Ahad, 23 Ogos 2009

Bakti Papisma Dalam NICE 2009...!

Assalamualaikum

Salam Ramadhan al Mubarak.

Segala puji bagi Allah yang masih mempertemukan kita dengan bulan yang mulia ini.

Pelbagai ucapan sms Ummi terima dari sahabat dan sahabiah sempena menyambut Ramadhan. Sungguh peringatan yang membawa kekuatan kepada diri ini untuk sama-sama mempertingkatkan amal di bulan yang mulia, bulan penuh keberkatan ini. Terimakasih dan Jazakumullahu khairan kathira buat semua!

Sebagaimana yang dijanjikan, hari ini Ummi postkan pula gambar-gambar NICE dalam slot khusus di hari ke-3 iaitu slot Bakti Papisma!

Inilah motto yang kami bawa...

Slot Bakti Papisma sesungguhnya slot yang paling mencabar! Kenapa? Kerana ia melibatkan kerjasama masyarakat atau penduduk kampung secara langsung. Tidak kurang dari 5 kali, bahkan hampir setiap minggu pada bulan-bulan yang terakhir, pihak Papisma terpaksa mengadakan mesyuarat dengan wakil masyarakat bagi mendapatkan kerjasama yang maksimum. Dan hasilnya?

***************************************************

Gambar-gambar di bawah adalah slot ceramah kesihatan :

Majlis dipengerusikan oleh peserta NICE. Inilah masanya adik-adik kita menonjolkan bakat mereka. Yang pandai bercakap, boleh jadi pengerusi, motivator, penceramah dan sebagainya.

Antara hadhirin yang hadir. Nampak gaya penuh dengan adik-adik peserta NICE sahaja. Inilah yang dikatakan part yang paling mencabar. Kita telah menyediakan segala-galanya untuk promosi...handbill, banner dan sebagainya namun setakat manakah promosi tersebut telah digerakkan oleh wakil masyarakat? Tidak mudah sebenarnya nak mengharapkan hasil 100% sebagaimana yang dibayangkan apabila ianya melibatkan kerjasama pihak luar. Kami pihak penganjur ibarat itik berenang, tenang nampak di permukaan air namun di bawah air, bertungkus-lumus kaki-kakinya 'mengayuh'...

Tak per, tak per. Mudah-mudahan sekejap lagi makcik-makcik, pakcik-pakcik akan sampai. Biasalah program masyarakat ni. Pukul 9 kita mula, pukul 10 belum tentu lagi munculnya. Adik-adik kena bersedia menghadapi situasi sebegini yang pastinya jarang-jarang dapat dirasai dalam suasana kampus. Yalah...budak-budak U majoritinya punctual, kan?

Hah, tupun dah ada makcik-makcik yang sampai. Mana pulak pakcik-pakciknya? Ini satu lagi cabaran utama kita. Sepatutnya ceramah merokok ni pakcik-pakciklah kumpulan sasaran utamanya tapi nak dapatkan kehadiran kaum lelaki dalam program-program sebegini, punyalah mencabar! Mana pak-pak angkat korang adik-adik weh...? Kan ker dah pesan dari awal, antara tugasan untuk adik-adik adalah membawa mak-mak dan pak-pak angkat masing-masing ke program Bakti Papisma hari ini? Huhuhu....

Ceramah disampaikan oleh Dr Azlin, penceramah tetap kita!

Selesai ceramah, Abang Lan pula tampil membuat pengumuman. Buat pengumumanpun siap ambik gambar ker? He,he,he...

***************************************************

Gambar-gambar di bawah adalah slot pertandingan mewarna :

Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori 5-6 tahun dan kategori 7-9 tahun.

Beiya-iya anak-anak ni mewarna hah...hadiah lumayan ooo..

Tu dia, meriah betul! Lebih mudah ajak bebudak datang ke program dari nak mengajak orang-orang tua ni...kan, kan? Next time kita buat ceramah untuk bebudak ajalah pulak...amacam?

Kalau ada pertandingan mewarna, ustazah kita inilah yang pastinya incharge slot ni. terimakasih Ustazah Sumayyah. Slot ni memang sesuai banget untuk ustazah kita ni..he,he..

***************************************************

Yang kat bawah ni pulak slot khidmat kesihatan :

Kelihatan Dr Nur Husna, Pegawai Pergigian sedang membuat pemeriksaan gigi kepada seorang pakcik. Eh, ada gigi lagi ke pakcik ni? Hihi...jangan marah ya pakcik. Gurau ajer...

Adik-adik peserta NICE sedang menjalankan pemeriksaan...

Dr Ahmad Faizal dan Dr Nurul Majidah dibantu oleh adik-adik peserta NICE sedang menjalankan pemeriksaan.

