Isnin, 23 November 2009

Ihtifal SRIP Tahfiz 2009

Assalamualaikum.

Majlis Ihtifal SRIP Tahfiz 2009 akhirnya berjaya diadakan pada 21 November 2009 bertempat di Auditorium Fakulti Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Wah, gah sekali majlis kali ini kerana telah berjaya diadakan di sebuah universiti tempatan di sini. Bersemangat habis anak-anak! Apalagi apabila memasuki perkarangan universiti yang begitu indah dan permai. Itulah sebenarnya tujuan pihak SRIP Tahfiz mengadakan majlis ihtifalnya di dewan universiti. Tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk motivasi dan perangsang buat anak-anak didik Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz (SRIP Tahfiz)!

Indah mekar si bunga raya, kuntuman indah menambat seri, anak-anak hiasan dunia, pintar dan soleh penyejuk hati....itulah puisi pembukaan yang tertera pada buku cenderahati majlis kali ini.

Majlis dimulakan dengan alunan kalimullah oleh adik Mohd Izzat Farhan (tahun 6) diikuti terjemahannya oleh adik Iffah Nabilah (tahun 6). Mereka ini adalah rakan sebaya dan bekas rakan sekelas anak Ummi, Anas yang kini sedang menuntut di Maahad Bu'uth Islami, Kaherah.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh guru besar SRIP Tahfiz, Puan Norli binti Madlan yang lebih dikenali sebagai Ummi di kalangan pelajar-pelajar SRIP Tahfiz. Sungguh bernas sekali ucapan beliau!

Ucapan oleh wakil PIBG, Tuan Haji Kamarudin Abdul Rahim. Wah! Panjang lebar ucapannya dengan kisah pengalaman yang begitu bermakna buat para pendengar. Almaklum, ucapan dari 'orang lama'....

Penyampaian cenderahati untuk penaung SRIP Tahfiz, Tuan Haji Aminudin Mat Yusof.

Persembahan taekwondo oleh pelajar-pelajar SRIP Tahfiz...

Sangat menarik dan bertenaga!

Penuh dengan aksi dan gaya pertahanan diri...

Jangan disangka kami lemah...tendang kayu keras nipun boleh pecah beb...huhu....

Acara penyampaian hadiah dimulakan dengan hadiah perangsang untuk semua pelajar TISPIN, Tahun 1 dan Tahun 2. Kelihatan anak Ummi, Aisyah Farihah sedang menerima hadiah perangsang.

Majlis diteruskan dengan acara persembahan sketsa yang begitu menarik sekali, bertajuk Nilai Sebuah Keberkatan. Power habis pelakon-pelakonnya. Anak-anak kecil, dilatih untuk apapun, boleh jadi hebat! Macam tak caya tengok lakonan mereka, tak kekok langsung!

Sketsa diakhiri dengan persembahan nasyid bertajuk 'keampunan' oleh pelajar-pelajar tahap 1 (Tahun 1-3). Merdu habis suara diaorang!

Siap dengan gayanya yang pelbagai....

Majlis kemudiannya disambung dengan acara penyampaian hadiah perangsang untuk kesemua pelajar Tahun 3 sehingga 6. Kelihatan anak Ummi, Amirah Zahidah sedang menerima hadiah perangsang.

Kecil-kecil cili api! Hebat sekali adik tahun 1 ini mempersembahkan sajak bertajuk 'guruku' buat semua hadirin.

Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid bertajuk 'Allahu'. Wah! Macam-macam bahasa pulak yang digunapakai dalam lagu ni...

Akhirnya tibalah masa untuk anugerah kecemerlangan akademik buat pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang. Kelihatan Aisyah Farihah sedang menerima piala dan sijil di atas pencapaian tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Tahniah Aisyah! Semoga Aisyah akan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mengekalkan kecemerlangan.

