Assalamualaikum.
Tak sempat Ummi nak coret apa-apa, dah masuk waktu Asar ni.
Tengok ajalah ya...selamat menonton!
Alhamdulillah, agak ramai juga pengunjung pada petang ini yang sudi menadah telinga, mencedok ilmu...
Penyampaian cenderahati untuk Ustaz Mohd Nor disampaikan oleh Abang Lan. Bukan senang nak dapat peluang bersama Ustaz Mohd Nor yang tak menang tangan dijemput berceramah di merata-rata ceruk...Alhamdulillah, kali ni Allah luangkan masa untuknya bersama-sama kita dalam NICE 2009.
Tibalah masanya sesi penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan mewarna yang telah mendapat sambutan begitu hangat sekali pada sesi pagi tadi. Majlis dipengerusikan oleh Dr Rostam yang datang jauh dari Kedah semata-mata untuk meraikan NICE 2009!
Bravo dik! Hebat sekali adik ni mewarna...
Kini saatnya sesi penyampaian hadiah untuk acara sukaneka. Majlis dipengerusikan oleh Puan Zuraidah dari Nisa' Ladang...



Tepat sekali tugasan yang diberikan oleh Abang Lan pada Dr Md Arif Ibrahim untuk mempengerusikan majlis dalam sesi perpisahan ini. Entah berapa kali Dr Arif terpaksa berhenti bercakap kerana sebak untuk mengucapkan kata-kata perpisahan. Suasana pilu benar-benar terasa...
Adik Husaini dari Mesir menyampaikan ucapan perpisahan wakil pelajar...
Ucapan perpisahan dari wakil bapa...
Dan ucapan perpisahan dari wakil ibu yang juga sebak dalam kata-kata, lahir dari hati yang pilu untuk menghadapi detik perpisahan...
Seterusnya ucapan perpisahan dari wakil Papisma yang disampaikan oleh Presiden Papisma, Dr Suhazeli Abdullah...
Paling menyentuh perasaan, ucapan dari wakil pemimpin yang disampaikan oleh Datuk Tengku Hassan dengan bait-bait pesanan yang menembusi jantung hati...
Selingan nyanyian dan ungkapan bait-bait puisi dari beliau sebagai memperingati jasa ibu sungguh menyayat hati dan menikam kalbu...






Inilah motto yang kami bawa...
Majlis dipengerusikan oleh peserta NICE. Inilah masanya adik-adik kita menonjolkan bakat mereka. Yang pandai bercakap, boleh jadi pengerusi, motivator, penceramah dan sebagainya.
Antara hadhirin yang hadir. Nampak gaya penuh dengan adik-adik peserta NICE sahaja. Inilah yang dikatakan part yang paling mencabar. Kita telah menyediakan segala-galanya untuk promosi...handbill, banner dan sebagainya namun setakat manakah promosi tersebut telah digerakkan oleh wakil masyarakat? Tidak mudah sebenarnya nak mengharapkan hasil 100% sebagaimana yang dibayangkan apabila ianya melibatkan kerjasama pihak luar. Kami pihak penganjur ibarat itik berenang, tenang nampak di permukaan air namun di bawah air, bertungkus-lumus kaki-kakinya 'mengayuh'...
Tak per, tak per. Mudah-mudahan sekejap lagi makcik-makcik, pakcik-pakcik akan sampai. Biasalah program masyarakat ni. Pukul 9 kita mula, pukul 10 belum tentu lagi munculnya. Adik-adik kena bersedia menghadapi situasi sebegini yang pastinya jarang-jarang dapat dirasai dalam suasana kampus. Yalah...budak-budak U majoritinya punctual, kan?
Hah, tupun dah ada makcik-makcik yang sampai. Mana pulak pakcik-pakciknya? Ini satu lagi cabaran utama kita. Sepatutnya ceramah merokok ni pakcik-pakciklah kumpulan sasaran utamanya tapi nak dapatkan kehadiran kaum lelaki dalam program-program sebegini, punyalah mencabar! Mana pak-pak angkat korang adik-adik weh...? Kan ker dah pesan dari awal, antara tugasan untuk adik-adik adalah membawa mak-mak dan pak-pak angkat masing-masing ke program Bakti Papisma hari ini? Huhuhu....
Ceramah disampaikan oleh Dr Azlin, penceramah tetap kita!
Selesai ceramah, Abang Lan pula tampil membuat pengumuman. Buat pengumumanpun siap ambik gambar ker? He,he,he...
Tu dia, meriah betul! Lebih mudah ajak bebudak datang ke program dari nak mengajak orang-orang tua ni...kan, kan? Next time kita buat ceramah untuk bebudak ajalah pulak...amacam?
Kalau ada pertandingan mewarna, ustazah kita inilah yang pastinya incharge slot ni. terimakasih Ustazah Sumayyah. Slot ni memang sesuai banget untuk ustazah kita ni..he,he..
Kelihatan Dr Nur Husna, Pegawai Pergigian sedang membuat pemeriksaan gigi kepada seorang pakcik. Eh, ada gigi lagi ke pakcik ni? Hihi...jangan marah ya pakcik. Gurau ajer...
Adik-adik peserta NICE sedang menjalankan pemeriksaan...
Dr Ahmad Faizal dan Dr Nurul Majidah dibantu oleh adik-adik peserta NICE sedang menjalankan pemeriksaan.
Ni dia adik-adik kita sedang memeriksa tekanan darah.
Owhh..pakcik-pakcik ni time buat pemeriksaan muncullah pulak diaorang. Time ceramah habis lari...aduhai...
Adik Awin dari Ukraine sedang membuat pemeriksaan darah untuk kencing manis sambil tak lekang bibirnya menuturkan nasihat...bravo Awin!
Yang kat sini bahagian pemeriksaan BMI. Sah ler ramai yang terlebih berat ni...huhuhu...
Wah! Sambutan kat pemeriksaan gigi bagus betul! Next time Papisma kena sentiasa combine rawatan bersama pegawai pergigian kita...







