Selasa, 10 Januari 2012

Perjalanan Kakak Menuju Cita-Cita...

Assalamualaikum.

8 Januari 2012 - Kakak (anak ke-3 Ummi) memulakan persekolahan peringkat menengahnya di Tingkatan 1! Alhamdulillah permohonan dan temuduga kakak untuk ke Imtiaz berjaya. Malah kakak juga turut dipanggil untuk ke MRSM Kota Putra. Kedua-duanya adalah merupakan sekolah pilihan kakak bagi melanjutkan cita-citanya menjadi seorang yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu dunia tetapi juga dapat mencapai hasratnya untuk menjadi seorang penghafaz al-qur'an yang berakhlak.

Tidak mudah untuk kakak mengambil keputusan sekolah mana yang menjadi pilihannya. Tidak mudah juga untuk Ummi dan Abi menunjukkan jalan. Antara Imtiaz dan MRSM. Kedua-duanya menjadi rebutan. Namun buat masa yang terdekat ini kakak dengan persetujuan Ummi dan Abi mengambil keputusan untuk mendaftar di Imtiaz. Kakak masih ada masa sehingga 25 Januari ini sebelum pendaftaran masuk ke MRSM Kota Putra. Andai Imtiaz adalah pilihan terbaik dari Allah untuk kakak, Ummi Abi doakan semoga kakak diteguhkan pendirian untuk terus kekal di Imtiaz, dilapangkan hati kakak, dikurniakan ketenangan buat kakak serta dilimpahkan rasa kasih dan cinta kakak pada sekolahnya. Namun jika sebaliknya, Ummi Abi tetap doakan agar kakak dipermudahkan jalannya serta laluannya untuk mencapai cita-cita dan impian kakak di manapun kakak ditempatkan.

Perjalanan menuju cita-cita....

Ki turut mengiringi! Betapa bertuahnya kakak punya seorang datuk yang begitu bersemangat serta bermotivasi tinggi untuk melihat anak cucu cicitnya berjaya...

Satu setengah jam perjalanan, akhirnya kami tiba ke destinasi!

Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman! Meskipun permohonan kakak adalah untuk ke Imtiaz Kuala Terengganu dan temuduganyapun dijalankan di Imtiaz Kuala Terengganu, namun kakak telah dipilih ke Imtiaz Kemaman. Pastinya inilah sekolah yang terbaik untuk kakak kerana dalam sujud kami kepada Allah, kami memohon "Ya Allah, tempatkanlah anakku di sekolah yang terbaik pada penilaianMu untuk dunia dan akhiratnya Ya Allah..."

Sepanjang perjalanan ke tempat pendaftaran, kami disambut oleh pelajar-pelajar senior yang berbaris di tepi jalan (lupa nak ambil gambar). Subhanallah. Sejuknya mata memandang melihat anak-anak Imtiaz yang menyambut kami dengan penuh senyuman dan penghormatan. Yang lebih menyebabkan kami rasa terharu, di tangan mereka tergenggam al-qur'an kecil! Sambil menunggu dan menyambut kedatangan tetamu, sambil mereka menghafaz al-qur'an. MasyaAllah....suasana yang sungguh menyejukkan hati.

Dewan besar sekolah tersergam indah! Di sinilah proses pendaftaran berjalan.

Sebelum kakak di bawa masuk ke dalam dewan, kad matrik pelajar diserahkan. Lengkap dengan nama, nombor matrik, penempatan dorm dan firqah.

Ni dia suasana di dalam dewan. Masih belum ramai ibubapa yang hadir.

Proses pendaftarannya cukup mudah. Bila dah dapat kad matrik, terus kami dibawa ke meja pembayaran yuran.

Mesra sekali layanan yang diberikan...

"Okay kak. Lepas ni akak ke meja sebelah pula ya untuk bayaran koperasi..."


Duduk sebentar sementara menunggu giliran untuk bayaran koperasi.

Apa agaknya yang difikirkan oleh Ki? Semangat seorang datuk untuk melihat cucunya menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat...