Ni dia adik-adik kita sedang memeriksa tekanan darah.

Owhh..pakcik-pakcik ni time buat pemeriksaan muncullah pulak diaorang. Time ceramah habis lari...aduhai...

Adik Awin dari Ukraine sedang membuat pemeriksaan darah untuk kencing manis sambil tak lekang bibirnya menuturkan nasihat...bravo Awin!

Yang kat sini bahagian pemeriksaan BMI. Sah ler ramai yang terlebih berat ni...huhuhu...

Wah! Sambutan kat pemeriksaan gigi bagus betul! Next time Papisma kena sentiasa combine rawatan bersama pegawai pergigian kita...

***************************************************
Gambar-gambar di bawah adalah gambar kalungan medal kenangan untuk adik-adik peserta NICE yang bertugas di bahagian khidmat kesihatan. Tahniah dan terimakasih adik-adikku...





***************************************************
Yang di bawah ini pula adalah Sesi Motivasi bersama pelajar menengah aliran sains Sekolah Menengah Tengku Bariah:

Ceramah motivasi disampaikan oleh wakil peserta NICE dari Mesir.

Tu dia barisan motivator kita daripada adik-adik peserta NICE yang merupakan pelajar-pelajar perubatan dari pelbagai universiti

Bersemangat sekali adik kita menyampaikan motivasi!

Guru kaunseling mereka juga turut hadir memberikan sokongan.

Ini dia adik Mohd Faqih yang telah dipilih untuk menjadi penceramah motivasi dari kalangan peserta NICE. Memang layak sungguh!

Abang-abang Papisma dan kakitangan sekolah yang turut memerhati perjalanan sesi motivasi. Dari kiri : Staf sekolah, Dr Md Arif (Pengarah Konferen NICE) dan Dr Roslan (Pengarah Bakti Papisma NICE)

***************************************************

Gambar-gambar di bawah adalah sesi motivasi secara berkelompok :






***************************************************

Yang nipun motivasi berkelompok juga ker? He,he...

Antara kata-kata motivasi yang tertera di dinding dewan...memang tepat sekali!

Penyampaian medal kenangan untuk guru kaunseling Sekolah Menengah Tengku Bariah yang begitu bersemangat sekali mengikuti sesi motivasi ini dari awal sehingga akhir.

***************************************************
Seterusnya penyampaian medal untuk adik-adik motivator kita :


***************************************************

Bergambar kenangan bersama peserta-peserta motivasi...

Ini dia acara paling berprestij...hehehe. Acara sukaneka cukup memeriahkan suasana. Ditambah pula dengan persediaan sukaneka yang perfect dari Nisa'! Tahniah Nisa'!


Ini adalah acara tapak gajah, ringkasnya jalan atau lari atas tempurung. Tengok anak-anak ni main, teringat zaman budak-budak dulu. Ummi selalu johan acara ni sebab badan Ummi paling kecik dan paling ringan, lari atas tempurung macam charlie chaplin! He,he...Sekarang ni surrender awal-awal...

Ada class juga adik ni hah!

Bukan setakat budak-budak kecik, yang remajapun join sekali...

Hah ni dia! Kakak-kakak peserta NICE pun boleh lari tapak gajah juga noo...

Laju jugak kakak ni pecut hah!

Alamak! Terpele'ot pulak!

Ini lagi canggih! Muslimat Nisa'pun turut memeriahkan suasana. Memang real lah kakak ni lari tapak gajah!
'
Apa taknya, tengok motto Nisa' DUN Ladang tu...!

Tapi kan, memang patut anak-anak remaja dan kita-kita yang masih remaja ni join Nisa'! Ummipun remaja lagi ker? Jangan nak perasan..he,he...

Lagi peserta NICE dalam larian tapak gajah!

Alamak! Siapa pulak yang duk tendang bola berkain pelikat ni?

Rupanya untuk muslimin ada acara sukan bola sepak berkain pelikat! Canggih, canggih....

Hah Najmi, tendang ler! Tunggu apa lagi?

Kejar bola tu dik, kejar!

Jangan main-main. Terror adik-adik kita ni main. Lepas ni boleh wujudkan Kelab Bola Sepak Ibnu Sina. Kita ajak lawan dengan abang-abang dari kelab Bola Sepak Papisma! Tapi syaratnya mesti berkain pelikat..hehe...

Muslimat dengan acara ikat kaki tiga...

Muslimatpun boleh tarik tali? Caya lu...

Aduh kak! Jangan sampai terpelanting sudah...

Eeeyahhh...tak mudah juga rupanya ya?

Kumpulan merah pula menunjukkan aksi...

Tarik lagi! Tarikkkk....!

