Khamis, 23 April 2009

Rehlah Pengikat Ukhuwwah

Assalamualaikum.

Hujung percutian Along dan Angah kali ini akhirnya berjaya juga di isi dengan program keluarga yang sungguh meninggalkan kesan, kenangan dan keakraban ukhuwwah.

Biasanya setiap hujung tahun keluarga besar Haji Salleh dan Hajjah Mariam (ibubapa tercinta Ummi) akan berkumpul bersama dengan aktiviti rehlah keluarga dan selalunya Ummi dan Abilah yang akan merancang dan menetapkan tempat rehlah dengan aktiviti-aktiviti yang canggih lagi manggih...he,he. Terimakasih abang-abang dan kakakku atas kepercayaan yang diberikan.

Kali ini tak sempat hujung tahun, melihatkan wajah kebosanan anak-anak teruna yang sedang bercuti di rumah sewaktu orang lain sedang bersekolah, maka tiba-tiba terpacul satu idea yang tak kurang juga canggihnya...haha.

"Hah...apakata kita buat perkhemahan di rumah Ayah Chik hujung minggu ini?" Terpacul idea dari fikiran Ummi pada suatu petang sepulangnya dari kerja.

"Betul ke ni Ummi? Bestnya!" Jawab Angah dan Along serentak.

"Nanti Ummi SMS Ayah Chik dulu eh. Kot Ayah Chik pulak ada program lain hujung minggu ni."

'Aslkm Ayah Chik. Khamis malam Jumaat ni ada kat rumah tak?Anak-anak lelaki ni plan nak buat perkhemahan kat kawasan rumah Ayah Chik & barbeque sekali malam tu. Kalau setuju nak gi cari khemah ni. He,he...'

Dan dibalas segera oleh Ayah Chik : 'Molek bebenor le tu dik. Setuju!'

Set! Lampu hijau dah dapat. Maka urusan seterusnya adalah memaklumkan pada kakak tersayang yang memang sentiasa tertunggu-tunggu plan canggih-manggih dari adik bongsunya ni...

'Aslkm. Iklan sensasi: Telah disepakati bersama, satu perkhemahan keluarga akan diadakan di rumah Ayah Chik pada malam Jumaat ini (Khamis). Sila daftar segera untuk penyertaan dan sila cari khemah untuk keluarga masing-masing. He,he...Maklumat lanjut, slps pendaftaran.'

Melalui kertas kerja ringkas dari Ummi yang merangkumi aturcara program, pembahagian tugas serta jumlah kutipan duit untuk hadiah sukaneka dan barbeque, maka hari yang ditunggu-tunggupun tiba..

1 by you.

Tu dia! Acara sukaneka baru nak dimulakan. DJ tetap, tak lain dan tak bukan, suamiku yang dipanggil Ayah Su oleh anak-anak saudara sebelah Terengganu dan yang berjubah tu, Ki (Tokki) yang begitu bersemangat sekali membuat garisan untuk acara bowling kampung! Jangan kata Ki ni ustaz tau. Ki cuma orang biasa, pesara 'pegawai hutan'. Suka tengok Ki selalu pakai jubah...sejuk hati memandang..

2a by you.

Cubaan pertama dari Abd.Wafi, anak kedua Ayah Chik. Wusyh...alamak! Tak mengena! Tak pe, tak pe...cuba lagi Wafi!

2 by you.

Kali ni Along (anak sulong Ummi) pulak mencuba. Wusyyh!

3 by you.

Ha,ha,ha...tiga kali cuba pun tak mengena! Jangan ingat senang main bowling kampung ni.

4 by you.

Giliran Angah (anak kedua Ummi) pulak. Eiiyahh..! Uik..gagal juga!

6 by you.

Muhammad Qisti (anak ke-3 Ayah Chik)...alahai...tersasar juga balingannya!

5 by you.

Giliran anak ke-2 Mak Teh pula, Fadhlullah. Zuss...yes! Kali ini mengena! Walaupun 1 pin je yang jatuh tetapi Fadhlu telah diumumkan sebagai Johan Pertandingan Bowling Kampung pada tahun ini! Kah,kah,kah...apa nak buat...

