Selasa, 6 Januari 2009

Jeritan Hati...

Assalamualaikum.

Sepinya diri ini hanya Tuhan yang tahu. Ya Allah, baru beberapa hari terpisah dari kedua-dua anak lelakiku, sudah terasa gundah-gulana dan rindu-dendamnya. Rindu pada suara gelak-ketawa dan gurau-senda mereka, rindu pada keriuhan suasana keduanya berlumba-lumba menaiki anak tangga bersama Abi setiap kali pulang dari masjid, rindu pada usikan nakal mereka terhadap adik-adik perempuannya. Walhal perpisahan ini hanya sementara cuma dan perpisahan ini juga semata-mata demi jihad fisabilillah dalam mencari ilmu. Bukanpun perpisahan jasad untuk selama-lamanya.

Ya Allah, tak dapat kubayangkan betapa saudara- saudaraku seIslam nun di Palestin yang sedang menderita akibat peperangan yang Maha Zalim. Ibu terpisah selama-selamanya dari anak yang dikasihi, anak terpisah dari ayah tercinta, suami terpisah dari isteri tersayang...Ya Allah, untuk membayangkannyapun terasa luluh hati ini, apalagi buat bahu yang memikul!

Buatmu anak-anakku, tiada yang Ummi harapkan dari kalian melainkan engkau kelak pulang sebagai mujaddid di jalan Allah. Tiada ibu yang sanggup berpisah dari anak-anaknya, tiada bapa yang sanggup melepaskan pemergian buah hati mereka...kalaulah tidak kerana jihad ilmu yang menjadi tuntutan.

Betapa sedih dan pilunya hati kerana perpisahan ini, tak mungkin menyamai kesedihan dan kepiluan yang dirasai oleh mereka, anak-anak Palestin...




*************************************************************************************

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betapa perpisahan antara ibu dan anak itu begitu mengharukan..sabarlah kak ummi, anak2 akan pulang jadi pembela Islam..

Tanpa Nama berkata...

Terimakasih adikku Nurizah.Moga dirimu jua diberi kekuatan oleh Allah,dik.InsyaAllah,itulah doa dari ibu yang sentiasa mengharapkan kepulangan anak-anak mereka sebagai pembela agama Allah,pewaris perjuangan Nabi!

Unknown berkata...

Salam Kak Ummi,
bersabarlah duhai hati, berpisah di dunia insya-Allah akan ketemu lagi tapi bila dipisahkan dari dunia dengan dua alam, hanya doa sahaja yg mampu mengikat pertaliannya.
moga anak-anak kak ummi akan menjadi anak-anak muda pewaris perjuangan Islam yang dadanya penuh ilmu dan jiwanya teguh iman serta fizikalnya cerdas bak kuda di gelanggang.

Salam Palestine.

Tanpa Nama berkata...

Ameen..Jkkhair Chik atas doa yang cukup berharga ini..