Kelmarin, semasa anak Ummi, Atiqah yang berumur 8 tahun menemani Ummi menyidai pakaian, sambil sembang-sembang, tiba-tiba Atiqah beritahu Ummi ; "Ummi, tadi kat sekolah, Atiqah bersin. Atiqah kata 'Alhamdulillah' tapi kawan-kawan Atiqah tak ada sorangpun nak jawab 'Yarhamukillah'. Macamana Atiqah nak doakan diaorang 'Yahdikumullah' Ummi. Semua senyap je..."
Tersenyum meleret Ummi dengar Atiqah cakap macam tu, menandakan dia dah faham besarnya manfaat doa. Dia nak kawan-kawannya doakan dia dan dia nak doakan untuk kawan-kawannya.
"Kalau macam tu, Atiqah ajarlah kawan-kawan Atiqah. Diaorang mungkin tak biasa amalkan sunnah tu." saran Ummi.
"Atiqah dah ajarpun Ummi..." jawab Atiqah dengan senyum lebar.
"Bagusnya Atiqah! Atiqah dah dapat pahala besar tu." Teruja Ummi dengan tindakan Atiqah.
Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah atas anugerah anak-anak yang solehah, detik hati kecil Ummi.
Jom sama-sama kita amalkan sunnah ini :