Dah sampaipun giliran Ummi membayar yuran koperasi.

"Okay kak. Lepas ni bolehlah akak ambil barang-barang ni di koperasi sekolah,ya..."

Kakak di pintu koperasi sekolah! Hehe...

"Yang ini kain batik sekolah, ya kak. Nanti perlu di jahit buat baju kurung lengan berkancing."

Sesi mengukur saiz t-shirt sukan untuk kakak. Dari jauh yang menjaga koperasi tu cakap ; "Confirm kena ambik saiz M tu kak. Saiz S kita tak ada..."...hehehe. Memang saiz badan kakak saiz S pun tapi dah tak ada saiz S, kenalah ambik saiz M.

Keluar dari koperasi, bertembung pulak dengan kawan lama. Adik ni pun senasib dengan kakak. Mohonnya ke Imtiaz Kuala Terengganu tapi dapatnya di Kemaman...hehe. Maknya lagi jauh nak kena berulang-alik sebab tinggalnya di Kedah!

Sesi taklimat untuk ibubapa dan pelajar yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Jihaduddin.

Seterusnya majlis dimulakan dengan alunan bacaan al-qur'an oleh adik Tingkatan 2. Memang kat sini yang paling senior adalah pelajar Tingkatan 2. Kakak merupakan batch ke-2 pengambilan Imtiaz Kemaman.

Puan Pengetua kita, Puan Hayati Omar...

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar turut memberikan taklimat...

Ummi suka cara Ustaz memberikan taklimat dan penjelasan. Bukan setakat terang lagi bersuluh, santai dan kelakar lagi...hehe. Tergelak-gelak Ummi dan Abi di saf hadapan...

Cikgu Wan Juzailipun tak kurang lucunya. Tak kering gusi kami dibuatnya...

Ustazah...(alahai, lupa pulak Ummi namanya) turut menjawab soalan yang dikemukan oleh para ibubapa.

Ini dia Ummi dan kakak di saf hadapan! Haha...semangat habis.

Oh, rupanya penuh juga dewan ek?Tak perasan Ummi. 'Jangan Pandang Belakang...' lah kononnya...haha.

Selesai sesi taklimat, para pelajar dibahagikan mengikut firqah masing-masing. Kakak ditempatkan dalam firqah taqwa di bawah seliaan Cikgu Wan Juzaili dan Cikgu Arida!

Masih ada yang nak ditanya? Tanya, tanya, tanya...jangan tak tanya.

Keluar dari dewan, terus nampak surau dari jauh. Cantik suraunya!

Ummi dan kakak posing di hadapan surau.

"Kakak, kalau kakak nak jadi insan yang terbaik, kakak kena jadikan surau ni sebagai rumah utama kakak. Solat bukan sekadar solat tapi solatlah diawal waktu dan sentiasalah solat berjemaah. Kalau kakak dapat jadikan ia sebagai amalan, InsyaAllah kakak pasti akan jadi insan yang paling cemerlang antara yang cemerlang..."

Suasana surau yang cukup selesa...

Bilik airnya pun begitu kondusif.

Islam sememangnya amat mementingkan kebersihan. Ummi cukup puas hati dengan kebersihan yang terjaga di sini.

Keluar dari surau, posing pulak dengan Ki dan Kakak berlatarbelakangkan blog asrama banat. Asrama yang bakal kakak huni selama 5 tahun, InsyaAllah...

Abi pula menggantikan posisi Ummi...

Wah! Besar banget asrama ni ek? Penghuni banat setakat ini paling ramaipun hanya 120 orang. Persediaan masa hadapan...

Lepas posing, terus ke dewan makan. Mak oi! Besar amat dewan makannya. Abi (berbaju biru) tengah beratur ambik makanan. Bukan lapar sangatpun. Saja nak menghayati zaman dulu-dulu, time kitaorang yang jadi penghuni asrama..hehe.

Ummipun turut beratur...hehe.

