Rabu, 20 Januari 2016

Pendaftaran 2 Beradik Di Imtiaz Kemaman Baru!

Assalamualaikum.

Akhirnya tiba juga masanya hari pendaftaran persekolahan 2016 anak-anak Ummi di Imtiaz Kemaman. Apa yang seronoknya tahun ini? Pemindahan anak-anak soleh dan pintar Imtiaz Kemaman ke bangunan baru di Kg Beris Meraga!


Dari kejauhan, nampak bangunan Imtiaz Kemaman tersergam indah. Ni yang anak-anak seronok sangat ni. Sepanjang cuti asyik duk dengar diaorang cakap tak sabar nak masuk sekolah baru jer....hehe. Tapi memang betullah, cantik dan gah sangat nampak tempat pengajian Imtiaz Kemaman yang baru ni.Dah macam bangunan universiti pulak.



Haa...tengok ajalah dewan makannya. Nak makanpun rasa semangat semacam...haha. Harap-harap si kecil kakak cepat membesarlah lepas ni..kiki...

Dewan besarnya jangan cakaplah. Memang sangat besar dan gah. Lupa lak Ummi nak ambik gambar di dewan. Lepas dah siap daftar, terus kami naik ke bilik. Mula-mula jumpa bilik kakak dulu.

Kakak pilih katil paling hujung..
Ni bergambar di bilik Aisyah pula...
Locker almarinya pun cukup besar dan selesa!
Di Imtiaz Kemaman yang baru ni, sebilik cuma 6 orang. Tandas dan bilik mandipun bersambung dengan bilik. Aduhhh...selesanya asrama anak-anak zaman sekarang. Time Ummi dulu, bilik di hujung sini, bilik airnya nun di hujung dunia! Haha...nak ke tandas malam-malampun terpaksa kejut kawan untuk temankan :-D

Siap kemas barang semua, kami ke dewan belajar untuk ambik buku...


Haa...ini pemandangan tempat perhimpunan dari atas. Atiqah sedang membayangkan dirinya berada di tempat perhimpunan ini pada awal 2017 nanti, InsyaAllah. AllahuAkbar! InsyaAllah impian Atiqah pasti akan jadi kenyataan. Yang penting, usaha, doa dan tawakkal. Yakin!

Kalau kakak dan Kak Aisyah boleh, Atiqahpun pasti BOLEH!!!
Siap ambil buku, kami outing jap. Cari barang-barang yang perlu. Balik outing, akhirnya tibalah masanya untuk Ummi, Abi dan Atiqah beransur pulang.

Posing dulu sekali dengan anak-anak solehah Ummi...
Abipun tak nak ketinggalan posing...hehe..
Ok kakak, ok Aisyah. Ummi Abi balik dulu ya. Belajar elok-elok kat sini. Semua kemudahan dah disediakan. Penginapan dan tempat belajarpun sangat-sangat selesa. Yang tinggal lagi, hanya kesungguhan dalam diri kakak dan Aisyah. Azam untuk jadi pelajar yang cemerlang! Cemerlang akademik, cemerlang akhlak, cemerlang agama. Biar esok-esok kita semua juga layak untuk menduduki Jannatul Firdaus, jannah yang terbaik yang disediakan untuk hamba-hambaNya yang cemerlang amalnya...


Ilal Liqa'...

Rakan-rakan pengunjung boleh lawati juga laman Ummi yang lain di www.zarosakitchen.blogspot.com



Selasa, 19 Januari 2016

Atiqah Murid Tunggal Perempuan!

Assalamualaikum.

2016 - Anak bongsu Ummi, Atiqah Maisarah mula menjejaki Kelas Tahun 6. Ini bermakna tahun ini Atiqah akan menghadapi Peperiksaan UPSR manakala kakaknya, Amirah Zahidah akan menempuh Peperiksaan SPM!

Hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah tahun ini agak mendebarkan bagi Atiqah. Kenapa? Kerana pada tahun ini nampaknya Atiqah jadi murid tunggal perempuan di kelasnya! Aduhhh...

Semua kawan-kawan perempuan Atiqah yang lain terpaksa tukar sekolah kerana mengikut ibubapanya yang berpindah. Kebetulan pula yang bertukar tu semuanya murid-murid perempuan. Walau bagaimanapun, Ummi yakin anak Ummi, Atiqah ni bersemangat waja! Dah beberapa kali cubaan Abi nak menukarkan Atiqah ke sekolah lain tak berjaya kerana Atiqah sangat nekad. "Apa kisah tak der kawan perempuanpun, yang penting Atiqah ada guru-guru yang bersungguh nak mengajar Atiqah di sekolah." Itulah bisikan hati Atiqah...

TAHNIAH anak Ummi! Selamat Berjuang di Tahun 6 ya. Ummi Abi doakan Atiqah terus cemerlang di SRIP Tahfiz. InsyaAllah 6A UPSR dalam genggaman....usaha, yakin, doa dan tawakkal!!!

Bergambar dalam kelas Tahun 6


Atiqah booking meja tengah. Alamak! Bakal dikelilingi murid-murid lelaki nanti tu :-D


Ahad, 10 Januari 2016

Ki Yang Kami Sayangi...

Assalamualaikum.

8 Disember 2015 - Hari lahir Ki yang ke 82. Cucu-cucu ambik kesempatan memberikan sedikit cenderahati untuk Ki yang sangat-sangat mereka kasihi. Kata cucu-cucu, "Ki kita ni comellllll sangat. Saaaaaaayang Ki..."

Benar sekali. Ki aka ayahandaku tercinta memang seorang datuk yang sangat sporting. Ki dalam pandangan kami bukan sahaja seorang yang bijak dan cerdas fikirannya tetapi juga sangat ceria dan cute! Bab IT jangan cakap. Jarang sekali mereka yang seumur Ki pandai ber whatsapp atau berface book tapi Ki sentiasa berinteraksi dengan anak cucu dan saudara mara melalui whatsapp dan facebook. Interaksi dan kata-kata Ki pula tak pernah lekang dari nasihat-nasihat yang sangat berguna untuk bekalan akhirat kami. AllahuAkbar! Tak ada anak cucu yang tak bangga punya ayah dan datuk sehebat Ki.




Gambar-gambar di atas sudah cukup memberikan gambaran keceriaan seorang ayah dan datuk yang amat dicintai oleh anak cucu.

Semoga Ki dipanjangkan usia dalam ketaatan kepada Allah, diberikan kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa berada dalam Rahmat dan Redha Allah.

Kami sayang bak...
Kami sayang Ki...