Khamis, 29 Oktober 2009

Sempena Ulang Tahun Perkahwinanku...

Assalamualaikum.


Nukilan Pahrol Md Juoi ini kutitipkan buatmu suamiku tercinta sempena ulang tahun perkahwinan kita yang ke 16 pada hari ini, 29 Oktober 2009.

Sempena ulang tahun perkahwinan
Ingin kuimbau seribu kenangan

Sebagai bekal menuju ke hadapan

Moga hari esok kita lebih baik dari semalam

Dengan memanfaatkan hari ini
…..
yang dalam genggaman


Walau pernah kita tiba di ribuan persimpangan
Tetapi syukur, kita tak pernah hilang SATU tujuan

Sering juga kita diguris perbezaan

Namun kesetiaan kita selalu menyelamatkan
Persinggahan demi persinggahan…..

Kita tak pernah kelelahan


Usiamu adalah sungai kasihku
Setiamu adalah sumur juangku

Aku tidak akan kalah

Kerna kau sentiasa di sisi

Kau tidak akan rebah

Kerna aku sentiasa di situ…

Di hatimu!


Oh suamiku,
Kau lampu suluhku di malam kelam

Kau redup teduhku di panas membahang

Sewaktu-waktu aku tinggal keseorangan

Kau tegak setia menjadi teman


Terlalu untuk kuucapkan segala
Kerna makna cinta itu luas saujana

Dan hari-hariku akan terus berlagu setia

Kerna kau berada di sini

Di hati sentiasa!


Terimakasih tak terhingga buatmu suamiku tercinta….

*************************************************************************************

......Pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullahpun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullahpun berkata, "Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya."

Jika anda menyayangi seseorang, nyatakanlah. Lebih-lebih lagi dalam rumahtanggga. Seorang suami atau isteri harus menyatakan kasih sayang kepada pasangannya. Sayangnya ramai antara kita yang telah melakukan kesilapan. Kesilapan kita bukan kerana kita tidak menyayangi suami atau isteri, tetapi kerana kita tidak atau semakin kurang meluahkan rasa sayang itu dalam bentuk kata-kata.

Setelah usia perkahwinan semakin meningkat, kalimat-kalimat cinta sudah semakin kurang kedengaran dalam perhubungan. Ramai beranggapan mereka sudah terlalu tua untuk mengucapkan kalimat-kalimat yang lazimnya diucapkan sewaktu mula-mula berkahwin dulu. Walhal, pernyataan sayang dalam bentuk perkataan perlu dijadikan kelaziman tanpa mengira usia perkahwinan. Kalimah sayang, cinta ataupun yang seumpamanya perlu selalu diluahkan seiring rasa sayang yang juga sepatutnya bertahan dan terus bertambah dalam perkahwinan.

Usahlah terlalu lokek dengan kata-kata yang membelai, memujuk, bersimpati, menyayangi isteri atau suami. Pengaruh kata-kata sangat besar dalam kerukunan rumahtangga. Jika sebutir kalimat yang buruk boleh membawa kehancuran, begitu juga sebaliknya, kalimah yang baik boleh membawa kebahagiaan dalam rumahtangga.

Jangan sekali-kali beranggapan bahawa cukup rasa sayang yang bersemi di hati, tidak perlu diluahkan lagi. Sebaliknya carilah masa yang sesuai dan ketika yang baik untuk meluahkannya.....

- Sedutan dari buku Satu Rasa Dua Hati tulisan Pahrol Mohd Juoi -

*************************************************************************************

Sabtu, 24 Oktober 2009

Majlis Makan Malam Amal...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Berlangsung juga akhirnya Majlis Makan Malam Amal untuk Madrasah Darul Iman malam tadi. Meriah sungguh penyertaannya! Kehadiran yang pada asalnya dijangka hanya setakat 50 meja melimpah sehingga 80 meja!

