Selasa, 11 April 2017

TAHNIAH Anak-Anak Solehah Ummi!

Assalamualaikum.

Malam tadi Ummi terima panggilan dari Atiqah yang berada di Smaasza.

"Ummi apa khabar?"
"Alhamdulillah sihat. Atiqah? Ada apa-apa berita dari sana ke?"
"Alhamdulillah. Ummi, Atiqah dah dapat nombor periksa."
"Ya ke? Atiqah dapat no berapa?"
"Acu ummi teka."
"Alaaa...tak pandai Ummi teka. Kakak, cuba kakak teka Atiqah no berapa." Sambil Ummi menekan 'loud speaker' pada butang telefon. Kebetulan kakak ada di sebelah Ummi.
"No 3!" Kata kakak.
"Salah! Hehe..." kata Atiqah.
"Kalau gitu Ummi teka no 1 lah...hihi."
"Betul Ummi!" Kata Atiqah.
"Hah??!! Betul ke Atiqah no 1?" Serentak Ummi dan kakak bertanya kerana terkejut.
"Betullah tu Ummi...hihi. Alhamdulillah Atiqah dapat no 1 dalam kelas dan dalam tingkatan."
"Alhamdulillah...ya Allah... Tahniah, Tahniah Atiqah!"

Demikianlah perbualan Ummi, Atiqah dan kakak malam tadi. Syukur ya Allah atas kurniaan kejayaan cemerlang atas anak-anakku sejak dulu.

Baru-baru ni, kakak Aisyah juga dinobatkan pelajar terbaik dalam peperiksaan TOV Tingkatan 3 di Imtiaz Kemaman dengan merangkul bilangan A yang paling banyak. Selepas daripada itu, kakak (Amirah) pula dikurniakan kejayaan 10A dalam SPM. Allah...Fa-biayyi alaa'i Rabbikuma tukadzdziban (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

TAHNIAH anak-anak Ummi! Juga TAHNIAH buat Along dan Angah yang juga tidak pernah menghampakan Ummi dan Abi.

Cedoklah ilmu sebanyak mungkin. Tidak ada harta yang lebih berguna selain daripada ilmu. Ilmu pedoman hidup. Ilmu jugalah jambatan yang membawa kita ke syurga Allah.

Atiqah Maisarah...si bongsu solehah Ummi..moga dirimu terus cemerlang...

Suasana di temu murni semasa pengumuman Aisyah Farihah pelajar terbaik TOV Imtiaz Kemaman

Aisyah memang pemalu...susah nak bergambar. Terus cemerlang hendaknya nanti anak solehah Ummi!

Kakak selepas turun dari pentas...Alhamdulillah..moga nanti kakak di tempatkan di universiti dan kursus yang terbaik untuk dunia dan akhirat kakak...

Tiada ulasan: