Selasa, 18 Ogos 2009

NICE 2009 : Menggamit Memori

Assalamualaikum

NICE 2009 berakhir sudah, namun kenangannya cukup menggamit perasaan! 3 bulan merisik khabar, berinteraksi di alam maya dan akhirnya bertentang mata bertemu jodoh juga kami dalam suasana ukhuwwah yang tidak tergambarkan...

NICE atau nama lengkapnya National Ibnu Sina Conference & Community Engagement telah mempertemukan kami, Profesional Perubatan dan Kesihatan PAPISMA dengan adik-adik yang bakal meneruskan perjuangan di bawah satu ikatan dan bumbung yang tak mungkin terlerai dek apapun jua halangan dan rintangan, iaitulah ikatan ukhuwwah di bawah bumbung islamiyyah!

Ahlan wa Sahlan adik-adikku ke Bumi Terengganu Darul Iman...

Berbulan-bulan lamanya survey dilaksanakan, akhirnya Qurata Riverside Resort juga yang menjadi pilihan Papisma Terengganu untuk NICE 2009

Seawal jam 10.00 pagi, kami telah bersedia untuk sesi pendaftaran. Abang Lan tak habis-habis dengan komputer dan printernya - pendaftaran ala modenisasi! Lizam baru aja tiba pagi ini dari KL untuk menjadi pembantu utama kami dalam NICE 2009. Nun di hujung sana Dr Nurul Majidah sedang menunggu kedatangan adik-adik peserta NICE...

Majlis dipengerusikan oleh Dr Md Arif Ibrahim

Ceramah pertama bertajuk 'Membina Syakhsiah Diri Melalui Kepintaran Emosi' disampaikan oleh En.Nor Azman, Pegawai Yayasan Terengganu.

YB Ustaz Harun Taib ditemani oleh Dr Roslan dan Dr Suhazeli sementara menunggu acara perasmian.

Dr Nor Haizi Ali masih menunggu kedatangan adik-adik. Kelihatan di meja, name tag yang belum bertuan kerana ramai para peserta yang tiba lewat atas musyaqqah tertentu.

Dr Tuan Norizan dan Dr Azlin adalah di antara tenaga utama dalam jawatankuasa NICE 2009

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Guru Ustaz Harun Taib. Pengisian yang sungguh padat dan penuh dengan kata-kata hikmah buat panduan para peserta dan ahli jawatankuasa.

Antara para peserta muslimat yang hadir awal

Seperti biasa, bilangan peserta muslimin pastinya tidak setanding bilangan peserta muslimat

Khusyuk sekali adik-adik mendengar dan mengambil iktibar dari apa yang telah disampaikan oleh perasmi.

Cenderahati untuk perasmi disampaikan oleh Abang Lan.

Majlis berhenti rehat seketika untuk jamuan teh dan solat Asar. Lihatlah suasana berlatarbelakang pinggiran sungai yang sungguh memberikan kenyamanan dan ketenteraman buat hati-hati yang gusar..."Jom minum sama Kak Han!"
"Tak pe, tak pe...Kak Han nak tangkap gambar adik-adik ni dulu hah..."

"Berbaloi sungguh kami datang, Kak Han! Best tempat ni!"
Rugi siapa yang tak datang...kan, kan?

Ni jerlah dua kerat muslimin yang ada. Next time kaum muslimin kena lebih peka dengan program-program sebegini. Bukankah muslimin kaum yang akan memimpin? Tahniah buat adik-adik muslimin yang dapat meluangkan masa. Anda adalah pilihan Allah!

Selepas rehat, majlis diteruskan dengan acara team building. Adik-adik dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Dalam kumpulan kecil ini, sesi taaruf dimulakan. Nah! Inilah masanya untuk kita lebih mengenal antara satu sama lain. Ada yang datang dari UK, Ireland, Jordan, Mesir, Ukraine, Rusia...malah dari pelbagai pelusuk negara untuk tujuan yang satu...menuntut ilmu!

Selepas bertaaruf, masing-masing kumpulan diberikan senario permasalahan ummah untuk diselesaikan. Berhempas pulas adik-adik memerah idea, mencari titik penyelesaian...

"Fikir, fikir, jangan tak fikir!"

Bukan mudah rupanya nak menyelesaikan masalah ummah...

YB Dr Halimah juga turut bersama-sama kami. Dari jauh YB datang semata-mata untuk bersama adik-adik, bakal peneraju ummah...

Hidup bermasyarakat, fikiran juga perlu dimasyarakatkan. Jangan hanya fikirkan diri sendiri...

Inilah dia ketua-ketua kumpulan yang telah dilantik. Masing-masing menunggu giliran apa agaknya tugasan yang bakal diberikan oleh Dr W.M.Razin selaku moderator team building kali ini.

"Baiklah, sekarang saya minta adik sebagai ketua kumpulan, memperkenalkan satu persatu biodata ahli kumpulan adik secara ringkas..."

Adik Siti Muslihah dari MSU sedang ditaarufkan.

Ini dia peserta hebat kita, adik Mohamad Faqih dari Mesir. Macam tak percaya jer adik ni boleh hafal satu persatu biodata ahli kumpulannya dengan tepat. Fuh!

Adik ni pun tak kurang hebatnya!

Selepas maghrib, majlis diteruskan dengan sesi pembentangan senario kumpulan. Macam-macam bentuk dan aksi persembahan dipertontonkan. Cukup kreatif dan menarik sekali! Yang ini persembahan dalam bentuk forum.