Kakak (Amirah Zahidah) pula menerima anugerah kecemerlangan akademik, tempat pertama untuk peperiksaan akhir tahun. Tahniah kakak! Semoga kakak akan terus cemerlang di dunia dan di akhirat...

Persembahan bintang kecil dari pelajar-pelajar prasekolah!

Siap dengan lakonannya sekali! Hebat!

Diakhiri dengan persembahan lagu dalam bahasa inggeris....

Seterusnya, acara penyampaian hadiah untuk pertandingan musabaqah membaca al-qur'an. Tak sangka, anak Ummi, Aisyah berjaya menggondol Johan Musabaqah Tahap 1! Tahniah sekali lagi untuk Aisyah! Rajin-rajin baca qur'an ya sayang...sungguh al-qur'an itulah pedoman hidup kita sampai bila-bilapun.

Kakak pula membuat kejutan kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan hafazan al-qur'an tahap 2! Alhamdulillah...semoga anak-anak Ummi akan terus menjadikan al-qur'an sebagai pedoman hidup.

Penyampaian piala dan sijil kecemerlangan untuk pelajar terbaik lelaki dan perempuan Tahun 6! Rupa-rupanya kedua-dua peserta yang mengalunkan kalimullah di awal majlis tadilah yang merupakan pelajar terbaik SRIP Tahfiz tahun ini! Tahniah untuk adik Mohd Izzat Farhan dan Iffah Nabilah.

Majlis diakhiri dengan acara khatam qur'an.

Tahun ini seramai 20 orang pelajar telah berjaya mengkhatamkan bacaan al-qur'an...

Antaranya adalah anak Ummi, Aisyah Farihah, Tahun 1 (berbaju kuning). Alhamdulillah...

Kakak Amirah (berbaju oren di belakang) juga telah mengkhatamkan al-qur'an pada tahun ini. Alhamdulillah, setakat ini setiap tahun kakak pasti akan khatam al-qur'an pada bulan Ramadhan.

Bunga telur dah jadi bunga pulut kuning. Hahaha..hadiah pulut kuning dari Ummi sempena majlis khatam qur'an...

Akhir sekali 'Ummi' bergambar bersama 'Ummi' (guru besar SRIP Tahfiz). Waduh! Ummi yang bersaiz rendah atau guru besar ni yang bersaiz tinggi...hihihi....

Sekian dulu. Sehingga ketemu lagi, InsyaAllah....

*************************************************************************************

6 ulasan:

Unknown berkata...

salam ummi..alhamdulillah di atas kejayaan anak2 ummi.ummi, saya nak bertanya bagaimana caranya ummi mendidik atiqah belajar membaca dlm tempoh dua minggu shj?boleh saya tahu tahu, kaedah dan buku panduan apa yg digunakan?utk pengetahuan, sekarang saya berada di sweden dan sedang dlm proses mengajar anak2 membaca. terima kasih atas jawapan yg akan ummi berikan.

Kak Ummi To Azian berkata...

Assalamualaikum Azian.
Hampir terlupa Kak Ummi menjawab soalan Azian dengan kesibukan seharian.Maafkan Kak Ummi atas kelewatan.Jawapan utk soalan Azian ni InsyaAllah terjawab bila Azian baca artikel di bawah ni..

http://klinikummi.blogspot.com/search?q=bacalah+anakku&submit=search

Selamat berjuang dik!Kak Ummi pasti Azianpun boleh ajar anak Azian di sana dalam kadar masa yang cepat,InsyaAllah.

Kak Ummi To Azian berkata...

Kalau tak jumpa, Azian boleh rujuk dibawah tajuk kategori:

Keluarga: Atiqah Pandai Baca

Mama Lubna berkata...

Askm. Sejuk hati melihat anak-anak yg soleh dan bijaksana :) Alhamdulillah.

kin hashim berkata...

Tahniah buat anak2 kak han. Tahniah buat kak Han juga! Alhamdulillah!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ummi,
Pandainya anak-anak Ummi, always score, my warm regards to them ok.