Ahad, 21 Mac 2010

Doakan Bonda...

Assalamualaikum.

21 Mac 2010, seawal jam 6.20 pagi, Ummi menerima panggilan telefon kecemasan dari ayahanda yang menyatakan bahawa bonda berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Berkali-kali ayahanda kejutkan bonda untuk solat Subuh namun tiada respons dari bonda...mata terpejam rapat, mulut tak menyahut...

Sesampainya Ummi di sana, jelas bonda masih tidak sedarkan diri namun keadaannya tidak sepertimana mereka yang diserang angin ahmar. Bonda seolah-olah tidur dalam keadaan yang teramat lena. Sungguh lena sekali!

Segera Abi menelefon ambulans dan bonda diberikan rawatan kecemasan. Alhamdulillah bonda kemudiannya sedar sepertimana mereka yang baru terjaga dari tidur namun dalam keadaan terlalu letih dan tak bermaya. Paling menyedihkan, beberapa kali bonda bersuara meminta agar dirinya di hantar ke hospital tanpa menyedari bahawa dirinya sekarang sedang dirawat di hospital. Hanya beberapa patah perkataan yang dilafazkan dan bonda kemudian kembali lena dalam dunianya...

Pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah berada pada tahap normal. Punca sebenar masalah masih dalam kekaburan...


Hanya doa yang Ummi harapkan dari sahabat sahabiah pengunjung blog Ummi buat bonda tercinta....


Khamis, 18 Mac 2010

Percutian Paling Best Abad Ini...

Assalamualaikum.

Dah berbulan-bulan tak rehat dari kerja, terasa betapa tepunya otak dan fikiran. Ditambah pula dengan ketiadaan bibik yang membantu kerja-kerja rumah. Fuh!

Memahami keletihan, ke'tension'an dan ketepuan otak isteri agaknya, akhirnya Abi bersuara..."Jom Ummi! Cuti sekolah ni kita gi jalan-jalan sambil balik Johor nak? Klinik tu, cari doktor ganti jerlah."

Wah! Ini cadangan yang cukup bagus ni. Ummipun dah rasa tak larat sangat dengan bebanan kerja setiap hari. Walaupun kerjanya cuma duduk aja kat bilik beraircond tu namun otak terpaksa bertungkus lumus siang dan malam memikirkan penyelesaian untuk masalah pesakit-pesakit yang datang. Penat woo....

Akhirnya cuti sekolah tiba juga dan percutian kamipun bermula!

Destinasi pertama yang dituju adalah Bukit Gambang Water Park. Kebetulan kamipun dalam perjalanan ke rumah abang ipar di Felda Palong, Negeri Sembilan, maka Bukit Gambang Water Park amat sesuai menjadi tempat persinggahan untuk anak-anak bermain air.

Nak tengok gambar-gambarnya?

Ni dia! Kami tiba di sana jam 11.30 pagi. Yang bestnya time tu tak ramai orang sebab hari Jumaat kat Pahang adalah hari bekerja. Apa lagi! Sebesar-besar kolam ni, kita orang jer yang conquer! He,he,he....

Anak-anak baru nak warm-up. Masih segan-segan lagi nak berendam dalam air..

Rupanya diaorang lebih berminat nak main kat air berombak! Bila Abi sewa tube, apa lagi, berebut-rebut ler masing-masing...

Satu lubang, 3 orang??? Hahaha..hancus! Hmm...apa nak buat, melayan ajerlah Abi anak-anak dara dia tu...

Ombak tu ombak buatan sebenarnya. Bukan pantai betulpun. Bukit Gambang Water Park ni sama konsepnya dengan Sunway Lagoon.

Hah...dah sampai ke tengahpun. "Hai Ummi! Bestlah naik tube ni..rugi Ummi tak naik sama!"

Wooo....ombak dah datang!

Masing-masing dah mula kuyup...

