Rabu, 26 Ogos 2009

NICE 2009 Berakhir Jua...

Assalamualaikum.

Rupanya masih ada gambar di hari ke-3 NICE yang Ummi lupa nak masukkan.

Petang hari ke-3 NICE adalah merupakan program ceramah dan penyampaian hadiah pertandingan mewarna dan sukaneka. Cukup menarik dan padat sekali ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor dengan tajuk 'Merokok Dan Seks Bebas Menurut Pandangan Islam'. Sayang Ummi tak sempat merakamkannya. Huraian yang diberikan oleh ustaz cukup terperinci dan 'mengena'.

Alhamdulillah, pada petang ini juga, tanpa disedari oleh kebanyakan pendengar dan pengunjung, majlis ini turut dihadiri oleh remaja yang bermasalah. Walaupun mereka membantah (mungkin kerana segan) untuk masuk ke dalam dewan, namun sekurang-kurangnya mereka sudi mendengar dari jauh apa yang di sampaikan oleh ustaz. Hidayah dari Allah jua kita pohonkan untuk mereka.

Inilah Ustaz Mohd Nor yang telah berjaya mengulas tajuk ceramahnya dengan cukup berkesan!

Antara pengunjung yang hadir...

Alhamdulillah, agak ramai juga pengunjung pada petang ini yang sudi menadah telinga, mencedok ilmu...

Penyampaian cenderahati untuk Ustaz Mohd Nor disampaikan oleh Abang Lan. Bukan senang nak dapat peluang bersama Ustaz Mohd Nor yang tak menang tangan dijemput berceramah di merata-rata ceruk...Alhamdulillah, kali ni Allah luangkan masa untuknya bersama-sama kita dalam NICE 2009.

Tibalah masanya sesi penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan mewarna yang telah mendapat sambutan begitu hangat sekali pada sesi pagi tadi. Majlis dipengerusikan oleh Dr Rostam yang datang jauh dari Kedah semata-mata untuk meraikan NICE 2009!

Bravo dik! Hebat sekali adik ni mewarna...
'Kini saatnya sesi penyampaian hadiah untuk acara sukaneka. Majlis dipengerusikan oleh Puan Zuraidah dari Nisa' Ladang...

***********************************************

Gambar-gambar di bawah adalah acara penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan sukaneka lelaki dan perempuan :



Demikianlah berakhirnya sesi ceramah dan penyampaian hadiah di hari ke-3 NICE dalam slot Bakti Papisma. Malam ini adik-adik akan bersama keluarga angkat masing-masing untuk yang terakhir kalinya sebelum berangkat pulang pada keesokan hari.

********************************************************

HARI KE-4 NICE 2009 :

Majlis Perpisahan Bersama Keluarga Angkat

Tepat sekali tugasan yang diberikan oleh Abang Lan pada Dr Md Arif Ibrahim untuk mempengerusikan majlis dalam sesi perpisahan ini. Entah berapa kali Dr Arif terpaksa berhenti bercakap kerana sebak untuk mengucapkan kata-kata perpisahan. Suasana pilu benar-benar terasa...

Adik Husaini dari Mesir menyampaikan ucapan perpisahan wakil pelajar...

Ucapan perpisahan dari wakil bapa...

Dan ucapan perpisahan dari wakil ibu yang juga sebak dalam kata-kata, lahir dari hati yang pilu untuk menghadapi detik perpisahan...

Seterusnya ucapan perpisahan dari wakil Papisma yang disampaikan oleh Presiden Papisma, Dr Suhazeli Abdullah...

Paling menyentuh perasaan, ucapan dari wakil pemimpin yang disampaikan oleh Datuk Tengku Hassan dengan bait-bait pesanan yang menembusi jantung hati...

Selingan nyanyian dan ungkapan bait-bait puisi dari beliau sebagai memperingati jasa ibu sungguh menyayat hati dan menikam kalbu...

******************************************

Akhirnya tiba jua saat berpisah. Walau sekejap kita bertemu, namun kenangan bersamamu, ibu dan ayah angkat, tidak mungkin dapat dilupakan. Jasamu selama bersama tidak mungkin dapat diganjari dengan apapun. Sedikit cenderahati ini hanyalah sebagai kenangan selama kita bersama...


Selamat tinggal ibu, selamat tinggal ayah...

Selamat tinggal juga untuk adik-adikku yang dikasihi...

Sungguh kenangan bersamamu adik-adikku akan tetap terpahat di hati ini. Entah bila kita akan bersua kembali. Biarlah ucapan selamat tinggal itu tidak kita ucapkan, namun sebaliknya kita doakan agar kita akan dipertemukan Allah jua nanti, tidak di dunia, nun di syurga idaman setiap mukmin...

Adik-adikku,
Betapa pilunya hati...
Menghadapi perpisahan ini...
Pahit manis perjuangan...
Telah kita rasa bersama...
Semoga Allah meredhai...
Persahabatan dan perpisahan ini...

Teruskan perjuangan...!

1 ulasan:

cikgu sharifah berkata...

Asslamu'alaikum wrt. Jalan2 jumpa gambar kakak ipar (k zah), adik ipar(zaidi ngah) n biras(banun)...
salam ukhwah. ...