Khamis, 28 Jun 2012

Kemeriahan Di Hari Keluarga Tok Mulu Ali !

Assalamualaikum.

Penutup cuti sekolah baru-baru ini, Ummi sekeluarga berpeluang menyertai Hari Keluarga Tok Mulu (Penghulu) Ali yang diadakan di Dhe Ru Beach Resort, Kuantan pada 1 Jun 2012. Meskipun antara 5 beradik, hanya Ummi sekeluarga yang berpeluang menyertainya, namun kemeriahannya, masyaAllah, masih menjadi kenangan sehingga ke hari ini.

Tok Mulu Ali adalah panggilan kami kepada arwah datuk Ummi di sebelah arwah mak yang merupakan seorang bekas penghulu di mukim Gelugor, Kuala Terengganu. Adik beradik arwah semuanya 10 orang. Yang dah meninggal termasuk mak, 3 orang. Daripada 10 adik beradik ini pula, masing-masing melahirkan zuriat keturunan yang ramai. Sekarang ini dah sampai kepada generasi cuit-muit. Bayangkanlah kalau semuanya berkumpul sekali, rasa-rasanya memang tak muat dah guna satu resort.

Anak-anak posing dulu di halaman rumah sebelum bertolak. Saja nak menggayakan abaya...hehehe.
Bersarapan di Bukit Besi. Ada sorang tu siap sembunyikan muka di sebalik novel sebab tak mau makan. Aduhai..bilalah anak bongsu Ummi ni nak membesar kalau dah tak suka makan.
Nilah orangnya yang tak suka makan tu...hehe. Bila dah sampai hotel, ceria bukan main lagi.
Atiqah tak puas lagi posing...hahaha. Di belakangnya adalah Aisyah, anak ke-4 Ummi.
Lunch time with nasi minyak berlaukkan gulai kambing! Fuh...kesedapannya tak boleh nak diceritakan. Terimakasih ya Pak Zakaria atas hidangan yang menyelerakan ini. Kami tak ambil pakej makan di hotel langsung. Semua setuju pakat nak picnic di tepi pantai. Lagi best!
Ni dia Pak Zakaria, manager untuk lunch hari ini..hehehe. Sebenarnya jamuan ini adalah bersempena dengan aqiqah cucu Pak Zakaria.
Abang Rusli (sepupu Ummi) yang tinggal di Kuantan, sekaligus merangkap AJK tugas-tugas khas. Abang Li juga merupakan incharge person di resort ini, so dapatlah diskaun lebih-lebih bila kitaorang sewa kat sini...hehe.
Sepupu-sepapa Ummi yang comel-comel dan handsome-handsome! Sepupu-sepapa ni dah pangkat anak dengan Ummi. Arwah mak merupakan anak ke-3 daripada 10 beradik, sudah tentulah akan berlaku jarak umur yang sangat berbeza dengan sepupu-sepapa yang lahir dari adik-adik mak, generasi terkemudian.
Dua di hadapan adalah adik-adik kepada arwah mak atau dengan ertikata lainnya, mak saudara ummilah ni...hahaha...payahnya bermain bahasa. Paling kiri adalah Mak Dah (Saidah Ali), isteri kepada Zulkifli Sulong (Harakah) manakala di sebelah kanannya adalah Teh Ramlah, isteri kepada Haji Yusof, bekas Pesuruhjaya Agama Terengganu.
Ini pula adalah Dr Roslan Yusof yang tidak asing lagi di mata blog ini...hahaha...jangan marah Abi!
Bapa saudara kesayanganku, Yahaya Ali, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Trg. Makin tua, makin mantop Pak ni!
3 dara pingitan bergambar bersama kuda. Kalau nak naik kuda ni kena bayar sewa RM50..hoho..tak berani naik, nampak macam tinggi semacam aja!
Perut dah kenyang, kita main air pula! Dalam kolampun, ada buai....
Dah puas membuaikan diri, main-main bawah terowong pulak.
Pak Yahya dah jadi buaya...hahaha...
Posisi terapung yang paling digemari anak-anak. Kolam di sini cukup luas dan memanjang. Memang seronok sangatlah untuk ahli keluarga bermain air.
Pak Yahya bersama anak-anak daranya.
Cek Su Zarani, isteri kepada Pak Yahya sibuk mencari posisi yang sesuai untuk merakamkan gambar dengan ipad-nya!
Pak Yahya bersama anak sulungnya, Syafiq. Syafiq sekarang dah jadi agen Andalusia untuk pakej haji dan umrah.
Sempatlah juga belanja aiskrim untuk Pak Yahya sekeluarga. Rugi siapa-siapa yang tak main area sini hari tu...hehehe.
Ngap! Hahaha...berselera sekali Abi makan aiskrim tu.
Anak-anak dara Ummi yang pemalu...