Bila cuaca dah panas terik, masing-masing mula naik berehat ke pondok. Pondok ni dipanggil Cabana. Sewanya cuma RM40.00 untuk sehari suntuk! Dapat pulak free pizza dan air mineral. Kat sini ler Ummi berehat sambil melihat gelagat anak-anak bermain air bersama Abinya. Ummi sendiri memang malas nak main air...lagi best main air kat bilik air..hehehe...tapi sebab sebenarnya, Ummi segan kalau dah mandi tu, pakaian melekat-lekat di badan..nampak aurat woo...

Dah duduk saja-saja kat pondok ni, mulalah perut berkeroncong. Carik ajalah makanan kat mana-mana kedai di sekitar water park ni...boleh pilih mana yang berkenan. Kat sini, bayarannya menggunakan konsep cashless. Masa beli tiket, bayar aja deposit banyak-banyak manapun untuk perbelanjaan di sekitar water-park. Nanti nak beli apa-apapun, dia scan aja kat gelang tangan. Kalau ada lebihan deposit tadi, boleh buat tuntutan semula di kaunter sebelum pulang.

Hmm..cuaca dah redup sikit, mulalah turun balik ke air 'anak-anak duyung' ni...

Waduh, panas baliklah kakak! Jom kita naik....

Cepat posing! Ummi nak snap gambar kita tu...

Ummi ambil gambar ni dari atas pondok aja. Memang best, kan? Dari atas pondok pun, boleh tengok sepenuhnya gelagat anak-anak...

Yang ni kat bahagian gelongsor air pulak. Main kat sini agak meletihkan sebab kena naik tangga tinggi dulu baru boleh gelongsor turun.

Kebanyakan kolam airnya cetek. Sesuai sangat untuk anak-anak...

Tu dia Abi sedang menggelongsor bersama Atiqah! Seronok sangat anak-anak main gelongsor ni. Cuma letih nak naik tangga aja.

Dah letih naik tangga, main ajalah gelongsor pendek ni pulak. Yang pakai baju merah kat atas tu adalah pengawal keselamatan. Setiap ruangan ada disediakan pengawal keselamatan yang akan memberikan bantuan kecemasan sekiranya ada kejadian lemas atau sebarang kejadian yang tak diingini. Bagus, kan?

Aha! 3 dara sedang menggelongsor turun dengan lajunya!

Dah jemu kat tempat lain, barulah berbalik semula ke ruangan mula-mula tadi.

Dah sampai ke tingkat ataspun...

Masa nilah Abi ambik peluang main tube sorang-sorang...hehehe..

Haha...santai habis Abi!

"Bye Ummi! Rugilah Ummi tak main sama..."

Ikan buntal sedang memuntahkan air kepada pengunjung-pengunjung yang setia menunggu di bawah.

Tu dia! Bergelen-gelen air dicurahkan sampai tak nampak orang kat bawah...

Rasanya time ni dah kecut habis dah kulit anak-anakku. Apa taknya, dah 4 jam berendam woo....

Keluar dari ruangan water park, singgah pulak di kedai cenderahati. Ni Aisyah sedang bergaya bersama patung yang sedang memperagakan pakaian renang.

"Aik, mana boleh jadi. Kamipun nak bergaya sama" Hehehe...

Begitulah serba sedikit cerita percutian di Bukit Gambang Water Park. Selepas ini perjalanan diteruskan dalam misi menjejak kasih pula. Dah lama sangat tak balik Johor selepas kematian arwah nyai (nenek) dan yai (datuk). Makanya, percutian kali ini benar-benar menjadi percutian yang sangat-sangat menyeronokkan. Sambil berseronok, sambil berhubung kasih di antara sanak-saudara...

