block akaun penerima InsyaAllah mgkin dapat balik kot..harap2nya begitu. Mudahan k Han dan abe Lan tabah.
alahai ..byk tu...bukan senang nak kumpul...walaupun alia dlm bidang it...tp still tak guna online banking...sbb risiko amat besar
Yang mushkilnya macam mana transfer tu bole dibuat..macam mana dia dapat TAC tu....pelik2..
mungkin orang dalam Maybank jugak...
maka, masuklah Bank Islam???
Hassan
Catat Ulasan