Ki sedang menunggu di meja makan. Mana nak kasi Ki beratur. Kesian kat Ki. Dah penat turun naik bukit kat sekolah kakak ni...huhu.

Lepas selesai makan dan solat zohor, barulah kami naik ke asrama.
"Best kak bilik kakak ni!"...haha..siap angkat ibujari lagi Abi tu.

Ki sedang merenung dan mentafsir...hahaha...

Zaman Ki muda-muda dulu, entah berapa puluh kali Ki dan arwah Wan berurusan menghantar anak-anaknya ke asrama. Alhamdulillah, semua anak-anak Ki dulupun masuk asrama penuh. Kali ini giliran Ki menghantar cucu-cucunya pulak. "Eiii...manisnya Ki senyum!" Haha...cucu-cucu Ki suka sangat tengok Ki senyum. Comelllll...

Malangnya, kakak tak dapat locker! Huhu...lambat sangat kitaorang naik ke asrama tadi. Tak mengapa, Abi kata. Kita dah tunaikan solat dulu tadi, InsyaAllah dapat berkat. Hehe...sabar ya kak. Cikgu cakap, locker baru kalau tak sampai hari ni, sampai esok. Tak sampai esok, sampai lusa. Tak sampai lusa, sampai tulat....hohohoho. Nasib baik kat bilik kakak ada katil kosong. Tak semua penghuni bilik datang daftar hari ni. Jadinya, barang-barang kakak tumpangkan aja kat katil sebelah buat sementara.

"Kain uniform batik ni Ummi bawak balik dulu ya kak. Nanti Ummi upah jahit kat sana."

"Ni t-shirt sukan kakak. Nanti kalau dah sampai lockernya, kakak gantung ya. Tak muat gantung, lipat aja. Hanger kakak banyak Ummi bawak tu." Tak habis-habis Ummi dengan amanatnya..haha...

Siap kemas barang kakak, kami keluar round ke Bandar Al Muktafi Billah Syah. Sempat jugak bukak buku akaun untuk kakak. Kat sini bank yang ada hanya dua (setakat yang kami ternampaklah) - CIMB & BSN. Balik meronda, kami hantar semula kakak ke asrama. Ini adalah jalan ke asrama banat...

Akan jumpa surau dulu sebelum sampai ke bangunan asrama.

Asrama semakin dekat, saatnya untuk berpisah juga semakin hampir...hohoho...


Pandangan belakang dewan makan. Dewan makan ni kat bawah bukit. Asramanya kat atas bukit. Nun di sana nampak hutan...

Untuk ke bangunan sekolah, perlu turun bukit dari asrama. Alamak! Nampak hutan lagi...hehe. Kiranya Imtiaz Kemaman ni betul-betul dikelilingi hutan. Tapi inilah suasana yang paling kondusif untuk para penghafaz al-qur'an.

Dah sampai asrama!

Kat tepi asrama, ada gelanggang bola tampar dan ada garaj bas.

Buat masa ini, hanya sebuah sahaja bas sekolah yang disediakan untuk Imtiaz Kemaman. Yalah, pelajar-pelajarnyapun tak ramai. Hanya ada Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Hopefully lepas ni Yayasan akan bagi lebih lagi bas untuk Imtiaz Kemaman. Senang nak bawak pelajar balik ke kampung. Kat sini, hampir keseluruhannya ibubapa datang dari jauh. Yang tinggal di Kuala Terengganu pun jaraknya dah ambil masa satu setengah jam.

Sempat Ki menyampaikan beberapa amanat untuk kakak sebelum turun dari kereta.

Tenang aja nampak kakak kan? Alhamdulillah, masa kakak darjah 6 di SRIP Tahfiz, kakak dah dibiasakan tinggal di asrama...

'Abi pasti akan sentiasa mengiringimu, anakku, dalam setiap langkahmu menuju kejayaan...' Hahaha...sastra sokmo ayat Ummi.