Tu dia barisan motivator kita daripada adik-adik peserta NICE yang merupakan pelajar-pelajar perubatan dari pelbagai universiti
Guru kaunseling mereka juga turut hadir memberikan sokongan.
Ini dia adik Mohd Faqih yang telah dipilih untuk menjadi penceramah motivasi dari kalangan peserta NICE. Memang layak sungguh!
Abang-abang Papisma dan kakitangan sekolah yang turut memerhati perjalanan sesi motivasi. Dari kiri : Staf sekolah, Dr Md Arif (Pengarah Konferen NICE) dan Dr Roslan (Pengarah Bakti Papisma NICE)


Yang nipun motivasi berkelompok juga ker? He,he...
Antara kata-kata motivasi yang tertera di dinding dewan...memang tepat sekali!
Penyampaian medal kenangan untuk guru kaunseling Sekolah Menengah Tengku Bariah yang begitu bersemangat sekali mengikuti sesi motivasi ini dari awal sehingga akhir.







Bergambar kenangan bersama peserta-peserta motivasi...
Ini dia acara paling berprestij...hehehe. Acara sukaneka cukup memeriahkan suasana. Ditambah pula dengan persediaan sukaneka yang perfect dari Nisa'! Tahniah Nisa'!
Ini adalah acara tapak gajah, ringkasnya jalan atau lari atas tempurung. Tengok anak-anak ni main, teringat zaman budak-budak dulu. Ummi selalu johan acara ni sebab badan Ummi paling kecik dan paling ringan, lari atas tempurung macam charlie chaplin! He,he...Sekarang ni surrender awal-awal...
Ada class juga adik ni hah!
Bukan setakat budak-budak kecik, yang remajapun join sekali...
Hah ni dia! Kakak-kakak peserta NICE pun boleh lari tapak gajah juga noo...
Laju jugak kakak ni pecut hah!
Alamak! Terpele'ot pulak!
Ini lagi canggih! Muslimat Nisa'pun turut memeriahkan suasana. Memang real lah kakak ni lari tapak gajah!
Apa taknya, tengok motto Nisa' DUN Ladang tu...!
Tapi kan, memang patut anak-anak remaja dan kita-kita yang masih remaja ni join Nisa'! Ummipun remaja lagi ker? Jangan nak perasan..he,he...
Hah Najmi, tendang ler! Tunggu apa lagi?
Kejar bola tu dik, kejar!
Jangan main-main. Terror adik-adik kita ni main. Lepas ni boleh wujudkan Kelab Bola Sepak Ibnu Sina. Kita ajak lawan dengan abang-abang dari kelab Bola Sepak Papisma! Tapi syaratnya mesti berkain pelikat..hehe...
Kumpulan merah pula menunjukkan aksi...
Tarik lagi! Tarikkkk....!
Nampak gaya ada can kumpulan merah ni menang. Nampak yang paling belakang tu memang power! He,he...
Acara diteruskan dengan pertandingan kukur nyior (kelapa). Sebelum dapat kukur kenalah kopekkan dulu kulitnya...
Sporting betullah kaum muslimat kita ni...
Hah! Tu dia..gaya profesional mengopek kelapa..hihihi...
Bila dah buang kulitnya, kenalah dibelah pula. Macamlah juga procedure pembedahan di bilik bedah...he,he...
Tibalah masanya untuk proses mengukur nyior...cepat dik, cepat!
Kelapa ni siap dengan jambulnya sekali..he,he...
Hebat juga adik-adik peserta NICE kita ni. Ingatkan dah belajar tinggi-tinggi, tak reti nak kukur kelapa. Jangan main-main you...saham tinggi ni..hihi...
Kukur, kukur...biar sampai licin!
Nak kasi kat siapa pulak kelapa tu, dik?
Sampai masanya untuk acara mengisi air dalam botol. Budak-budak memang minat bebenor ler acara ni...
Celup aja span tu kat dalam baldi dan lari....!
"Aduh, perut dah berkeroncong ni. Jom kita makan!"
