Jumaat, 8 Julai 2011

Kerana Amat Lamanya Berkuasa...


PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A. Samad Said


4 ulasan:

Basyir K. berkata...

salam dr ummi. boleh minta emel dr? saya nak minta pandangan sikit ...

Dr Ummi berkata...

Wkmslm dik.Ni emailnya..klinikummi@yahoo.com

Ibnul Munzir berkata...

Hebatnya sajak ini... mengalir air mata!

Hartini Omar berkata...

Puan,

minta keizinan untuk mengepos sajak ini di laman saya. telah saya pautkan laman puan sekali. terima kasih