Assalamualaikum.
3 hari komputer Ummi masuk bengkel. Banyak kerja tergendala dan tertangguh. Alhamdullillah hari ini dah ok. Terlintas di hati, hilang satu kemudahanpun, pelbagai urusan dah tergendala. Bagaimanakah agaknya jika hilangnya salah satu nikmat pancaindera yang Allah anugerahkan pada kita? AllahuAkbar! Alangkah tak terhitungnya nikmat dari Allah untuk kita selama ini.
Alang-alang bercakap pasal kemudahan, suka Ummi nasihatkan. Gunakanlah apa jua kemudahan untuk kebaikan. Jangan sampai disalahgunakan sehingga mendatangkan kemudharatan.
Acapkali Ummi mendengar luahan dari pesakit, yang terganggu kerukunan rumahtangganya hanya kerana kemudahan SMS masakini. Bagaimana?
Ada isteri yang terguris hati hanya semata-mata kerana suami asyik bermain sms. Ada isteri yang merajuk kerana masa bersama mereka diganggu dengan panggilan tak henti-henti dari rakan sekerja suami. Walaupun kesetiaan suami tidak mereka ragui, namun jauh di sudut hati, mereka kecewa kerana terasa seperti tidak dihiraukan. Lebih mengecewakan lagi, ada si suami yang bersms sehingga berjam-jam sambil tersenyum-senyum, sambil ketawa sendirian, tanpa langsung memaklumkan kepada isteri dengan siapa dia berinteraksi. Kalau beginilah halnya, memang layak untuk seorang isteri mencemburui suaminya. Apa salahnya kalau si suami memaklumkan sepatah pada sang isteri, “Abang tengah bersms dengan kawan lama abang, si fulan bin si fulan ni Yang…” Tidaklah sang isteri menaruh prasangka yang bukan-bukan. Kena pulak time mereka bersms tu tengah-tengah malam.
Entahlah, macam-macam kisah yang Ummi dengar. Klinik Ummi ni dah jadi macam klinik kaunseling pulak. Mungkin ada sedikit ketidakadilan dari kisah yang Ummi ceritakan ini sebab semua kesalahan seolah-olah diletakkan di pihak yang bernama suami. Dah memang pengunjung Klinik Ummi ni majoritinya perempuan, maka yang mengadunyapun semestinya perempuan. Tak tahulah Ummi kot ada juga pihak suami yang menghadapi masalah yang sama kerana isteri asyik bersms. Wallahua’lam.
Namun Ummi amat bersetuju sekiranya dipihak suami-isteri saling berterus-terang. Tak salah untuk seorang suami atau isteri berterus terang dengan pasangannya, dengan siapa mereka berinteraksi. Hal ini walaupun nampak remeh namun amat penting dalam menjaga keintiman hubungan antara suami dan isteri. Jangan dilakukan sesuatu yang boleh menimbulkan prasangka antara suami isteri.
Masa bersama antara suami isteri kalau boleh janganlah diganggu dengan aktiviti-aktiviti sms atau berborak panjang dengan rakan sekerja. Masa-masa sebegini sepatutnya dibina untuk keintiman hubungan antara suami dan isteri. Tidak kiralah bagi suami dan isteri yang kedua-duanya bekerja atau bagi isteri yang tidak bekerja. Masa untuk mereka bertemu dan bercerita itu dan ini hanya sebentar cuma. Kalau dihabiskan pula dengan aktiviti bersms, maka akan hilang mood pasangannya untuk bermesra dan membina hubungan. Lama kelamaan mereka sendiri akan terbiasa dengan aktiviti sendiri-sendiri. Suami dengan hal suami. Isteri dengan hal isteri. Maka hilanglah roh sakinah, mawaddah dan rahmah yang dicari-cari.
Semoga sedikit bebelan dari Ummi hari ini menjadi muhasabah untuk diri Ummi sendiri dan kita semua. Jangan sampai SMS mengundang bala dalam kerukunan hidup berumahtangga…
*************************************************************************************
Selasa, 8 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Salam, Kak Ummi.
Ina setuju dengan isu yang Kak Ummi ketengahkan ini.
Walaupun nampak remeh, tapi boleh memberi kesan yang tidak kurang buruknya terutama kepada pasangan suami isteri.
Ini bukan bebelan kosong kak..tapi lebih kepada peringatan yang perlu diambil berat, jangan pandang ringan!
Terima kasih Kak Ummi, atas perkongsian :)
Assalamualaikum,
Saya setuju dengan pendapat Kak Ummi. Teknologi hari ini kalau disalahguna akan membawa kepada impak negatif. Itu aje :)
betul2...nasihat yg menarik...
Assalam...
Sy sgt setuju, slh satu penyebab keruntuhan rumah tangga..
Bila pasangan terbaca sms, tentulah menimbulkan pergolakan, mula2 cuba mempertahankan tp lama kelamaan, menjadi api, semakin marak bagai api dlm sekam... Takdir Allah, rumah tangga yg sekian lama dijalinkan, roboh begitu saja gara2 bhs2 sms yg diterima dr partner yg tidak bertanggungjawab... Sms yg berunsur lucah belaka, pasangan mana yg bole duk diam... Bila dah berlaku perceraian, si mangsa ditinggalkan tanpa rasa belas... Sgt kejam manusia ini, berlagak suci disebalik title "ustaz" nya... Wallahu'alam...
Catat Ulasan