Rabu, 21 Mac 2012

Tips Untuk Pasangan Yang Sukar Mendapat Zuriat!

Assalamualaikum.

Hari ini Ummi nak kongsikan tips untuk pasangan suami-isteri yang ditakdirkan Allah sukar untuk mendapatkan anak. Bukan tips makan ubat atau apa jua siasatan yang selalu dilakukan oleh doktor-doktor di hospital tapi tips ini adalah tips dari al-qur'an dan hadith. Baik sekali kalau sekiranya rakan-rakan Ummi sesama doktor tidak lupa untuk menyampaikan tips ini kepada setiap pesakit mereka di samping kita mempraktiskan siasatan dan rawatan perubatan secara moden untuk mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Hanifah dalam musnadnya dari Jabir bin Abdillah r.a :

“Bahawasanya ada seseorang yang datang mengadap Nabi Saw dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, aku tidak diberi anak dan aku tidak memiliki anak seorangpun.’ Beliau Saw bersabda : ‘Di mana kamu dengan banyaknya beristighfar dan bersedekah yang dengannya engkau akan diberi anak?’ Maka orang itupun memperbanyakkan sedekah dan istighfar. Diapun mendapat sembilan orang anak laki-laki.”

Al-‘Allamah Mulla Ali Al-Qari dalam syarah hadith ini mengatakan, kemungkinan ini dikutip dari firman Allah SWT yang menceritakan tentang Nabi Nuh a.s :

“Maka aku katakan kepada mereka : ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh : Ayat 10-12)

Malah dalam hadith juga disebutkan :

“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberi penyelesaian bagi setiap permasalahan dan jalan keluar bagi setiap kesempitan, serta memberinya rezeki dari sisi yang tidak disangka-sangka.” – Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim dari Ibnu Abbas r.a.

Nah! Selama ini kita seringkali lupa dengan petunjuk dari Allah dan RasulNya. Mudahan-mudahan dengan amalan sedeqah dan istighfar yang berterusan ini dapat menjadi ubat yang mujarab untuk permasalahan kemandulan yang dihadapi oleh segelintir pasangan. Namun dalam kita berusaha, kita tetap pasrah dengan ketentuan Allah. Bukankah Allah SWT ada berfirman dalam surah As-Syura ayat 49 dan 50 yang maksudnya :

“Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Namun usaha tetap usaha. Kita tidak boleh berhenti berharap pada Allah dan jangan sekali-kali kita menyangka yang tidak baik kepada Allah. Teruslah berikhtiar! Semoga berjaya...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ummi,

Terima kasih..terima kasih jua di atas setiap artikel..ingatan dan peringatan..saya suka baca penulisan ummi dan mengambil panduan dari nasihat dan pandangan yang dituliskan..telah agak lama juga saya follow setiap post dari ummi dan menjadi silence reader..tapi kali ini saya merasakan yang saya ingin ummi tahu bahawa blog ummi tak sunyi dari pengunjung dan salah seorangnya adalah saya..teruskan segala usaha murni ummi..terima kasih..

~No.19, Putrajaya~

Tanpa Nama berkata...

Untuk dikongsikan bersama:

http://meletopbiz.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

kepada semua yang sy doakan dimurahkan rezeki
rm1/pc strip test upt pregnancy dan rm1.2/pc opk kesuburan
blogshop; http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/
TERMOMETER DIGITAL MURAH(rm20.00)
blogshop: http://termometer-digital-suhu-badan-bbt.blogspot.com/
email; zoolee84@gmail.com