Bukan tidak ada rasa terkilan kerana lamanya tak menulis, namun entah kenapa timbul kecamuk perasaan yang tak menentu sejak kebelakangan ini menyebabkan blog kembali tersadai tidak berjamah. Ramai yang memberi semangat secara personal kepada Ummi untuk kembali menulis. Ramai juga yang memohon untuk dituliskan tips pendidikan anak secara khusus buat ibu-ibu. Puas juga Ummi memaksa diri, namun idea tetap terasa kontang. Mungkinkah akibat perubahan hormon? Atau akibat perasaan yang masih belum menentu semenjak pemergian ibunda tercinta?
Tunggulah dan bersabarlah. InsyaAllah Ummi akan tetap akan kembali ke persada blog.
Izinkan Ummi mengubat perasaan rindu pada arwah ibunda tercinta melalui nasyid ini : Selamat Tinggal Ibuku...
2 ulasan:
Salam,
Takziah Ummi... hajat nak kunjungi Ummi diklinik tapi masih belum diizinkan Allah...
Saya kagum dengan cara didikan Ummi.. dan kerana saya bertemu dengan blog Ummi ini lah.. saya membuat keputusan untuk hantar anak ke TISPIN dan InsyaAllah.. tahun depan ke SRIP...
Doakan anakanda saya juga.. solehah seperti anak ummi..
Salam kasih sayang..
ummuAqila
Salam.
Salam takziah juga dari saya. Allah duga kita mcm2 bentuk, Insya Allah kak sekeluarga sentiasa diberi kekuatan dan rahmatNya.
Amin
Catat Ulasan