Sementara itu, pendaftaran diteruskan untuk peserta-peserta yang datang lewat. Dr Rostam selaku Exco Hal Ehwal Pelajar PAPISMA turut datang dari Kedah bagi memberikan sokongan.

Tak sangka adik-adik ni cukup berbakat! Memang layak menjadi peneraju ummah, InsyaAllah...

Dari kiri : Barisan Jawatankuasa - Dr Md Arif, Dr Salman dan Isteri (Ustazah Sumayyah), Kak Han dan Dr Azlin. Kalau ada yang perasan, hari ini wajah Kak Han memang wajah orang tak cukup tidur. Apa nak buat, memang sah Kak Han langsung tak dapat tidur malam sebelumnya...mungkin kerana terlalu excited nak sambut adik-adik...he,he...

Rasa-rasanya next time tak perlu dah lagi kita jemput penceramah. Adik-adik peserta semuapun memang dah layak jadi penceramah! Hihi...

Hah..malam ni saja dah berapa forum dapat dilaksanakan...

Lagi penceramah berkaliber dikalangan adik-adik pelajar peserta NICE

Dr Faizal selaku hakim sibuk mencatat markah yang dikira berdasarkan pelbagai kriteria manakala Dr Suhazeli, Presiden Papisma khusyuk memerhati...

Agaknya adik-adik nipun tak sangka dan tak menyedari bakat dalam diri yang terpendam...

Persembahan dari kumpulan 1. Yang ini memang best! Sungguh idea yang kreatif.

Kesemua ahli kumpulan dilibatkan dalam persembahan. Pastinya markah kerjasama berkumpulan - full mark! Haha...

Siap dengan video-man dan 'Mat Bunga' (berbaju biru - tak nampak pulak bunganya )! Kelakar sungguh..

Di akhir sesi, Dr Salman tampil membuat resolusi...

YB Dr Halimah turut memuji penampilan persembahan dari adik-adik peserta.

Peserta cilikpun ada? Hahaha..si cilik montel ni adalah anak kepada Setiausaha Agung Papisma, Dr Awisul Islah yang baru aja tiba dari Perak!

Forum Perdana Papisma bertajuk 'Khidmat Masyarakat - Perlukah Penglibatan Saya?' Dipengerusikan oleh Dr Awisul Islah, berbaju hijau penuh segak sebab ingatkan Astro team nak datang..hihihi. Ahli Panel terdiri daripada wakil-wakil Papisma, Shifaq dan Yayasan Amal Malaysia.

Punyalah nyamannya suasana, sampai terlentok peserta cilik yang montel ni...

Majlis berakhir jam 11.45 malam. Ini bermakna berakhirlah sudah Hari Pertama NICE 2009 yang dipenuhi dengan pelbagai pengisian dan aktiviti. Sehingga berjumpa lagi di Hari Ke-2 NICE dengan pengisian yang lebih mencabar! Nantikan laporan dari Kak Han @ Ummi yang seterusnya...

*************************************************************************************

6 ulasan:

kin hashim berkata...

menunggu laporan kak han utk hari ke2 :).

Unknown berkata...

Salam. Kak han. Mohon maap banyak2. kerana ketidak hadiran ke program NICE. bukan niat di hati utk tdk memberikan komitmen kpd PAPISMA. saya da beli tiket pergi balik dah pun utk ke KT (sempena NICE). TApi, saya try msg kak han no fon 0199822951. utk tnye tmpt program. tapi kak han tak reply. saya patutnya smpai pagi sabtu. pastu, rasa segan gak sb sorg2 dari kolej. da la dtg lambat pulak tu. so, choose x nk dtg. Tapi, saya ganti ngan pergi khidmat kesihatan bantu PAPISMA Teluk Intan buat OPKIM. Maf la ye. insyaAllah laen kali kita suma dpt berjumpa lagi.

NIK AHMAD KHAIRUL FAHMI

Ahyana Solehah berkata...

Huhu.. Alhamdulillah.. terharu sgt...

Trm kasih buat smua DR2 dan AJK Papisma yg bertungkus lumus utk menjayakan pgrm ni...[terutamanya Kak Han yg sgt2 bersemangat dr awl hgga akhir.]

Jujur saya katakan, Pgrm dgn Papisma antara d Best event/pgrmme i've ever joined.

Syabas buat smua...

Mg ini menjadi amal soleh buat kita

Insyaallah hope sgt dpt berjumpa lg dlm next2 pgrm =)amin, insyallah

Kak Han berkata...

Assalamualaikum.

Kak Han To Kin : Dah keluar dah tu laporan hari ke-2 nya Kin...

Kak Han To Nik :

Nik,Kak Han dah balas semua sms yang masuk tapi rupa-rupanya telefon Kak Han dah kena blog sebab overlimit!Habis program baru Kak Han sedar tel kena blog!Maaf dik.InsyaAllah next year RCMP akan jadi tuan rumah NICE pulak.Nik kena ready dari sekarang tu...

Kak Han To Ahyana Solehah :

Wah!Lagi bersemangat Kak Han baca komen Ahyana ni.InsyaAllah dik,semoga kita kan dipertemukan lagi pada masa akan datang.Tahniah juga buat semua peserta yang begitu komited!I luv u..mmmuahhh!

NOtts berkata...

best2

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.001casino.com/]casino[/url] brake the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]free casino games[/url] free no store perk at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino games
[/url].