Kat dalam bangunan asrama ni, ada 3 public phone. Ummi mintak berhenti kat situ, nak ajar kakak guna public phone. Kat sini mana boleh bawak handphone. "Okay kak. Cuba test buat panggilan kat Abi..."

Haha...kakak nampak dah mula excited. First time guna public phone.

Yes! Abi dah terima panggilan pertama dari puterinya yang menggunakan public phone! Hahaha...

Hahahahaa...ketawa memanjang kakak dengar suara Abinya melalui gagang! Padahal Abinya kat depan tu aja.

"Kakak belajar molek-molek deh. Ki tak naik dah ni. Tak larat dah Ki nak naik tangga..."

"Ingat sokmo ya kakak apa yang Ki tulis untuk kakak tu..."

"Kakak mintak maaf Abi. Kakak saaaaaaaaayang Abi!"

"Hmmm...Abipun saaaaaaaaaaaaayang kakak."
"Kakak belajar elok-elok. Jaga solat, jaga akhlak, ya."

"Alahai...Ummi dah nak tinggal kakak dah ni. Kakak mesti kuat tau!"

"Ingat pesan Abi, pesan Ki dan pesan Ummi sokmo-sokmo pada anak-anak Ummi..."

"Ummi saaaaaaaaaaaaaayang kakak. Ummi pasti yang kakak akan tetap mengekalkan kecemerlangan kakak sebagai tokoh pelajar di SRIP Tahfiz dahulu! Buktikan yang kakak BOLEH!!!"

11 ulasan:

Solehah Muhammad berkata...

Sedih pula membacanya. semoga kakak amirah akan cemerlang dunia akhirat :)

CeqGu berkata...

hurmm...anis plak yang bergenang air mata...insyaAllah kakak pasti berjaya sebagai seorang pelajar dan muslimah solehah..amin

KhALiLI_HaNNaN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ummi berkata...

Solehah, Ceqgu & Cikgu Khalili Hannan. Terimakasih atas respons dan doa. Ummi amat-amat menghargainya. Eh, Cikgu Khalili Hannan ni apa nama sebenarnya ek? Terimakasih cikgu kerana pernah mengajar anak-anak Ummi.Pastinya Ummi masih mengharapkan doa yang berterusan dari cikgu utk bekas anak-anak didik cikgu ni...:-D

Tanpa Nama berkata...

Yang pakai baju belang dalam dewan tu pakcik. Anak pakcik pun baru daftar di imtiaz kemaman.
Dia dalam homeroom itqan. Harap mereka tabah di sana.

Ummi To Pakcik berkata...

Wah! 'Pakcik' ni siapa nama ek? Anak 'pakcik' lelaki ke perempuan? Amin...gitulah harapan mak dan ayahnya, semoga mereka tabah, InsyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

firstly,c0ngratez for Kakak...
For Kakak....
ana d0akan moga Kakak tabah mengharungi hidup di IMTIAZ...
Harungilah Kehidupan di Imtiaz bersama Alquran...jagalah AQ baik2
Timbalah ilmu sebanyak mungkin....

Ummi berkata...

Jazakallahukhair ya Akhie...sebuah nasihat dan pedoman yang amat berguna dan bermakna. Ingat tu ya kakak...Harungilah kehidupan di Imtiaz bersama Al-Qur'an. jaga Al-Qur'an baik-baik,timba ilmu sebanyak mungkin...

syairah berkata...

Salam Dr Ummi..
seronok baca post kali ni.teringat time mak dan ayah hantar ke sekolah asrama... mula2 mmg sedih...tapi dah lama2, dah dapat kawan...rasa excted ja nak balik sekolah...
sekarang giliran saya siapkan barangan adik2 dan hantar depa pergi asrama pulak....hehheheh
btw, bittaufiq wannajah tuk kakak!

Tanpa Nama berkata...

Eh ii! Kak husna la!!!

mama kifah berkata...

Salam… saya rakyat Pahang. Ada kuota ke untuk orang bukan terengganu? Kakak amirah ni mesti dah habis belaja di imtiaz. Belajar di mana skrg?