Sambil main air sempat lagi bincang pasal politik. "Hmm...PAS nanti akan bertanding di kerusi...bla, bla, bla.." Hahaha..dialog tu agakan Ummi aja...
"Kecemasan! Kecemasan!" Hahaha...kan dah kena tarik tu Afizah. Siapa suruh sangat main pelampung kecemasan tu..hihihi.
Seronok habis main baling bola dalam kolam!
Yang berdiri ni adalah Dr Raja Fawzana dari Papisma yang sekarang ini dah jadi sebahagian daripada keluarga Tok Mulu Ali juga! Hehehe...
Pak Yahya bersama anak bongsunya...
De Hindun bersama anak-anak perempuan dan cucu-cucunya! De Hindun adalah ibu saudara Ummi yang merupakan bekas Pengetua Sekolah Menengah Tok Jiring. Sekarang ini dah bersara...
Hmm...5 bujang lapuk! Saja panggil cam tu sebab antara yang 5 ni ada yang masih bujang dan ada yang title bujangnya dah lapuk..keh,keh,keh...
Sepupu Ummi, Afzan bersama anak kecilnya.
5 bujang lapuk sedang bersedia untuk merakamkan gambar di bawah air.
Bedebush! Semua dah menyelam. Nasib baik timbul balik lepas tu..hehe.
Dua merpati sejoli...
Sesi bermain bola tampar di padang pantai. Time ni Ummi dah masuk bilik tapi dapat jugalah snap gambar dari ipad Cek Su Zarani.
Kumpulan Abi menang selepas berhempas-pulas mengutip mata! Hehehe...
Malamnya kami berbarbeque pula!
Lagi sepupu-sepapa Ummi yang masih muda belia lagi!
Wakil-wakil calon Pakatan Rakyat untuk PRU13 sedang bermusyawarah! Hahaha...
Tekong barbeque tak lain dan tak bukan, Ayah Su Zulkifli Sulong (Harakah) kitalah. Ayah Su jugalah peneraju utama program hari keluarga kali ini. Tabik Ayah Su!
Ayam, kambing, ikan, sotong...semua ada!
Semangat Wan @ Wayyed Itqan (nama FB ni..hehe) membakar..
Seriusnya! Hmm..agaknya duk berfikir, bilalah lagi nak PRU ni...
Basyirah, Kak Zon (duduk) dan Mak Dah. Kak Zon tengah keletihan, seharian bermain ikan, ayam dan sotong! Bravo Kak Zon...banyak pahala tu..hehe. Yang menulis ni, tau makan je...
Ayam bakar siap!
Bukan senang nak berkumpul sebegini...
Cek Su dan menantunya, Wani...
Anak-anak Abang Rusli dan Kak Pah dah besar panjang...
Permainan bermula! Luqman (anak kepada Ayah Su Zulkifli) sedang menyampaikan taklimat berkaitan syarat-syarat permainan.
Masing-masing keluarga menghantar wakil sebagai peserta.
Abi mewakili keluarga arwah Makcik Yam.
Nak tahu apa permainannya? Super-spontan! Tengok Abi tu...banyak idea sokmo dia...hahaha.
Tinggal lagi dua orang...dah hampir sampai ke penghujung permainan. Siapakah yang bakal menjuarai super spontan ini?
Yes, Abi menang! Hahaha...Abi memang spontan...
Acara super-spontan masih diteruskan dalam bentuk penceritaan yang lain pula.
Kali ini Ummi mewakili keluarga arwah.
Dah hampir sampai ke penghujung pertandingan juga...tapi akhirnya Ummi tewas di tangan Fakhrurrazi! Hahaha..doktor lawan hakim, mana boleh menang doktor bab lawan cakap ni..kih,kih,kih.
Acara seterusnya adalah sambutan birthday untuk Abang Mi yang jatuh pada hari ini juga.
Hadiah paling istimewa untuk Abang Mi adalah menerima suapan kek dari isteri tercinta! Wahhh..romantik habis ni. Tahun depan nak kena buat program time birthday Ummi pulaklah...nak rasa suapan dari suami tercinta...hihihi.
Pose istimewa dari Afizah (anak Pak Yahya)..
Makcik Za (isteri Pak Zakaria) dan Teh Ramlah...dua-dua ni dulu sama-sama kerja sebagai jururawat di HKT.
Kek orang tapi kita yang bedal...hehehe..
Pak Yahya dijemput untuk membuat cabutan bertuah.
Alamak, yang memberi lagi happy dari yang menerima? Hehehe. Betul tu! Tak percaya, cubalah praktiskannya dalam kehidupan...
Birthday man dapat cabutan bertuah pulak...
Grand punya hadiah dapat kat Farhana (sepupu Ummi)! Fuh...besar habis hadiahnya. Tak aci, tak aci..hehe.
Ummipun dapat juga. Nombor bilik yang pertama lagi yang diumumkan...hehe.
Acara diteruskan dengan persembahan nyanyian lagu oleh anak bongsu Pak Yahya. Alamak, lupalah pulak Ummi apa tajuk lagu tu...pasal-pasal kambing gitulah..hehe.

