Isnin, 11 Julai 2011

Ribut 2.0 Vs BERSIH 2.0

Assalamualaikum.

Ribut 2.0

Setelah ditimpa Ribut 1.0 pada tarikh 18 Jun 2011, segala kerosakan telah dibaikpulih kembali. Alhamdulillah. Namun tanpa disangka, petang 7 Julai 2011, sekali lagi ribut melanda.

Sewaktu Ummi dan Abi keluar dari rumah untuk sesi kerja petang, kami perasan cuaca begitu mendung. Sesekali angin bertiup agak kuat. Namun kami pasrah untuk tetap juga ke klinik kerana sudahpun ada pesakit yang menunggu.

Setibanya Ummi di klinik, tak sampai 1/2 jam, tiba-tiba Abi menelefon. "Ummi! Bak telefon, rumah kita kena ribut lagi. Garaj kereta dah hempap kereta!"

Ya Allah, terasa luruh jantung Ummi. Terdetik di hati..."Ya Allah, ampunilah kesalahan dan dosa-dosa kami ya Allah. Adakah ujian yang menimpa ini sebagai salah satu jalanMu untuk menghapuskan dosa-dosa kami?"

Terus Ummi pecut kereta ke sekolah anak-anak untuk mengambil mereka pulang.

Setibanya di rumah...

Memang benar! Garaj sudah menyembah bumi...

Saat Ummi tiba, orang kampung baru sahaja selesai membantu mengangkat dan menyangga atap garaj yang menyembah bumi. Namun Alhamdulilah, kereta Ki hanya sedikit sahaja yang kemek di bahagian atas.Kereta Abi terselamat. Kelihatannya seperti agak janggal. Atap rebah dan berhenti betul-betul sebelum menghempap kereta. Amat besar sekali kuasa dan keagungan Allah.Antara bahagian atap yang pecah. Kata orang kampung, besar kemungkinan rumah Ummi berada betul-betul pada laluan angin. Hmm...apapun, semuanya berlaku atas kehendakNya jua.

Di bahagian belakang rumah, kelihatan atap pecah bertaburan di bahagian kolam.

Lagi sekali, kolam kecil anak-anak mengalami 'kecederaan'. Kali ini kecederaannya kelihatan lebih parah akibat terkena bahagian runcing atap yang pecah.

Siling di ruangan surau kecil kami mengalami kerosakan dan kebocoran yang teruk.

Karpet surau kecil kami lejuh dibasahi air. Sedihnya tak terkira. Banjir 1.0 dulu ruangan ini terselamat. Hanya sedikit sahaja kebocoran kecil. Tapi kali ini, rungan surau pula yang paling teruk mengalami kebocoran.

Juga sedikit kebocoran di bahagian ruang tamu.

Apapun ujian yang menimpa ya Allah, tabahkanlah hati kami dalam menghadapinya. Berikanlah kami kekuatan dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa menginsafi serta sentiasa bersabar. Juga jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.

Bersih 2.0

Subuh 8 Julai sepatutnya Ummi dan Abi dijadualkan bertolak ke KL untuk perhimpunan BERSIH. Namun kejadian ribut yang menimpa menyebabkan kami terpaksa mengubah jadual perjalanan. Bahkan akhirnya Ummi terpaksa akur untuk tinggal di rumah dan melepaskan Abi keseorangan menyertai BERSIH. Hati terkilan yang amat. Namun itulah ketetapan Allah. Ummi terpaksa menguruskan hal ehwal PEMBERSIHAN rumah. Hanya doa yang mampu Ummi panjatkan mengiringi pemergian Abi ke KL untuk PEMBERSIHAN ummah.

Abi bertolak ke KL bersama seorang sahabat lebihkurang jam 6 petang dan tiba di Gombak jam 10.58 malam. Saat ini Abi mula terkandas dlm kesesakan jalanraya yang amat teruk. Sehinggalah Ummi menerima mesej dari Abi, jam 12.40 pagi, masih belum kelihatan lagi tanda-tanda jammed akan berakhir. Akhirnya Abi terpaksa berhenti di RR Gombak dan tidur di dalam kereta sehingga Subuh.