PA231101 by you.
Jam 8.00 malam, Ummi sekeluarga dah terperuk di dalam dewan. Semangat habis! He,he,he....Bukan apa, 'lawas' sikit nak berposing-posing....

PA231104 by you.
Tiga dara pingitan Ummi bersama sepupunya, Ainun...bukan main tak sabar lagi nak tunggu majlis bermula.

PA231107 by you.
Abi dan abang kandung Ummi yang ke-3, Pensyarah Petronas.

PA231115 by you.
Ki pun turut datang memberikan sokongan Di sebelah kiri Ki adalah abang kandung sulung Ummi (Dr Khairi) dan isterinya (Dr Salekhatun), manakala di sebelah kanan Ki adalah anak ke-2 Dr Khairi.

PA231118 by you.
Ummi bersama anak-anak dara Ummi

PA231119 by you.
Meja yang kami dapat hampir dengan meja VIP dan pentas. Best! He,he...

PA231122 by you.
Abi dan Asyraf, anak saudara yang belajar di SESMA

PA231123 by you.
PAPISMA juga tak ketinggalan dalam menyumbangkan dana melalui tajaan dinner. Berdiri di belakang adalah Dr Ahmad Faizal bersama isterinya Dr Zafferina. Yang duduk ni adalah Dr Nor Haizi bersama anaknya, Aisyah sambil meriba anak Dr Faizal, Amirah Zahirah (Ummi ingat sangat nama ni sebab hampir sama dengan nama anak Ummi - Amirah Zahidah)

PA231124 by you.
Dr Md Arif Ibrahim dan Nor Haizi sekeluarga

PA231125 by you.
Dari kiri : Dr Azman (eye specialist), Mr Hussin (surgeon), Dr M.Faizal dan Dr Zafferina bersama anaknya.

PA231126 by you.
Dr Azman hadir bersama keluarga

PA231127 by you.
Dewan dah semakin penuh

PA231128 by you.
"Bila nak mula ni Ummi?" tanya Atiqah, tak sabar-sabar lagi dah...

PA231130 by you.
Apa yang dibualkan tu, sampai tersenyum simpul Ki! Hihi...

PA231131 by you.
Ketibaan YAB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang...

PA231133 by you.
"Alamak, seriau rasa badan bila ulamak lalu kat belakang kita!"...huhuhu...

PA231136 by you.
Majlis makan malam dimulakan sambil berhibur bersama kumpulan nasyid In-Team

PA231146 by you.
Wah! Bersemangat Abi menikmati hidangan....

PA231148 by you.
"Nasi tak cukuplah Abi!" He,he...agaknya itu yang diperkatakan Ainun...

PA231150 by you.
Boleh tahan juga kelazatan hidangannya...

PA231152 by you.
1/2 jam bersama In-Team secara live cukup menghiburkan...

PA231155 by you.
Hidanganpun dah kontang...hahaha...

PA231156 by you.
Ucapan alu-aluan oleh Ketua PAS Marang, YBhg Yahya Ali @ bapa saudaraku (he,he...)

PA231158 by you.
Ucapan oleh YAB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang...tak payah nak diperkenalkan dah. Siapa tak kenal memang haru...huhuhu...

PA231160 by you.
Selalu-selalu tengok muka ulamak ni, bayak pahalanya tau....

PA231161 by you.
Khusyuk mendengar ucapan...

PA231164 by you.
Akhir kata, terimakasih tak terhingga diucapkan buat abang (Dr Khairi) dan kakak iparku (Dr Salekhatun) tersayang, yang datang jauh dari Kelantan semata-mata untuk sama-sama menyumbang dalam Majlis Makan Malam yang cukup istimewa ini. Mabruk...!

***************************************************************

Khamis, 22 Oktober 2009

25 Rawatan Untuk Pesakit: Siri 19

Assalamualaikum.

Sungguh benar sekali hidup ini ibarat roda. Wujudnya pertemuan, wujud juga perpisahan. Wujudnya kehidupan, wujud juga juga kematian. Ada masanya gembira, ada ketikanya sedih. Ada masanya sihat, ada juga masanya sakit.