7 by you.

Aha, kali ini pertandingan membawa bola pingpong! Jangan pelik tengok diaorang ni main pakai kupiah. Anak-anak lelaki Ummi, Ayah Chik dan Mak Teh memang dah terbiasa dari kecil ke mana-mana dengan kupiahnya. Kalau diminta cabut kupiah, kata mereka macam tercabut kepala jer..hihihi...alah bisa tegal biasa, kan?

8 by you.

Satu, dua, tiga..priiiippp! Waduh, bersemangat habis!

10 by you.

Apa pulak yang terbongkok-bongkok ni? Pertandingan menyambung straw paling panjang!

11 by you.

Lagi, lagi, lagi! Biar sampai panjang berjela-jela, janji jangan putus sambungannya. Lagi panjang, lagi seronok! Ibarat menyambung ikatan ukhuwah...lagi ramai dan lagi erat ikatan persaudaraan yang dijalinkan, terasa lagi indah suasana kehidupan kita...

9 by you.

Ki yang dari awal sampai akhir pertandingan, tak jemu-jemu memberikan sokongan. Oh ayahandaku...dari dulu, orangnya cukup berdisiplin dan cukup kuat menjaga hubungan silaturrahim sesama saudara. Bab ini memang tak boleh lawan. Anak-cucu tabik spring kat Ki!

28 by you.

Yang ini group muslimat sedang menunggu giliran untuk acara seterusnya. Nun jauh di sana, Wan tak kering gusi dengan gelagat cucu-cucunya. Begitu juga Mak Teh. Mak Teh (doktor di Klinik Penawar) adalah satu-satunya kakak Ummi. Yang lain semua abang..

17 by you.

Baling bola dalam baldi...menggabungkan fokus penelitian dan paduan keseimbangan balingan..itulah motif permainan ini. Alamak! Kakak (anak ke-3 Ummi) baling tak masuk masuk lagi? Tak pe, tak pe kakak. Cuba lagi!

18 by you.

Wusyyh! Hadi (anak ke-3 Mak Teh) selamba aja berjaya memasukkan bola paling banyak ke dalam baldi yang disediakan. Memang cekap!

14 by you.

Yang ini pulak pertandingan memasukkan air ke dalam botol. Kelajuan memerah air tak semestinya menjanjikan kemenangan kerana teknik memasukkan air ke dalam botol itulah yang paling penting. Aisyah (anak ke-4 Ummi) beiya-iya nak menang kali ini...

15 by you.

Hah? Apasal tu? Jangan le gaduh pulak...he,he.

16 by you.

Tak gaduh punya...masalah teknikal je tadi. Hihi..tengok! Dah posing pulak. Kali ni Aisyah betul-betul berjaya menggondol juara pertandingan memasukkan air ke dalam botol!

19 by you.

Haha..yang ini lagi best! Kata DJ (Abi ler tu), ini adalah pertandingan berprestij antara dua benua..Malaysia & Indonesia! Kah,kah,kah...Dari kiri : Kak Long Asmaa' (anak sulong Ayah Chik), Madihan (anak sulong Mak Teh), Bibik Wan, Bibik Cek Su (Cek Su tu panggilan untuk Ummi ler) dan Bibik Mak Teh! Memang betul-betul pertandingan antara 2 benua!

20 by you.

Kelihatannya Malaysia sedang mengatasi Indonesia..! He,he...

25 by you.

Seronok habis bibik-bibik ni bila dilibatkan dalam sukaneka...oppss...yang tengah tu bukan bibik...(sorry Madihan...)

26 by you.

Anak-anak Ummi tengah bagi sokongan moral kat bibiknya dan Kak Long pulak sedang di beri sokongan semangat oleh adiknya..

27 by you.

Wah! Dahsyat punya panjang Kak Long Asmaa' sambungkan straw tu! Memang layak punya jadi johan. Tengok ler camana bersemangatnya Kak Long. Siap sama-sama berjalan dengan strawnya. Yang bibik-bibik ni pulak semua berat nak angkat punggung..mana nak menang? Keh,keh,keh...