Ulamak mengatakan;

"Seseorang yang mempunyai kerabat wajiblah menghubungi kerabatnya dengan hadiah dan ziarah, jika tidak berkemampuan dengan harta (hadiah), hubungilah dengan ziarah sahaja dan berilah apa-apa bantuan yang diperlukan. Jika kerabat itu berjauhan, hubungilah dia dengan surat. Pelaksanaan amalan silaturrahim di tahap yang lebih tinggi akan mendapat ganjaran yang lebih besar sebagaimana sabda Rasulullah saw yang mafhumnya: "Sedekah yang paling afdhal ialah kepada kerabat yang bersakitan hati (tidak baik perhubungan)".

Firman Allah , ayat 22-23 daripada Surah Muhammad :

فهل عسيتم إن توليتم أن تفسدوا في الأرض و تقطعوا أرحامكم . أولئك الذين لعنهم الله فأصمهم و أعمى أبصرهم

Maksudnya :

“ Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan merosakkan hubungan kekeluargaan ? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka “

Nabi SAW telah bersabda :
لا يدخل الجنة قاطع
“ Tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan ( silaturrahim ) ”

Nabi SAW bersabda :
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليصل رحمه
“ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia menghubungkan silaturrahim ”

* Nak dengar cerita percutian kami dari versi yang berbeza? Jom kita ke blog kakak!

Khamis, 4 Mac 2010

Doa Keberkatan Buatmu, Aisyah....

Assalamualaikum.

"Ya Allah, panjangkanlah usia anakku dalam keberkatan dan rahmatMu. Jadikanlah beliau anak yang solehah, penyejuk hati kami...."

Happy Birthday Aishah!

Pejam celik, pejam celik, umur Aisyah dah menjangkau 8 tahun. Terasa baru semalam aja Ummi menempuh pengalaman melahirkan Aisyah di rumah @ klinik sendiri (baca di sini).

Doa selamat dibacakan oleh Abi, mudah-mudahan kami sekeluarga sentiasa dalam lindungan rahmat dan keberkatan Allah...Amin. Hadiah dari Ummi, Abi, Kakak dan Atiqahpun dah berderet tersusun, menunggu untuk disampaikan.

"Ni hadiah dari Atiqah untuk Kak Aisyah. Selamat Hari Lahir Kak Aisyah, moga akan sentiasa menjadi kakak yang baik pada Atiqah..hehe..."

"Selamat Hari Lahir, dik. Lepas ni jangan suka jerit-jerit lagi tau..hihihi..."

"Mmmmuahh! Moga menjadi anak yang solehah, sayang..."

"Aha! Ni hadiah paling besar dari Abi untuk Aisyah sebabbbb...Aisyah kan suka tolong Ummi buat kerja rumah. Suka tak?"

"Wah, hebatnya! Aisyah dapat jam tangan. Eii...sukanya! Aisyah memang dah lama nakkan jam macam ni..."

"Buku notapun ada? Yeiii..bolehlah Aisyah guna kat sekolah nanti."

"Wah, jam dinding untuk bilik Aisyah? Cantiknya...!"

"Alamak dik! Cepat, cepat, cepat! Meh kakak tolong bukakkan..ni hadiah best ni dik!" Hahaha...kakaknya pulak yang tak sabar nak tengok hadiah dari Ummi untuk Aisyah...


Apa tak bestnya! 'Royal Tea Set' jenama Barbie...Tersenyum lebarlah masing-masing. Hai, kalau budak tu, budak jugaklah..hihihi...

"Waa...patutlah besar sangat hadiah dari Abi! Rajin tolong Ummi punya pasal, tong sampah kartun pulak Abi kasi..hihihi..."

"Best! Hadiah-hadiah ni semua memang berguna untuk Aisyah. Terimakasih Ummi, Abi, Kakak dan Atiqah....Aisyah saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang semua..mmmuahhhh!"

Akhirkata, marilah sama-sama kita hayati lagu nasyid di bawah...Apakah pengharapan seorang anak terhadap kedua ibubapanya dan apa pula impian ibubapa terhadap anak-anaknya..tidak lain dan tidak bukan untuk melihat anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...