Hari ini 19 November. Tarikh berlakunya tragedi berdarah Memali! 24 tahun yang lalu, ketika Ummi dalam cuti sekolah hujung tahun Tingkatan 3, terpapar di kaca TV berita penembakan beramai-ramai terhadap suatu kumpulan agama yang didakwa mengamalkan ajaran sesat. Dalam masa yang sama pula, bonda tercinta menafikan… ‘Tidak! Mereka bukan pengamal ajaran sesat. TV tak pernah bercakap benar. Mak pasti mereka adalah orang-orang agama yang digeruni oleh parti kerajaan!’.
Akhirnya terbukti kata-kata bonda adalah benar. Al-Fatihah untuk semua syuhada’ Memali.
Rentetan daripada itu, entah kenapa tarikh ini menjadi begitu terkesan kepada Ummi sehinggakan Ummi juga turut melahirkan 2 orang puteri pada tarikh yang sama, 19 November dalam tahun yang berlainan. Jauh dilubuk hati ini, Ummi mengharapkan mudah-mudahan anak-anak Ummi kelak bakal menjadi mujahid dan mujahidah yang akan turut berjuang melawan kemungkaran dan menegakkan kebenaran.
Sama-sama kita hayati sajak karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuatkan jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa para syuhada Memali yang begitu cekal dan tekal dalam menentang penangkapan tanpa bicara (ISA).
Hari itu Selasa malang
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah
setelah malap cahaya lokap
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari
negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah
enggan ditahan tanpa kesetaraan
enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia
penjara tanpa bicara
warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.
Sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah
merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba
tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya
mentah kedarah para petani dan buruh
mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah
Iya, mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah
tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.
Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional
Tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional
Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan
melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis Syaitan Act (ISA)
ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras
Penguasa pujanya Iblis Kuasa
penguasa sembahnya Syaitan rasuah
Penguasa berkuku besi pelindungnya ISA (Iblis Syaitan Act.)
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara
Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh
memaksa rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa
memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata
ISA gari yang merantai kejujuran
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan
Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam,
sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling,
siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan adalah sendu kesedihan
maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara
akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga,
mencabut nyawa suami dan ayah,
para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

*************************************************************************************
5 ulasan:
terima kasih atas info sejarah yg sgt berguna ini.
InsyaAllah...
Pasti ada makna disebalik tarikh apatah lagi andai diiringi doa ummi yang berterusan utk puteri2 kesayangan.. You're a very gud mom!
Salam Singgah,
Saya terpanggil unt meninggal komen di entri ini. Tempat kejadian tersebut berlaku amat hampir dengan rumah saya, dan ayah saya terlibat di dalam menjaga dan menguruskan jenazah2 yang terkorban di dalam kejadian tersebut.
Memandangkan pada masa itu kawasan Memali bagai diserang garuda kerana semua yang terlibat telah ditahan pihak berkuasa, maka jenazah yang dibawa ke Hospital Sungai Petani telah dibawa pulang ke Masjid Parit Panjang untuk disemadikan, lantaran di Memali tidak ada individu yang tinggal untuk menguruskan, dan juga kawasan tersebut dijaga rapi, tidak dibenarkan sesiapa memasukinya tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Saya dimaklumkan oleh ayah saya yang melihat sendiri keadaan jenazah2, bahawa jenazah2 tersebut 'berpeluh', 'darah masih mengalir', dan kelihatan seperti 'masih hidup'.. MasyaAllah.. saya pada ketika itu masih kecil untuk mengerti terlalu dalam akan hal tersebut, pun begitu mula memikirkan tentang apa yang saya pelajari dari ustaz saya di Maktab Mahmud akan tanda2 shahid dan petanda2 pada jenazah tersebut, meyakinkan saya tentang kesyahidan mereka.. That's such a long story regarding it, and at the end of the story, kesemua jenazah telah disemadikan di dalam satu liang dengan cara shahid, tanpa mandi dan segalanya yang berkaitan.. MasyaAllah..
Selepas keadaan semakin reda, saya dan keluarga telah menziarahi keluarga mangsa di Memali, saya terkesima bilamana mengetahui anak bongsu Ustaz Ibrahim, yang saya panggil sebagai Ustaz Man Libya, yang pada ketika itu berusia 6 bulan, dinamakan sebagai Nurusshuhada'.. what a significant and co-incident..?!!
Al-Fatihah untuk kesemua mereka.. Moga mereka semua tenang di bawah rahmatNya.. ameen..
Nukilan rasa: Fa - London, United Kingdom
Peristiwa yang meninggalkan banyak kenangan pahit. Gambaran betapa zalimnya orang yang berkuasa yang rakus. Dan orang itu masih segar hingga hari ini. Mungkin doa dari arwah mantan presiden pas yang lalu.Semoga sizalim ini akan melihat dengan matanya sendiri kejatuhan kerajaannya .
Memali juga akan menjadi titik permulaan kepada kemenangan Islam. Lihatlah persamaan jumlah korban Memali dengan jumlah korban Perang Badar iaitu 14 orang! Meskipun dari segi angkanya telah berkurangnya 14 pejuang, namun pada hakikatnya telah lahir berpuluh ribu lagi pemuda dan pejuang yang sanggup mengikut jejak langkah As-Syahid Ust. Ibrahim Mahmud demi menghapuskan Iblis Syaitan Act (ISA) dan menghapuskan akar-umbi yang menunjanginya iaitu UMNO-BN. Allahu Akbar!
Catat Ulasan