Hari Terakhir : 9 Jun 2012

Tazkirah Subuh keesokan paginya disampaikan oleh Ustaz Azhar (suami kepada Farhana). Dalam keluarga Tok Mulu Ali ni lengkap semua kategori pekerjaan ada. Ustaz, ahli politik, wartawan, doktor, peguam, hakim, kontraktor...apa-apa lagilah..sebut aja, semuanya ada.
Teh Ramlah dan Mak Dah mendengar dengan penuh khusyuk...
Anak-anak Ummipun tak ketinggalan...
Selepas kuliah, kami bermesyuarat ringkas..
Meskipun tak ramai yang hadir kerana lebih ramai yang tertewas di bilik (hehehe...) namun kata sepakat masih berjaya dicapai.
Muslimat sentiasa teguh berdiri (eh, nampak macam duduk) di belakang...hehe...
Anak manja ibu...hihi...
Selepas kuliah Subuh, kami mula bergerak ke pantai untuk bersarapan. Terjumpa pula signboard cermin ni. Terus anak-anak posing sebagai kenangan.
Master Chef kita, Makcik Za (isteri Pak Zakaria) bersama bibik Teh. Pagi ini menu mee goreng dan nasi goreng.
Anak-anak Ummi bertindak sebagai juri...hahaha..penangan siaran Masterchef kat astro-lah ni.
Sambil menunggu makanan siap, sambil menonton video rakaman semalam di Ipad Cek Su...
Alahai, Abi jadi DJ lagi?
Selesai bersarapan, masing-masing berkumpul di wakaf untuk mendengar taklimat bagi acara sukaneka keluarga!
Cabutan undi untuk menentukan kumpulan mana anda bakal ditempatkan...
Senaman pagi. Amin jadi instructor!
"Anda semua ditahan! Sila angkat tangan ke kepala!" Hahaha...
Acara sapu pipi pulak...kih,kih,kih...
Tahanan dah kena angkat dua-dua tangan pulak? Hehe...semangat betul nampak mak-mak saudara dan pak-pak saudara ku ini...sporting woo...
Acara sukaneka bermula!
Semua dah ready untuk larian dalam guni.
Hahaha...kelakarnya Abi lompat dalam guni tapi dek kerana lajunya Abi pecut, kumpulan Abi menjuarai acara ini!
Masa untuk guni bertukar tuan.
Macamana Luqman boleh pecut keluar dari guni macam tu? Power ni...
Hahaha...Farhana dari kumpulan hijau tua!
Nadiah berjengket-jengket dalam guni..keh,keh,keh..
Manakala kakak Amirah melompat dengan comelnya..hihihi..
Acara terompah gergasi pula!
Yeah..kumpulan hitam mula memecut.
Tapi sayangnya ketinggalan juga dari kumpulan lain..hehehe...
Jangan jatuh! Sabar, sabar...haha...
Kumpulan Hitam tetap tak akan mengalah!
Disebalik semua itu, kumpulan yang diwakili Pak Yahya, De Hindun, Fakhrurrazi dan si kecil Muslim ini meluncur dengan steadynya...kih,kih,kih...
Dah berpusing arah!
Akhirnya kumpulan hijau muda menjuarai acara terompah gergasi manakala kumpulan hitam menjadi naib juaranya.
Acara untuk kanak-kanak pula...
Mencari gula-gula dalam tepung.
Yeah! Anak Ummi, Aisyah dah dapat gula-gulanya setelah muka penuh bersalut tepung...
Atiqah masih lagi meniup tepung. Aha! Anak Su dah kutip gula-gula dengan tangan tu! Penyertaan dibatalkan...hihihi.
Cepat, cepat! Kumpulkan gula-gula sebanyak yang mungkin...
Aisyah tetap bersemangat walaupun muka dah penuh bersalut tepung dan akhirnya Aisyah berjaya menjuarai pertandingan!
Masih dalam acara kanak-kanak iaitu acara memasukkan air ke dalam botol.
Cepat Atiqah! Kali ini Atiqah kena menang...
Peserta cilikpun ada...
Akhirnya anak Su menempa naib johan...
Manakala Aisyah masih menjuarai pertandingan...hehehe...
Time anak-anak bermain, yang dewasa bersantai-santai di kaki lima.
sambil beramah mesra antara saudara-mara...
2 adik-beradik bersama si ayah yang nampak sebaya! Macho gitu Ayah Su...hehehe..
Efa dan Syahril bersama baby mereka yang comel...
3 generasi...