Pagi ini Ummi bangun dalam keadaan seluruh badan terasa sengal dan sakit. Sejak semalam lagi Ummi dah mula sakit-sakit badan. Bukan kerana demam. Mungkin kerana terlalu banyak berjalan ke sana ke mari semasa di KLIA. Almaklum, dah lama tak bersenam. Sekali berjalan jauh, urat dan sendi habis tegang! Terpaksa ‘pain killer’ ditelan bagi melawan kesakitan. Bila dah terkena ‘pain killer’, ringan terasa badan. Barulah terasa, “Ya Allah, nikmatnya sihat yang engkau kurniakan buat hambaMu selama ini!”

Lantas teringat kembali Ummi, dah lama rupanya Ummi tak update ‘Siri Rawatan Untuk Pesakit’. Hanya setakat 18 siri. Masih ada 7 siri yang ketinggalan. Makanya, hari ini izinkan Ummi untuk kembali menyambung tulisan Badiuzzaman Said Nursi dalam siri ini, sekadar untuk memperingati diri sendiri dalam menghadapi kemelut putaran roda kehidupan….

*************************************************************************

Perkataan al-asma’ al-husna yang digunakan bagi menggambarkan semua nama-nama Tuhan yang maha indah lagi maha mulia menunjukkan semua nama-nama itu adalah indah.

Kehidupan adalah cermin ketuhanan yang indah dan halus. Cermin kepada sesuatu yang indah adalah indah juga. Cermin yang menyinari keindahan sesuatu yang indah juga menjadi indah. Segala sesuatu yang indah yang mengenai cermin itu menjadi indah juga.

Oleh itu daripada sudut hakikat, segala yang menimpa kehidupan ini adalah indah kerana ia sebenarnya memperlihatkan buatan ukiran yang indah bagi nama-nama Tuhan yang indah itu.

Sekiranya kehidupan terus menerus berada dalam keadaan sihat, pasti ia menjadi tidak sempurna. Bahkan sedikit sebanyak kehidupan menjadi sia-sia. Demikian itu, ia pasti mengalami kesempitan. Kesenangan umurnya bertukar menjadi sakit dan dukacita.

Malangnya manusia sering terjerumus ke dalam lumpur kebodohan yang merampas segala kesenangan hidup mereka meskipun sebelum umurnya berakhir. Ia adalah seumpama banduan yang memusuhi umurnya yang berharga itu, lalu membunuh dirinya dengan segera kerana mahu menamatkan tempoh tahanannya.

Kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai perubahan serta mengalami keadaan dalam pelbagai bentuk dan peringkat, pasti mempunyai nilai dan kehidupannya yang tinggi. Kehidupan seumpama ini menyebabkan umur adalah penting dan memberikannya nikmat yang menakjubkan.

Sehinggakan kita dapati seorang itu tidak mahu umurnya berlalu meskipun dia mengalami pelbagai jenis kesulitan dan musibah. Dia sedikitpun tidak mengeluh dan menyesalinya. Dia berkata, “Harap-harap matahari tidak tenggelam dan malam tidak berlalu.”

Sebaliknya kita boleh bertanya kepada orang kaya yang tidak berbuat apa-apa. Segala yang diingini boleh diperolehnya dengan mudah. Tanyalah kepadanya, “Bagaimana keadaan saudara?”

Kita pasti akan mendengar dia mengeluarkan perkataan-perkataan yang menggambarkan kesakitan dan penyesalan, seperti, “Aah…Kenapa lambat benar masa ini berlalu? Mahukah saudara datang kepada saya dan kita mencari suatu permainan yang boleh mengisi masa kita ini? Marilah kita bermain terup sekejap!”

