Selasa, 22 November 2011

Anugerah Baiti Jannati 2011!

Assalamualaikum.

Pada tarikh yang sama dengan sambutan kelahiran kakak dan adik, Ummi Abi anjurkan sekali Majlis Anugerah Baiti Jannati. Seperti biasa, setiap tahun apabila berakhirnya persekolahan, Ummi Abi pasti akan adakan Majlis Anugerah Baiti Jannati buat membangkitkan semangat anak-anak dalam mengejar kecemerlangan. Sememangnya anak-anak sentiasa tertunggu-tunggu majlis ini setelah setahun mereka berhempas-pulas mengejar kecemerlangan.

Majlis dimulakan dengan Anugerah Nilam. Ringkasnya, anugerah untuk mereka yang rajin membaca...

Kali ini anak ke-3 Ummi, Aisyah Farihah menjuarai kategori membaca novel paling banyak (sudah tentunya novel yang telah menerima tapisan dari Ummi...hehehe)

Tempat kedua disandang oleh kakak Amirah Zahidah!

Manakala tempat ketiga di sandang oleh adik Atiqah Maisarah! Pening kepala Abi tengok Ummi hadiahkan kartun angry bird...hahaha.

"Seterusnya adalah hadiah paling berprestij!"....bersemangat Ummi nak umumkan ni. "Hadiah 5A UPSR, 8A UPKK serta tempat pertama peperiksaan akhir tahun beserta 6 subjek akademik terbaik dan tokoh pelajar unggul jatuh kepada....

"Abi!!!!" Hisyyhh...sibuk aja Abi ni menyampuk! Hahaha....pecah ketawa kami...

Sambung balik"....jatuh kepada Amirah Zahidah binti Roslan!!!" Tu dia! Besarnya hadiah kakak dapat. Pastinya sebuah hadiah yang sudah lama diidami oleh kakak...

Anugerah kakak!

Alhamdulillah...semoga ketokohanmu akan menjadi jalan untuk ke syurgaNya kelak, anakku...

Seterusnya adalah hadiah tempat pertama peperiksaan akhir Tahun 3 serta 4 subjek akademik terbaik yang disandang oleh Aisyah Farihah binti Roslan!

Manakala hadiah tempat ketiga Tahun 1 serta 2 subjek akademik terbaik pula disandang oleh Atiqah Maisarah binti Roslan!

Sesi membuka balutan hadiah! Hahaha...happynya tengok anak-anak happy...

Masing-masing dapat beg sekolah yang bersulam nama masing-masing! Canggih...

Atiqah Maisarah bersama tuala mandi yang juga bersulamkan namanya...

Aisyah Farihah dengan tuala mandinya...

Kakakpun dapat. "Horrey! Nanti kakak boleh bawak ke asrama tuala ni!" Happynya kakak...

Kipun turut sama melihat gelagat cucu-cucunya membuka hadiah...

"Wahhh...banyak lapisnya beg ni!" kata Aisyah...

"Laptop skin????!!! Ya Allah, Ya Allah...kakak dah tahu, kakak dah tahu apa kat dalam kotak ni!"

"Betul, betul...memang betul ni..."

"Hahaha...terimakasih Ummi, terimakasih Abi.....sukanya kakak!"

Kakak bersama laptop barunya! Selama ini anak-anak Ummi selalu terkilan sebab tak dapat hadiah ebook dari pihak sekolah sebagaimana yang diperolehi oleh sepupu-sepapanya yang belajar di sekolah kerajaan. Tapi janji Ummi pada anak-anak : Kalau mereka cemerlang belajar, Ummi Abi pasti akan hadiahkan ebook yang lebih canggih, lebih banyak fungsinya dan lebih bermakna lagi buat mereka!

Mabruk buatmu, anak-anakku!

"Ya Allah, kurniakanlah buat kami anak-anak yang soleh dan solehah, generasi keturunan yang soleh dan solehah, serta himpunkanlah kami kelak ya Allah di syurga FirdausMu. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal'alamin..."

6 ulasan:

bie berkata...

seronok membaca cerita keluarga dr.
itulah baiti jannati yang sebenar2nya...
kebetulan pula hari lahir ank dr. sama dgn sy 19.11

CeqGu berkata...

tumpang bahagia tengok kejayaan anak2 dr.....:)

Unknown berkata...

Salam, saya suka melihat kaedah ummi dan abi mendidik anak2....saya adalah pembaca blog ummi....saya juga ingin mnjadi seperti ummi dalam mendidik anak2 yang berjaya....saya adalah ibu kepada 4 orang anak...7tahun, 5 tahun, 4 tahun dan 1 tahun....saya juga berangan untuk melihat anak2 saya berjaya dalam sudut extrinsik (dapat hadiah di sekolah) dan intrinsik (kejayaan dunia akhirat)...boleh ummi beri petua bagaimana mendidik anak2 yang berumur seperti umur anak saya? Saya harap ummi dapat berkongsi pengalaman yang berharga ini.

ain berkata...

assalamualaikum.. tumpang tanya ummi.. hanya ingin berkongsi pengalaman. kan anak ummi yg sulung amirah mendapat hadiah laptop kan, adik2 nya tak cemburukah..? atau tak minta benda yang sama?

Ummi berkata...

Salam.

Terimakasih Bie,Ceqgu,Saleha & Ain...
InsyaAllah akan Ummi kongsikan pengalaman Ummi dari masa ke semasa cuma lately Ummi selalu tak berkesempatan nak menulis di blog.Daokan Ummi agar dipermudahkan,ya...

Ain, Alhamdulillah, setakat ini adik-adiknya tak cemburu malah mereka semua dah set-up dalam kepala masing-masing - "kalau nak dapat benda yg sama mcm kakak,kitapun kena buat benda yg sama.Kitapun kena cemerlang..." Aisyah cakap..."Eii..tak sabarnya nak tunggu Tahun 6.Aisyahpun nak naik pentas macam kakak dan dapat hadiah macam kakak...!!"

asmaa' binti ahmad jafree berkata...

ceksu..waa seronoknya tengok macam2 hadiah..hehe..kelakala ceksu tulis..ayahsu dapat hadiah upsr..hehe..tahniah buat amirah, aisyah n atiqah..