Dah hilang penat, sambung main lagi. Ustaz Azhar sedang membaling bowling kelapa.
Eeyah..Sulhan memang ada gaya pemain bowling profesional.
Aida pula mencuba nasib.
Wah, Pak Yahya pun tak kalah gayanya tu.
Fakhrurrazi...dapat mata tak?
Teh Ramlah sedang beraksi!
Cek Su Zarani...membaling dengan penuh semangat.
Wan (suami Sulhan) pula mengambil giliran.
Tu dia Mak Dah! Semangat habis...
Balingan Luqman nampak macam tersasar je...hehe...
Pak Zakaria membaling dengan 'gagah berani'nya...hahaha...
Yes! Abi membaling dengan penuh gaya...
Makcik Za pun turut membuat balingan.
"Nah, ambik kau!"...hahaha...farhana ni bersemangat sokmo.
Hakim membaling ke menadah ni?? Hehe...
Ayah Su kita! Kalau tak menang jugak, tak taulah nak kata...hahaha..
Acara seterusnya adalah acara menarik upih! Bukan guna upihpun, guna papan plywood aja.
Yang perempuannya jugalah yang seronok bakal ditarik..hehehe..
Kat sini ada adegan lucu sebab ada sorang tu tak mau turun dari upih! Hahaha...
Opps...yang lelakipun nak ditarik jugak?
Yang ditarik nampak macam dah tak mau turun...
"Alahai, berat sangatlah Mak Ngah ni..." Hahaha...
"Kenapalah tak ada yang menarik upih kami?" Hehehe...
"Beratur dalam barisan...!" Opps...tak mau dalam barisan...dalam bulatan je mau..hahaha..
Masing-masing tengah berdebar acara apalah pula ni.
Aisyah bersama tok sedara bongsu, Nek Dah!
Luqman sedang menyampaikan taklimat.
Mak-mak saudara dan pak-pak saudara mendengar dengan penuh khusyuk.
"Okay, tengok lukisan ni baik-baik. Lepas ni Abang Lan kena bisikkan pada ahli yang paling belakang untuk disampaikan pada ahli di hadapan apa yang patut dilukis. Ada faham???" Hahaha...
Bisik-bisik sedang dilaksanakan. "Kat tengah lukisan, ada rumah. Tepi sebelah kiri ada sawah. Tepi sebelah kanan ada pokok kelapa. Belakang rumah ada 3 gunung. Atas gunung ada burung dan matahari...cepat passing ke depan. Yang paling depan kena lukis.."
Hahaha...habislah. Entah apa gambaran yang jadi bila dah sampai kepada orang yang paling hadapan.
"Oii orang belakang? Group sebelah ada burung, kenapa group kita tak ada burung?"...kih,kih,kih...
"Hah??? Apasal matahari dah jadi bulan pulak? Hahahaha...hancus!"
Sekarang masanya untuk masing-masing pasangan menyambut belon berair tanpa pecah!
Oooo...Baddie Jang & Jang ni dah buat pakatan awal eh...patutlah boleh menang lepas ni...hehehe.
Okay..ready semua?
Nah, sambut!
"Sambut lagi!" Jarak pemisahan antara pasangan sudah semakin jauh.
Akhirnya Baddie Jang dan Jang berjaya menjadi johan!
Penutup kepada acara sukaneka adalah pertandingan mencari harta karun. Ramai pulak yang tak kenal buah pinang! Hehehe...
Akhir sekali diadakan pula acara penyampaian hadiah.
Aisyah conquer johan untuk kesemua pertandingan kanak-kanak!
Keluarga Tok Mulu Ali yang sungguh sporting!
Best!!! Pastikan tahun hadapan anda  dapat bersama kami...
(Iklan Daripada Penaja...hihihi)

Ada orang beranya kepada Nabi SAW : "Wahai Rasulullah, apakah masih ada peluang bagiku berbakti kepada ibu bapaku setelah mereka meninggal dunia?"

Rasulullah SAW menjawab: "Ya, ada empat perkara iaitu :

1. Berdoa memohonkan ampun untuk keduanya
2. Melaksanakan janji-janjinya
3. Memuliakan para sahabatnya dan
4. Menyambung kekeluargaan yang tidak ada ikatan persaudaraan denganmu kecuali melalui mereka berdua."

(Hadith Riwayat Bukhari)

Semoga diri ini mampu untuk berbakti kepada arwah mak dengan sentiasa berusaha menyambung ikatan silaturrahim sesama ahli keluarga. Ya Allah, permudahkanlah bagiku...