Keluar dari RR Gombak setelah solat Subuh jam 6.10 pagi. Baru sahaja kereta bergerak dalam 1 minit, tersekat lagi dalam kesesakan jalanraya! Bayangkan...nak melepasi tol yang jaraknya hanya 2 km terpaksa mengambil masa selama 30 minit! Kata Abi, berpuluh-puluh bas ekspress dan kenderaan berat tersadai di jalanraya. Rupanya 5 lorong dah dijadikan 1 lorong angkara sekatan polis dalam usaha menggagalkan perhimpunan BERSIH!

Selanjutnya, setiap masa Ummi menerima laporan dari Abi melalui sms. Cemas, memang cemas! Ummi di rumah hanya mampu mendoakan keselamatan buat Abi, sahabat-sahabat dan kesemua pejuang-pejuang BERSIH yang sedang berjuang menuntut keadilan. Biarlah apapun anggapan sesetengah mereka yang di luar sana. Allah Maha Mengetahui apa yang kami perjuangkan dan sejauh mana benarnya niat dan matlamat kami.

Jam 1.48pm, Abi sms Ummi. FRU mula menembak gas pemedih mata. Walhal tiadapun sebarang tindakan melawan dari pihak demonstrator. Dalam masa yang sama juga, Ummi menerima sms dari sahabiah di tempat himpunan yang berbeza, FRU di sana juga telah mula menembak gas pemedih mata. Pelik bin Ajaib. Seolah-olah FRU sudahpun diberi arahan untuk mula melepaskan gas pemedih mata kepada semua demonstrator pada masa tersebut. Abi dan ramai yang lain hampir pitam. Kesan gas berasid benar-benar menyesakkan pernafasan. Matapun tak boleh dibuka. Nyawa ikut mulutpun tak masuk udara, kata Abi. Sebut Allahpun, tersekat kat kerongkong. Ya Allah...padanlah ada yang meninggal akibat gas pemedih mata. Zalimnya mereka!

Sms ringkas dari Ummi : "Selamat berjuang Yang! Kami doakan di sini. Allah pasti bersama mereka yang memperjuangkan agamaNya. AllahuAkbar!"

Hanya kata-kata semangat yang mampu Ummi ucapkan dari kejauhan.

Kuasa Allah, tidak lama selepas FRU menembak gas pemedih mata, hujan turun mencurah-curah. Pertolongan Allah telah tiba! Hujan yang turun menyebabkan gas pemedih mata yang disembur oleh FRU kurang berkesan.

Tak lama selepas itu, Abi sms lagi. "TGHH ditahan. Anwar kena sipi tembakan." Ummi balas mesej Abi. "InsyaAllah mereka tak akan berani menahan Tok Guru lebih lama." Kalau mereka berani, tunggulah padahnya....

Alhamdulillah jam 6.30 petang, Tok Guru dibebaskan. Segala puji bagiMu ya Allah...

InsyaAllah tarikh 9 Julai 2011 adalah merupakan detik-detik permulaan kejatuhan regim zalim UMNO-Barisan Nasional!





Uploaded by on Jul 10, 2011

Only after we cried, we felt the pain, we will treasure our life. For those who want to cover the truth, we hope you can feel the weight of life, and listen to the voice from bottom of our heart. We don't want any tragedy, and so we believe you are. -

Thanks for the support and the love guys. This video wasn't make for blaming or cursing. I believe all who loves malaysia will understand why we share this video.

We join Bersih 2.0 for one reason, a fair and clean election.
We record everything and present some truth that people need to know.
We are not from any party, or any politics.
We only hope a better future for our country.

Please help to spread if you believe what we believe, about justice, and democracy.

We hope Dear PM, Home Minister, Inspector-General of Police can see this.
We hope they can feel how their citizen feel.
We hope of justice, a better future.
We love Malaysia.

Film covered by Canon 550D.
Music are copyrighted and some of videos and photos are used from Internet.

1 ulasan:

indahhouse berkata...

Salam kak,
Moga bersabar atas ribut yg dua kali trjadi. Memang sedih, bila lihat kerosakan tu. yalah, duit pun bukan senang dicari. Moga Allah akan gantikan yang lebih baik dr itu buat kak sekeluarga..