Kita mungkin mendengar berbagai-bagai pengaduan yang menunjukkan dia adalah seorang yang mempunyai angan-angan yang panjang seperti, “Pekerjaan saya ada kekurangan. Adalah baik sekiranya saya berbuat sekian-sekian…”

Tetapi sekiranya kita bertanya kepada seorang fakir yang dilanda musibah ataupun seorang fakir yang giat bekerja, “Bagaimana keadaan saudara?”

Sekiranya dia seorang yang mendapat petunjuk, dia berkata, “Saya berada dalam keadaan yang baik. Syukur ke hadhrat Tuhan. Segala puji bagi Tuhan. Ribuan kesyukuran buat Tuhanku. Saya sentiasa berusaha. Adalah baik sekiranya matahari tidak tenggelam dengan cepat supaya saya dapat menghabiskan kerja saya. Waktu cepat berlalu.”

Orang fakir itu menambah lagi, "Umur juga berlalu tanpa berhenti. Meskipun sebenarnya saya berada dalam keadaaan kesusahan dan kesulitan, tetapi ia tetap berakhir juga. Semua perkara berada di atas landasan yang sama!”

Situasi lelaki fakir ini sebenarnya menggambarkan nilai dan kepentingan umur di samping kedukacitaannya pada umur yang melarikan diri daripadanya. Oleh itu, dia mengetahui nikmat umur dan nilai kehidupan hanya diperoleh melalui kesukaran dan kesulitan.

Manakala kemewahan dan kesihatan menjadikan kehidupan ini pahit dan membebankan kerana ia menyebabkan seorang itu bercita-cita supaya dapat menyelamatkan diri daripadanya dengan segera.


Musibah, kejahatan dan dosa berpunca daripada ‘ketiadaan’ sebagaimana dibuktikan dengan bukti yang kukuh. ‘Ketiadaan’ adalah keburukan dan kegelapan sepenuhnya.

Berehat dan menikmati kesenangan adalah menyamai sifat yang sia-sia. Persamaan ini menjadikan kehidupan diselaputi dengan kegelapan yang wujud pada ‘ketiadaan’ seterusnya menjadikannya berada dalam keadaan keluh-kesah dan kesempitan.

Manakala keadaan, pergerakan dan perubahan pula adalah kewujudan dan menjadikan kehidupan itu dirasai kewujudannnya. Kewujudan adalah kebaikan dan cahaya yang sejati.

Hakikatnya, penyakit yang berada pada diri kita sebenarnya adalah tetamu yang diutus kepada kita bagi melaksanakan tugasnya yang banyak. Tugasnya adalah membersihkan, menguatkan dan mempertingkatkan kehidupan kita serta mengarahkan seluruh jentera lain yang berada dalam diri kita supaya membantu anggota badan kita yang sakit.

Dia juga menampilkan ukiran segala nama-nama Tuhan yang maha pembuat lagi maha bijaksana. Dengan izin Tuhan, tugasnya berakhir tidak lama lagi. Ia pergi melaksanakan tugasnya yang lain pula. Ia berkata kepada keadaan sihat, “Marilah ke sini sekarang menggantikan tempat saya selamanya. Mulakan semula tugas saudara. Inilah tempat saudara. Terimalah dan tinggallah di sini dalam keadaan baik.”

*************************************************************************************

Rabu, 21 Oktober 2009

Bermulanya Langkah...

Assalamualaikum.

20 Oktober 2009 - pasti menjadi tarikh yang bersejarah buat Ummi kerana pada hari ini 2 orang anak lelaki Ummi telah berlepas ke Kaherah, Mesir demi tuntutan jihad sebagai penuntut ilmu.

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga."

(At-Taubah 9: 122)

Sungguh proses menuntut ilmu di jalan Allah itu juga adalah suatu medan tempur dan pertempuran itu bermula hari ni. Hari ini adalah langkah permulaan buat mereka menuju jejak ilmu. 'Semoga mereka akan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam menghadapi segala ujian dan rintangan'...itulah doa yang tulus dari sekeping hati yang bernama ibu.

