Assalamualaikum.
Jumaat, 13 Januari - Ummi, Abi dan adik-adik mengambil kesempatan untuk menziarahi kakak di Imtiaz Kemaman. Sejak mendaftar di sana, hari-hari kakak telefon Ummi. Hari pertama kat sana, jam 11.30 malam kakak telefon tapi tak sempat Ummi angkat dah putus taliannya. Time tu Ummipun dah tertidur kepenatan. Hari ke-2 kat sana, kakak telefon lagi: "Ummi...!!! Kakak nak balik, kakak rindu Ummi...!!". Hari ke-3 kat sana : "Ummi...!!! Kakak rindu sangat kat Ummi ni! Macamana ni Ummi?" Hari ke-4 : Kakak tak call. Hari ke-5 : "Ummi. Kakak rinduuu sangat-sangat kat Ummi. Maaf deh Ummi. Kakak tak call Ummi semalam. Kakak ada larian rentas desa." Hari ke-6 : Ummi, Abi & adik-adik dah sampai sanapun....hehehe...
Dah masuk pagar sekolah...
Abi berhenti kat pondok jaga, hantar kad pelawat. Rupanya Pakcik Jaga nipun orang Manir...
Adik-adik sibuk nak naik atas, nak tengok bilik kakak. Kakak dah dapat locker! Alhamdulillah...
Ni pandangan sekolah dari tingkat 2 asrama kakak. Dari sini nampak surau (depan sekali), dewan sekolah (nun paling hujung) dan asrama lelaki...
Yang ini pulak dewan makan...
Time pelajar lelaki solat Jumaat, pelajar perempuan ada usrah kat surau...
Ummi fokus gambar kakak dari belakang...hehe. Tu dia kakak yang bertudung 'purple' bersama beg sandangnya...
Bakal pelajar Imtiaz tahun 2015 dan 2017 InsyaAllah...hehe..
Kakak senior Tingkatan 2 sedang menyampaikan tazkirah...
Rehal kakak punya...hahaha. Nampak aja adiknya nama kakak ada kat situ.
Lepas solat Jumaat, Abi mohon izin dari warden untuk bawak kakak minum-minum kat luar. Sebenarnya hari Jumaat tak boleh outing tapi disebabkan Ummi Abi sememangnya tak boleh nak datang melawat hari Sabtu (hari outing) sebab kerja dan kitaorang pulak dah datang dari jauh ni, makanya warden bagi kelonggaranlah juga. Terimakasih ya Cikgu Rahimah & Cikgu Fa'at... :-D
Sambil menjamu selera, sambil Abi ceramah motivasi kat kakak. Abi cakap, kakak nak sedih apanya. Abi dulu punyalah nak sangat masuk asrama. Lepas dapat result, cari iklan permohonan asrama penuh dalam suratkhabar, potong sendiri, isi sendiri, pos sendiri. Dah dapat tawaran, pergi daftar ke asramapun sendiri-sendiri. Mak ayah Abi kerja menoreh. Nak tinggal menoreh, mana nak dapat duit bayar sekolah Abi? Dah duduk asrama, lepas 6 bulan, masa cuti semester, baru Abi dapat balik jumpa mak ayah. Nak telefon, kat rumah tak ada telefon. Nak tulis surat, mak ayah tak reti baca. Nak balik kampung, Abi nak kena jimat duit. Kesian kat mak ayah Abi susah menoreh cari duit nak tanggung 12 orang anak! Kakak sekarang, kalau rindu Ummi Abi, nak telefon 5,6 x seharipun boleh. Balik kampung 2 minggu sekali. Kalau Ummi Abi nak datang melawatpun, bila-bila masa aja boleh datang. Kalau kakak nak duduk ngan Ummi Abi sepanjang masa, boleh. Tapi tunggu kita semua berhimpun kat syurga Allah. Dunia ni memang tempat untuk kita bersusah payah, bukan tempat untuk bersenang-lenang. Ustaz Azhar kan selalu cakap. Siapa kata dunia ni tempat bersenang-lenang? Kita bersusah-payah kat dunia ni untuk dapatkan tempat di syurga, tempat yang kekal abadi. Nak dapat syurga, kita kena berusaha jadi manusia yang berilmu. Bukan manusia yang bersenang-lenang, duduk rumah main-main....bla,bla,bla..."
Tertunduk sayu kakak dengar motivasi dari Abi.
Ummi pun turut sedih dengar Abi cakap (ke ngantuk tak tau...hahaha..)
"Okay kakak. Abi nak balik dah ni. Kakak mesti semangat!!!"
"Ingat pesan Abi tu ya kakak. Jangan kakak terpengaruh dengan kawan-kawan yang mintak nak balik, mintak nak berhenti sekolah. Kakak kat sini ada matlamat. Fokus pada matlamat kakak..."
"Ummiiii...kakak saaaaaaaaaaaayang Ummi..."
"Ummipun saaaaaaaaaaaaaaayang kakak.."
"Ummipun saaaaaaaaaaaaaaayang kakak.."
"Kakak duduk sini molek-molek deh.." pesan adinda Aisyah pada kakaknya.
"Kakak bila nak balik?" Hahhaha..itu pulak yang ditanya adik bongsunya...
Hanya dua puteri inilah yang tinggal bersama Ummi Abi sekarang. Nun jauh di belakang...
Kakak sedang melambaikan tangan dalam rintik-rintik hujan...
"Ya Allah, Engkau terangkanlah hati anak-anakku ya Allah. Engkau kurniakanlah buat mereka kecerdikan akal fikiran, ketajaman ingatan untuk hafazan serta kecemerlangan buat mereka di dunia dan di akhirat. Himpunkanlah kami kelak ya Allah, di syuga FirdausMu tanpa hisab dengan RahmatMu ya Allah..."
"Ya Allah, Engkau terangkanlah hati anak-anakku ya Allah. Engkau kurniakanlah buat mereka kecerdikan akal fikiran, ketajaman ingatan untuk hafazan serta kecemerlangan buat mereka di dunia dan di akhirat. Himpunkanlah kami kelak ya Allah, di syuga FirdausMu tanpa hisab dengan RahmatMu ya Allah..."
5 ulasan:
sy ex pelajar imtiaz dungun :)utk kakak,moga mumtaz ye
Salam doc, sama cerita ank saya. Cuma dia ke luarnegara. Minggu pertama nangis nangis nak balik. Jauh tu. Hancur luluh hati kami bila skype. Tapi kami ckp, kami letakkan dia bwh jagaan Allah. Kami mohon Allah relai perasaan rindu dia dan kami. Kami mohon diringankan perasaannya. Mohon dijumpakan dgn org yg baik2. Alhamdulillah skrg dah ok sangat dan dapat pula teman yg baik2.
dekat mana
terengganu ke
so sweet
Catat Ulasan