21 by you.

Eiiyahh...baling betul-betul Kak Long! Jangan malukan Malaysia.. hi,hi,hi...


22 by you.

Yes! Tengok pulak camana hebatnya Cik An baling!

23 by you.

Wow! Bibik Cek Su pun tak kurang hebatnya...! Lapan pin jatuh woo...

24 by you.

Ni dia Bibik Wan sedang menunjukkan kehandalannya. Lawan tetap lawan! Malangnya kemenangan terpaksa dibatalkan sebab buah kelapa tergolek jauh selepas garisan..haru,haru. Apa nak buat bibik. Undang-undang permainan perlu dipatuhi tanpa mengira kroni..baru le adil namanya, betul tak? He,he...

31 by you.

Tak ketinggalan juga acara permainan untuk kumpulan paling kecil, si anak bongsu. Wah! Jangan main-main, anak bongsu Ayah Chik ni dah berjaya masukkan 2 bola kat baldi tu!

30 by you.

Anak bongsu Mak Teh pulak. Tu dia! Sama macam abangnya, selamba aja baling bola tapi tetap masuk...

29 by you.

Hah yang ini anak bongsu Ummi. He,he...sama hebat macam maknya, baling punya baling, tak masuk-masuk...kih,kih,kih...

33a by you.

Main, main jugak. Waktu solat kena la jaga. Ayah Chik (tuan rumah) mengimamkan solat maghrib berjemaah.

32a by you.

Ayah Chik adalah abang ke-3 Ummi, Pegawai Petronas di Batu Rakit...satu-satunya abang yang menetap di Terengganu. Abang sulong Ummi menetap di Kelantan (doktor di 'Klinik Saleha & Khairi') manakala abang ke-2 menetap di KL sebagai Pegawai Tadbir di Jabatan Perdana Menteri.

34a by you.

Sebagaimana yang termaktub dalam aturcara majlis, selepas solat jemaah maghrib, diadakan pula bacaan beramai-ramai surah al-kahfi.

36 by you.

Bibik-bibik pulak sibuk di dapur selepas solat maghrib untuk penyediaan nasi goreng dan barbeque...Woit! Sempat lagi bergaya sambil kopek bawang?

37 by you.

Bibik Wan ni paling cekap memasak! Sayangnya dah nak balik Indon pulak. Rindu kat suami katanya. Huhu...Jangan lupa datang lagi ya bik!

35 by you.

Apasal pulak Wan tu? Alahai...kesiannya Wan. Tu hah..cucu-cucu dan Mak Teh duk tengah urut Wan yang kepenatan menonton gelagat cucu-cucunya dalam permainan tadi. Oh ibunda...doa kesejahteraan untuk anak-cucu tak pernah dilupakan. Semenjak dari muda, seingat Ummi, tak pernah Ummi lihat ibu tersayang meninggalkan solat tahajjud. Subhanallah..istiqamahnya Wan dengan amalan tahajjud sehinggakan selepas serangan stroke pun Wan masih tak pernah beralasan untuk meninggalkannya atas alasan kesihatan. Terasa kerdil dan malunya diri ini...

38 by you.

Cucu-cucu lelaki Wan. Ramai lagi yang tak ada kat sini. Sepatutnya ada 15 cucu lelaki! Yang ini tak sampai separuh...

39 by you.

Selepas Isyak...terpaksa sambung 2 lagi permainan untuk 'geng si anak bongsu' tadi yang tak sempat dihabiskan untuk berjemaah Maghrib...

40 by you.

Eeyahhh...nampak gaya Kak Ina juga yang dapat johan untuk acara membawa bola ping-pong!

41 by you.

Acara paling best dan paling ditunggu-tunggu oleh 'geng si anak bongsu' adalah acara merebut gula-gula! Aik, ramai pulak yang 'tak bongsu' berebut sama?

34 by you.

Apa tak tunggunya..tu hah...sebakul sorang dapat gula-gula! Tapi dont worry..Cek Su yang tukang beli, pastinya akan menyediakan gula-gula yang disahkan halal oleh Jakim dan disahkan berkhasiat! Hihi...Nak beli apapun sekarang ni kena hati-hati...pastikan HALAL dengan logo yang betul!

42 by you.

Fuh! Yang ini satu lagi adegan yang ditunggu-tunggu. Acara barbeque...!

43 by you.

Sotong bakar memang paling diminati. Dapat sotong bakar, sah dah tak jeling ke lain...

44 by you.

Ditambah pula dengan menu ayam bakar, nasi goreng kampung dan sos asam. Mengancam habis!

45 by you.

Sepulangnya Ki dari masjid, rezeki dah menunggu. Alhamdulillah...

47 by you.

"Okay anak-anak..Ayah Su dah kenyang ni. Jom kita warm-up dulu dengan soalan teka-teki santai sebelum kita pergi ke acara teka-teki yang betul punyer!" Tengok tu...ramai betul peminat Ayah Su!

48 by you.

Acara teka-teki dah bermula. Ini adalah acara yang cukup-cukup digemari oleh anak-anak. Kalau kat rumah, pantang berkumpul bersama, ada aja ler teka-teki dari Abi...hahaha..ummipun tumpang sekaki ler. Lagi seronok dari menonton tv tau!

49 by you.

Tengok! Penuh tumpuan dan perhatian pada Ayah Su yang memang cukup terror berteka-teki dan berlawak ngan bebudak...

51 by you.

"Nak jawab! Nak jawab!" Kalau betul jawapannya, dapat cenderahati pulak...mana tak berebut menjawab...

50 by you.

Yang muslimatpun tak ketinggalan...

52 by you.

Akhirnya tiba juga ke penghujung majlis...Sesi penyampaian hadiah dan penutup...

53 by you.

Alamak Ayah Chik! Buat malu company aja...Pakai kain macam baru balik dari sawah? Tergelak habis pengerusi majlis! Ha,ha,ha...Apapun, dalam ucapannya, Ayah Chik memang terharu sangat-sangat dengan kejayaan program ukhuwwah keluarga pada kali ini walaupun dirancang dalam masa yang begitu singkat.

54 by you.

Ki pulak sporting habis! Sanggup berdiri lama untuk menyampaikan hadiah pada cucu-cucunya...

55 by you.

Tapi dah tak tahan lama sangat berdiri, tarik kerusi juga akhirnya Ki...he,he.

56 by you.

Ni ler tuan rumahnya..Ayah Chik dan Che De. Che De merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di sini. Ayah Chik dan Che De bertemu jodoh di Texas, USA..sama-sama tempat pengajian. Alhamdulillah..'asam di darat ikan di laut, di dalam kuali bertemu jua'.

57 by you.

Akhir sekali, penyampaian cenderahati untuk Wan dan Ki yang merupakan ketua keluarga yang sangat-sangat kami sayangi, cintai, sanjungi dan hormati..semoga Allah sentiasa merahmati keduanya..."Ya Allah, berkati, rahmati dan peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka telah memelihara kami semenjak kecil..."

58 by you.

Ucapan penutup dari Ki..penuh dengan lelucon, kata-kata semangat dan penghargaan. Terimakasih Ki. Cucu-cucu rupanya tak sangka dan tak tahu yang Ki pandai berceramah! Hebat sungguh!

59 by you.

Nasib baik cucu-cucu ni dah prepare dengan video setnya. Ceramah penutup dari Ki dan rakaman segala aktiviti yang bermula dari jam 5.45 petang sehingga 11.00 malam ini pasti akan menjadi kenangan yang amat bermakna buat kami!

Khemah 1 by you.

Khemah 2 by you.

Tinggallah anak-anak lelaki menyambung perkhemahan di rumah Ayah Chik...sementara anak-anak perempuan ikut Ummi masing-masing balik ke rumah...he,he. Esok paginya baru yang perempuan join perkhemahan santai di halaman rumah Ayah Chik! Terimakasih Ayah Chik atas sewa free untuk anak-anak saudara..best tak terkira!

Sehingga berjumpa lagi dalam program Rehlah Keluarga yang akan datang...InsyaAllah. Mabruk buat semua!

*************************************************************************************