Di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Trg. - beberapa minit sebelum berlepas ke KLIA. Turut mengiringi Along dan Angah adalah Wan, Ki dan Mak Teh sekeluarga. Begitu tinggi sekali harapan mereka untuk melihat Along dan Angah nanti kembali sebagai ulama' pewaris nabi.

Di udara - gambar di snap oleh Angah. "Ya Allah, redhailah perjalanan kami ini. Perjalanan menuju matlamat yang satu - memenuhi tuntutan jihad dalam menuntut ilmu!"

Minum petang @ Makan malam setibanya di KLIA...bimbang selepas maghrib nanti tak sempat nak bersantap-santapan dah, kena bersedia awal untuk check-in.

Along, Angah dan Ummi bergambar kenangan bersama beg dan barangan yang bakal di bawa ke Mesir.

Menaiki 'tangga bergerak' ke tingkat atas untuk mencari surau

Selepas Maghrib, ibubapa diarah berkumpul di ruangan menunggu kaunter C untuk sedikit taklimat.

Barangan baggage dah selesai diuruskan. Ustaz Yusoff ,Pengurus Darul Furqan (yang sedang menelefon) bukan main busy lagi uruskan itu dan ini sebelum anak-anak muridnya berlepas ke Mesir.

Along dan Angah bersama sebahagaian rakannya yang akan turut sama berjuang di bumi anbiya'

Rupanya masih ada yang kecik dari Angah! Adik Asyraf (di sebelah kiri) walaupun umurnya setahun lebih tua dari Angah (13 tahun) tetapi tubuhnya lebih kecil dari Angah.

Angah menerima passport dan boarding pass dari ustaz. Semakin hampir saatnya untuk berpisah...

Ummi dan Abi bergambar kenangan bersama Along dan Angah. Rasa tak nak dilepaskan dah pelukan tu namun apakan daya, bukan jihad namanya tanpa pengorbanan...

Along dah nak sama tinggi dengan Abi, Angah pulak dah nak sama tinggi dengan Ummi. Tak perlah..dah besar panjang anak-anak Ummi ni. Dah memang selayaknya untuk berpisah, kan? (Pujuk diri sendiri ni..huhuhu...)

Along dan Angah bersama rakan-rakan seperjuangan dari pelbagai peringkat usia. Nampak yang pakai baju merah tu? Dia adalah peserta termuda dari Darul Furqan yang akan turut sama berjuang di bumi Kaherah. Umurnya baru 9 tahun! Apalagi Ummi nak sedihkan...? Abang-abang yang belasan tahunpun ramai yang akan sama-sama menjaga kemaslahatan bersama, InsyaAllah.

Ustaz Yusof sedang menerangkan sesuatu kepada Ustaz Abu Bakar yang akan menjadi ketua rombongan ke Mesir.

Ustaz Firdaus (berbaju hitam) akan turut sama berangkat ke Mesir bersama anak-anak Darul Furqan yang sekaligus akan menyelia mereka di sana.

Along mula melakukan check-in sebelum turun ke bahagian perlepasan antarangsa (international departure)

Diikuti oleh Angah. Di sini lah garis perpisahannya kerana sampai di sini, Ummi dan Abi tidak lagi boleh mengiringi Along dan Angah.

Angah mula menuruni escalator ke bahagian international departure. Hanya kepala Angah aja dah yang nampak...

Ke semua 13 pelajar dan ustaz berkumpul di bawah untuk sama-sama menuju ke bahagian perlepasan antarabangsa.

Ummi dan Abi hanya mampu melambai dari atas. Selamat tinggal Along, selamat tinggal Angah...kelana kalian bersama doa restu dari Ummi dan Abi. Kejarlah ilmu dan cita-citamu wahai anak-anakku tersayang. Perpisahan ini pastinya perpisahan yang akan menambahkan rasa cinta, kasih dan saling menghargai antara kita...

Mabruk untuk anak-anakku tercinta...!

*************************************************************************************