Assalamualaikum.
Buat anak-anak Ummi yang dikasihi, dicintai dan dirindui nun di bumi Mesir, Along dan Angah...
"Ya Allah, jadikanlah Along dan Angah hamba-hambaMu yang soleh. Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada keduanya dalam menempuhi medan jihad di bidang ilmu ini. Bantulah mereka untuk menguasai bahasa, ilmu dan al-qur'an."
" Ya Allah, pilihlah mereka untuk menjadi para huffazMu yang dapat sentiasa mengekalkan hafazannya dan beramal dengan isi kandungan al-qur'an. Pilihlah mereka untuk menjadi hamba-hambaMu yang berbakti kepada kedua ibubapanya dan berbakti kepada masyarakat dengan ilmunya. Muliakanlah akhlak keduanya sebagaimana akhlak Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya serta perelokkanlah tuturkatanya untuk menjadi pendakwah yang baik dan berkesan."
" Ya Allah, pilihlah anak-anak kami ini untuk menjadi hamba-hambaMu yang terbaik di sisiMu di dunia dan di akhirat. Amin ya Rabbal 'alamin..."
*********************************************************
Kepada semua pengunjung blog Ammar...
Assalamualaikum...
Beberapa hari lagi Ammar & Anas akan menghadapi peperiksaan (Imtihan Qabul) di Maahad Bu'uth Islamiah bagi menentukan kelas yang akan kami duduki, Ammar berharap agar pengunjung blog Ammar semua dapat mendoakan kami agar berjaya menempuhi cabaran yang akan kami tempuhi ini. Ammar juga meminta maaf kerana terlalu lama blog ini tidak bergerak atas sebab-sebab tertentu. Itu saja yang dapat Ammar sampaikan sebab hari pun dah lewat, sampai masanya untuk pulang ke asrama.
Wassalam...
Doakan Anak-Anak Ummi!
*************************************************************************************
6 ulasan:
Askum K.han yang dikasihi.
Hampir menitis airmata membacanya. Saya faham dan tahu betapa besarnya kasihsayang seorang ibu dan pengorbanan untuk melepaskan anak di usia muda. Namun kami berdua sangat percaya Angah dan Along adalah warisan generasi muda yang sangat rare (nadir), bakal menggugah jalan dakwah dan ilmu ini dengan peribadi, ilmu dan keteguhan mereka yang luar biasa.
Mereka adalah anak muda yang terpilih dan dipilih, inshALLAH. (Futuwat).
Kami mendoakan. Selalu. Kejayaan. Keberkahan. Kesihatan. Perlindungan.
p/s:Oh ya, InshALLAH Salman akan ke Mesir bulan 2. Ada jemputan sebagai pengisi slot untuk program mega pelajar perubatan di sana. Bolehlah Salman jumpa Along dan Angah sekali kalau berpeluang, inshALLAH.:) Terima kasih juga pasal semalam K.Han dan pasal kereta, tentunya.:)
salam kak han.rasa terpanggil untuk sama2 mendoakan pd along dan juga angah..biar sy xkenal depa pn lg:)..smg berjaya sokmo dlm examnya ye!!!~
Salm K Han..
Wan pun turut doakan kejayaan putera dan puteri K Han.
Mintak izin copy mutiara kata kat atas tu deh..
Salam, Kak Ummi..
Memang sebak membacanya..apatah lagi yang menukil adalah dari hati seorang Ummi..
Ameen, ameen. Ina turut mendoakan kejayaan anak-anak Kak Ummi.
Ummi To All...
Ya Allah...terharu rasa hati atas doa yang dilafazkan dari sahabat-sahabiah yang Ummi kasihi dunia dan akhirat...
Terimakasih dik...Jazakumullahu khairan kathira atas keprihatinan kalian...
Amiin....
Catat Ulasan