Nampak gaya ada can kumpulan merah ni menang. Nampak yang paling belakang tu memang power! He,he...

Acara diteruskan dengan pertandingan kukur nyior (kelapa). Sebelum dapat kukur kenalah kopekkan dulu kulitnya...

Sporting betullah kaum muslimat kita ni...

Bersungguh-sungguh diaorang ikuti acara pertandingan ni...

Hah! Tu dia..gaya profesional mengopek kelapa..hihihi...

Bila dah buang kulitnya, kenalah dibelah pula. Macamlah juga procedure pembedahan di bilik bedah...he,he...

Tibalah masanya untuk proses mengukur nyior...cepat dik, cepat!

Kelapa ni siap dengan jambulnya sekali..he,he...

Hebat juga adik-adik peserta NICE kita ni. Ingatkan dah belajar tinggi-tinggi, tak reti nak kukur kelapa. Jangan main-main you...saham tinggi ni..hihi...

Laa, parangnya cuma satu rupanya. Jangan berebut parang kak, bahaya!

Kukur, kukur...biar sampai licin!

Nak kasi kat siapa pulak kelapa tu, dik?

Sampai masanya untuk acara mengisi air dalam botol. Budak-budak memang minat bebenor ler acara ni...

Celup aja span tu kat dalam baldi dan lari....!

"Aduh, perut dah berkeroncong ni. Jom kita makan!"

Begitulah berakhirnya slot Bakti Papisma di hari ke-3 NICE 2009. Sungguh meriah dengan pelbagai aktiviti yang memberi didikan secara langsung dan membina hubungan bersama masyarakat.

Walaupun masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki di masa akan datang, namun Ummi @ Kak Han bagi pihak penganjur merasa cukup berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Tanpa kerjasama yang erat, tidak mungkin segala yang telah dirancang akan dapat dijayakan.

Untuk adik-adik peserta NICE 2009, hanya inilah yang mampu kami sediakan. Sebagaimana yang telah Kak Han perkatakan di atas, kami pihak penganjur ibarat itik berenang...tampak tenang di permukaan air, namun kaki dibawah tergedik-gedik melawan arus.

Semoga sedikit pengisian dalaman dan luaran yang disediakan ini, mampu menjana perubahan dalam diri adik-adik untuk kelak tampil sebagai peneraju ummah!

Sedikit kata-kata motivasi dan pesanan dari abang-abang dan kakak-kakak buatmu adik-adik tercinta :


Sehingga berjumpa lagi dalam slot Majlis Perpisahan Bersama Keluarga Angkat dalam artikel yang seterusnya nanti dan ikuti amanat dari Abang Lan sebagai Pengarah 2 NICE merangkap Pengarah Bakti Papisma di sini.

Siiru 'ala baarakatillah...

*************************************************************************************

4 ulasan:

Ahyana Solehah berkata...

Wah2..hebat2... bukan stakat kagum dgn gambar2nya, tp kagum dgn org yang rajin me'masuk'kan gambar2 ni skali..hehehe

Bravo sgt. di celah2 kebizian pun masih trus brsmgt mengupdate kenangan terindah buat kami. =)[aisemen, ni kali ke3++ nak terharu ni]

SYukran alot! kalu kat laman web Isp tu dah penuh dgn gambar2 Nice yg ada sbhgnnya dicedok dr laman kak Han..hehe.. mtk halal deh.=p kami tumpang sekaki berkongsi kegembiraan dgn yang lain yg x dpt hadir.. nak berbicara manis mcm kaK Han mgkin x reti.

maklumlah xde kamera canggih mcm kak han punya =)n orgnya pun x profesional mcm Dr sorg ni. segala bnda versatile.huhu

tahniah buat Dr ummi sorang ni
Muslimat Power! =)

Ummi@Kak Han berkata...

To Ahyana Solehah :

Alamak!Pujian melambung tu dik,bahaya!Alhamdulillah....Siapalah kami tanpa adik-adik semua yang telah memberikan kerjasama dan penglibatan yang maksimum!Bravo buat adik-adikku...!

kin hashim berkata...

wah..wah...memang bes! ni kali pertama ada program cam gini kan? kalau ye, mmg sangat hebat untuk penganjuran kali pertama! tahniah kpd penganjur.

ma@anok_che berkata...

assalamualaikum..

syukran jazilan kak han. dpt gak tgk gmbar2 ms NICE 09 lps. ms prog tu bape keping sgt je Ma smpat amek gmbar... bukan ape, org kelate kata 'ghalit' ngn prog tu smpai lupa camera dlm beg.. hehe.

apa2 pon.. mmg best. insyaAllah input yg kami dapat akn membantu kami memberikan output yang lebih baik tuk islam kita.

^^d