Assalamualaikum.
Dah lebih setengah bulan Ummi tak menulis di sini. Bukan kerana frust terhadap kes kecurian di internet baru-baru ini. Namun ia adalah kerana faktor kesihatan yang terganggu, sekaligus menyebabkan mood untuk menulis hilang.
Benarlah pesanan Rasulullah SAW terhadap kita. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa kayamu sebelum miskin dan masa hidupmu sebelum mati.
Ujian batuk yang berpanjanganpun dah cukup membuatkan diri ini terasa sangat hilangnya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan selama ini. Habis pelbagai macam ubat di preskripsi untuk diri sendiri namun ia tetap berterusan. Madu dan habbatus sauda’ juga turut diamalkan. Hari ini Alhamdulillah dah terasa ada bezanya dari hari-hari yang lain. Maka mood menulis datang kembali. Doakan Ummi agar terus mampu untuk mencoretkan sesuatu di sini. Sesuatu yang boleh menjadi peringatan buat diri sendiri dan buat pengunjung yang dikasihi.
Bibik Pulang Ke Indon
Kepulangan bibik, pembantu yang memang banyak membantu selama ini ke Indonesia cukup terasa kesannya. Bagi Ummi yang waktu kerjanya di klinik siang dan malam, hidup tanpa bibik cukup merubah suasana. Paling merumitkan, anak-anak tiada yang menemani sewaktu Ummi bekerja sedangkan semuanya masih dalam peringkat usia anak-anak yang belum baligh. Ada tak ada, semuanya Ummi angkut ke klinik (tingkat atas). Malah Ummi sekeluarga dahpun ‘berumahtangga’ di klinik pula sekarang! Hmm..sabar ajalah sehingga bibik yang baru pula sampai.
Rumah Baru Dah Siap
Kebetulan pula, bertepatan masa bibik pulang ke Indonesia, masa ini jugalah rumah baru kami siap. Perpindahan di akhir bulan Januari telahpun dirancang. Tak sangka pula, bibik yang baru lambat sampai kerana urusan visa. Waduh! Semuanya membuatkan kami cukup berada dalam kekalutan. Namun berkat kesabaran dan keyakinan bahawa pasti segalanya ada jalan penyelesaian, Alhamdulillah perpindahan barang-barang dari rumah lama ke rumah baru juga hampir selesai walaupun tanpa bibik.
Kami Tak Berpindah Ke Rumah Baru?
Yang peliknya, kami sekeluarga tak pula berpindah ke rumah baru. Sebaliknya berpindah ke Klinik Ummi pulak? Hahaha…
Sabarlah..tunggu sampai bibik baru tiba…
Bibik Oh Bibik….
*************************************************************************************
Ahad, 31 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Alhamdulillah....ummi seorang yang kuat semangat....
salam...sy slalu bce ummi nyer blog..
hehehe....
smoga cepat semboh n sihat2 slalu..aminn..
Askum kak han.
Kesiannya.
Syafakillah. Dgr juga akak sibuk. Kalau ada apa-apa yang boleh dibantu kabo lah ye. Tlg angkat barang ke etc. InshALLAH.
K.han mcm family sy je.
cantiknya umah baru k Han. Bila nak buat Jamuan..? tepi pantai ker?
assalamualaikum...ummi..slam ukhwah dr umiliya..ermm
Alhamdulillah dah sihat. sy ni pun baru baik ulser mulut : 2 minggu...selalu kejap jer dah baik.
*rumah cantik tu ummi
Salam kak ummi
syafakillah
subhanallah,moga2 dapat pengganti pembantu yang baik.
Catat Ulasan