Isnin, 14 Mei 2012

Ibu, Jasamu Kukenang...

Assalamualaikum.

Awal Pagi 13 Mei 
"Assalamualaikum Ummi..Ummi, Selamat Hari Ibu!"...terkejut Ummi dengan deringan telefon awal pagi dari kakak di asrama. Rupanya kakak tak pernah lupa for the wishes untuk Umminya pada Hari Ibu. "InsyaAllah kakak akan selalu doakan Ummi, bukan pada Hari Ibu ni aja..."

Tengahari 13 Mei
"Assalamualaikum Ummi. Setiap hari adalah Hari Ibu untuk Ummi..." tertera mesej dari anakanda di Mesir pada Blackberry Ummi.

Malam 13 Mei
"Selamat hari Ibu, Ummi!" serentak Aisyah & Atiqah mengucapkan Selamat Hari Ibu sambil menghulurkan kad yang comel buat Ummi.


Subhanallah...terimakasih anak-anak Ummi. Jazakumullahu khairan kathira. InsyaAllah Ummi akan cuba jadi ibu yang terbaik buat anak-anak Ummi, ibu yang sentiasa memperbaiki kesalahannya serta ibu yang sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu keibuan demi melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, pemimpin orang-orang yang bertaqwa. Doakan Ummi sentiasa! Ummi saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang anak-anak Ummi.

Mari sama-sama kita menonton filem pendek ini bagi memperingati jasa dan pengorbanan seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa. Pendekatan berbeza untuk kali ini tetapi tontonlah sehingga ke minit yang terakhir walaupun selepas pesanan tekstual telah keluar. Ada mesej yang perlu kita hayati. Selamat menonton...:-D


Buat arwah ibundaku tercinta, hanya sekalung doa yang dapat kusisipkan..

"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Cucurilah RahmatMu ke atas roh ibuku Ya Allah. Tempatkanlah ibuku di kalangan hamba-hambaMu yang soleh serta di tempat yang istimewa di sisiMu. Terangkanlah kuburnya. Ya Allah, jauhkanlah ibuku dari azab kubur, azab di Padang Mahsyar serta azab api nerakaMu walaupun sedetik dengan RahmatMu ya Allah. Ya Allah, himpunkanlah kami kelak ya Allah di syurga FirdausMu tanpa hisab dengan RahmatMu..Amin Ya Allah..Amin Ya Rabbal'alamin..."



Tiada ulasan: