Khamis, 20 Ogos 2009

Bersamamu NICE...!

Assalamualaikum.

Kembali kita bertemu di hari ke-2 NICE 2009!

Seawal jam 4.30 pagi, majlis dimulai dengan qiamullail dan seterusnya tazkirah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Mokhtar Senik. Penyampaian yang cukup memberi peringatan serta panduan yang amat bernilai untuk diri yang seringkali leka dan lupa...

Selepas bersarapan pagi, ahli panel forum mula tiba. Bersama-sama Kak Han di meja ini adalah Dr Che Faridah yang merupakan salah seorang ahli panel yang dijemput pada pagi ini, diapit oleh Dr Nur Husna dan Dr Azlin.

Slot bersama pemimpin - YB Dr Syed Azman, walau dalam kesibukan yang tak terkata namun masih sempat mencelah untuk bersama adik-adik yang dirindui. Begitu bersemangat sekali kata-kata perangsang yang diluahkan oleh beliau demi sebuah pengharapan agar adik-adik yang berada di hadapan beliau pada hari ini akan kelak menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan bertaqwa!

Kami benar-benar teruja dengan kisah pengalaman hidup beliau...!

Pihak penganjur juga tidak jemu-jemu mendengar amanat yang diperkatakan

Akhirnya tibalah masa untuk slot 'Papisma Hari Ini' (PHI) menggantikan program Malaysia Hari Ini (MHI)..he,he,he. PHI dipengerusikan oleh Dr Roslan (Abang Lan) dengan ahli panelnya terdiri daripada : Dari Kiri - Dr Azman (Pakar Mata), Dr Wan Mohd Razin (Pakar Perubatan) dan Dr Che Faridah (Pengamal Perubatan Am). Tajuk yang diperbincangkan adalah berkisar mengenai "Aku Seorang Doktor - Cebisan Kehidupan Yang Sering Dialpakan". Menarik sekali isi perbincangan yang disandarkan pada pengalaman 'orang lama'...

Kini tibalah masa yang amat ditunggu-tunggu oleh kesemua peserta dan pihak penganjur NICE 2009. Rasa macam tak percaya bahawa bersama-sama kami pada hari ini adalah seorang insan yang amat kami sanjungi tulisan-tulisannya selama ini. Tak lain dan tak bukan, bersama-sama kami adalah Ustaz Hasrizal yang terkenal dengan nama penanya Abu Saif di dalam blog beliau saifulislam.com!

Apapun tajuk yang diberikan, Alhamdulillah ustaz mampu menyampaikannya secara mendalam dan terperinci. 'Ke Arah Membina Kehidupan Sebagai Seorang Profesional Muslim' telah membuatkan diri ini kembali berfikir adakah selama ini aku telah menepati jalan hidup seorang insan yang bergelar profesional muslim?

Para peserta penuh khusyuk menikmati apa yang disampaikan.

Ucapan yang padat dengan ilmu dan panduan, disertai dengan unsur-unsur humor dan tayangan video menyebabkan para peserta tak berkesempatan untuk mengenal erti jemu!

2 jam ibarat 2 saat. Keseronokan mendengar dan menadah ilmu bersama Ustaz Hasrizal menyebabkan masa berlalu begitu pantas. Walau hati penuh perit nak berpisah, namun saat itu tiba jua. Pastinya tiada balasan yang setimpal dapat kami balasi atas segala panduan dan ilmu yang dicurahkan, namun mudah-mudahan sedikit cenderahati ini mampu menjadi kenangan yang bermakna buat ustaz yang dikasihi lillahi taala...

Jamuan tengahari bersama Ustaz Hasrizal sebelum bersolat Jumaat. Aik, mana ustaz?

Laa, dah dibawa lari ke meja sebelah rupanya. Aduh ustaz! Maaflah ya...peminat ustaz memang ramai, apa nak buat. Siap mintak tandatangan ustaz lagi tu hah..hihihi. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segalanya buat ustaz dalam melalui liku-liku perjalanan dakwah...

Menikmati hidangan tengahari yang tearkhir di Qurata Riverside Resort sebelum berangkat ke program penyerahan keluarga angkat...

"Makan, makan...jangan tak makan..." Lepas ni, bilalah pulak adik-adik nak sampai ke sini lagi, kan?

Kelmarin dah kena tinggal sehari suntuk. Hari ni sakan anak-anak Kak Han tumpang bermain buai di Qurata Resort...baru ler berbaloi...hahaha...

********************************

Gambar-gambar di bawah ni adalah majlis penyampaian medal untuk kumpulan terbaik team building yang berjaya digondol oleh Kumpulan 1 !



********************************

Yang kat bawah ni pulak adalah majlis penyampaian sijil untuk kesemua peserta NICE 2009!

(Terimakasih pada Abang Lan yang telah bertungkus lumus menyediakan format sijil yang begitu kemas dan menarik untuk adik-adik!)


********************************

Inilah wajah-wajah ceria adik-adik jurusan perubatan dan kesihatan yang datang dari seluruh pelusuk negara untuk menimba seteguk ilmu sebagai persediaan ke arah menjadi profesional muslim.

Yang ini lagi ceria! Hehehe...Kak Sumayyah dan Kak Ain memang ceria sokmo...

Bergambar kenangan bersama adik-adik peserta NICE 2009. Aha! Kan Kak Han dah janji gambar ni mesti masuk blog punya...

********************************

Gambar-gambar di bawah ni adalah gambar-gambar Ummi bersama peminat-peminatnya. Hihihi....jangan jealous you...



********************************

Yang kat bawah ni pulak, gambar-gambar Abi bersama peminat-peminatnya...kih,kih,kih...


********************************

Inilah dia Johan Keseluruhan 2009 untuk aktiviti team-building! Tahniah buat adik-adik yang begitu kreatif, inovatif dan progresif...!

********************************

Jom kita lihat pula gambar-gambar persediaan untuk ke dewan penyerahan keluarga angkat bagi program yang seterusnya iaitu program Bakti Papisma!

Semua adik-adik yang tiada kenderaan sendiri diangkut menggunakan kenderaan ahli jawatankuasa




********************************

Tibalah sudah ke sesi penyerahan keluarga angkat. Setiap keluarga dibahagikan 2 orang anak angkat yang akan bersama-sama mereka sepanjang dua hari program Bakti Papisma.


Berakhirlah sudah Hari Ke-2 NICE 2009. Penuh dengan pengisian dan kenangan yang amat bermakna.

Apa pula agaknya program di hari ke-3 NICE yang melibatkan secara langsung aktiviti para peserta bersama masyarakat dan bagaimanakah suasana majlis perpisahan yang cukup menyayat hati diantara para peserta dan keluarga angkat mereka? Sama-sama kita saksikan dalam slot yang seterusnya....!

Oh adik-adikku...It's NICE to be with you!

*************************************************************************************

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah.mmg NICE:).smg peserta dpt diluaskan lg.bkn skdr medikal DR saje.

saffmukmin berkata...

assalammualaikum.alhmdlh.semua tlh berjln dgn baik.~nk jg tlg tp xsmpt,hehe.~ahli baru PAPISMA trganu

redhuan

Kak Han @ Ummi berkata...

Assalamualaikum.

To Tanpa Nama:

Buat makluman Tanpa Nama,program ini bukan saja disasarkan kepada medical students tetapi juga kepada semua pelajar jurusan kesihatan/allied sciences.Walaupun kehadiran setakat ini majoritinya adalah pelajar perubatan,namun kita juga telah turut berjaya mengumpulkan para peserta dari jurusan farmasi, pergigian,biomedic,dietetik dan juga nursing!Alhamdulillah...

To Saffmukmin;

Laa...apasal tak mai jenguk dik?Tak per,tak per..InsyaAllah ada lagi program nanti,kita akan pastikan Saffmukmin muncul..he,he...

kin hashim berkata...

tumpang seronok baca cerita kak han...menunggu laoran hari ke 3 pulak :).

Notts berkata...

semua ni bakal doktor? kenapa ramai sangat yang bertudung labuh? kikikikiki

Ahyana Solehah berkata...

Apsal, muslimat tudung labuh xleh jdi Doktor ke/?huhu... Nonono =p

He...kita kan pemangkin perubahan.. x gitu kak Han? heheh..

Ayuh mengubah stigma masyarakat. buktikan kita d best muslims ever. doktor/health practitioner yg dekat dihati masyarakat.
insyaallah. =)

p/s: mustahil x kta utk berpenampilan islamik, ie seorang doktor lelaki berkopiah di hospital, yg si muslimat bertudung litup dgn sempurna. wah sejuk mata memandang.. Mungkin kat Hospital Papisma nanti kot ek kak Han bru fully dpt buat mcm tu?hehe...

-rentetan dr kes study Nice hr tu.

insyaallah sm2 kta doakan ia mnjadi satu kenyataan =)

saffmukmin berkata...

insyaallah..first time g dgr kuliah di rumah dr wan razin.mmg nice jgk lah,hehe.smg trs sy istiqamah:)

saffmukmin berkata...

lupa..sy trpaksa blk ke KB kak hr itu,huhu..ade hal ptg:).insyaallah,keberadaan sy akan muncul kalau dilapangkan masa olehNya:).syukran kak!!

Notts berkata...

Kak han ni kerja doktor apa? rajin bebenar update blog. kagum saya..hehe...

bagus la ramai ustazah dalam bidang perubatan ni...

Kak Han berkata...

Ummi To Notts:

Haah..apa yang nak dipelikkan Notts.Tudung labuh bukan ciri-ciri untuk ustazah sahaja.Seorang muslimah sememangnya dituntut untuk melabuhkan tudungnya...