Assalamualaikum.
Serentak dengan pengumuman turunnya rejim zalim, Husni Mubarak pada jam 12 tengah malam tadi, serentak itu jugalah anak-anak Ummi di khabarkan telah menaiki pesawat Garuda kembali ke Malaysia (masih belum tiba lagi di KLIA semasa artikel ini ditulis).
AllahuAkbar! AllahuAkbar! AllahuAkbar!
Akhirnya kebangkitan rakyat di Mesir telah membuktikan bahawa rakyat mampu membawa perubahan! Kita berdoa mudah-mudahan selepas ini Mesir berjaya membentuk kepimpinan yang akan mendaulatkan Islam secara total, bukan lagi Islam hanya pada namanya. Hanya Islam yang total yang akan menjanjikan keadilan, ketelusan dan pembelaan buat rakyat marhaen.
Mungkinkah Malaysia juga akan menurut jejak langkah negara-negara Arab yang mula berevolusi dalam menuntut keadilan? Ah, masih jauh lagi rasanya sifat rakyat marhaen Malaysia ini nak berubah ke arah itu. Kenapa? Kerana melayu mudah lupa! Hari ini mereka diterajang, esoknya kain batik percuma menjadi pengubat luka. Mereka mula lupa. Hari ini mereka di ratah, esoknya duit RM100 menjadi penawar kesakitan. Mereka mula lupa. Lupa kepada keperitan sekian lama hanya kerana kain batik percuma yang pastinya akan reput dan pudar dalam masa yang singkat. Lupa kepada kesusahan dan penderitaan berpuluh-puluh tahun hanya kerana huluran RM100 yang bertahan untuk beberapa hari sahaja! Itulah melayu.
Hari ini kita gembira dalam kesakitan. Gembira mendengar kemenangan revolusi yang berlaku di negara-negara Islam yang diperintah oleh rejim yang zalim. Sudah tentu kita turut merasai kegembiraan itu kerana kita adalah satu umat! Namun di sebalik kegembiraan itu, kita masih belum lepas dari rasa kesakitan. Kesakitan kerana negara kita sendiri masih dijajah oleh rejim yang zalim, Barisan Nasional!
Mampukah kita rakyat marhaen membuat perubahan?
Sabtu, 12 Februari 2011
Isnin, 7 Februari 2011
Nasib Anak-Anak Di Mesir: Perkembangan Terkini...
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Lebihkurang jam 4 petang kelmarin, Ummi menerima mesej dari Along dan Angah yang menyatakan mereka telah selamat sampai di Jeddah menaiki kapalterbang TUDM. Segala puji bagiMu ya Allah. Terasa terlepas satu bebanan yang sekian lama meruntun jiwa.
Sukar sekali rasanya untuk berkongsi perasaan dan gelodak jiwa seorang ibu. Seorang ibu yang kasihnya pada anak-anak tidak pernah berbelah-bahagi. Seorang ibu yang cintanya pada anak-anak, cinta tanpa syarat.
Di kala anak-anak tidak dapat dihubungi sedangkan di sana Mesir semakin bergolak, hanya keluhan pada Yang Maha Esa yang mampu menenangkan jiwa. Mana mungkin seorang ibu bisa lena dalam tidurnya sedangkan nasib anak-anak di sana tidak ketahuan. Mana mungkin seorang ibu bisa damai hatinya sedangkan anak-anak di sana berada dalam ketakutan. Tidak mungkin!
Sungguh dalam menempuh saat-saat sukar sebegini, pergantungan kepada Allah lah yang mampu mengubat hati dan mendidik jiwa.
Ummi menunggu kepulanganmu, Along dan Angah. Ummi tahu, Along dan Angah akan sentiasa dapat bertahan dan bersabar. Sungguh kalian beruntung kerana telah dipilih Allah untuk merasai cabaran itu. Cabaran berada dalam ketakutan di saat Ummi dan Abi jauh dari kalian, cabaran menahan perut yang lapar akibat kekurangan makanan, bahkan cabaran merasai seolah-olah nyawa berada di hujung tanduk di saat rusuhan yang meletus di hadapan mata. Sungguh segalanya ini akan menjadikan kalian orang-orang yang tabah dan berjiwa pejuang!
Jazakumullahu khairan kathira Ummi ucapkan buat semua sahabat-sahabiah serta pengunjung blog yang telah sama-sama mendoakan keselamatan mereka. Bahkan kata-kata semangat dari kalian yang Ummi terima melalui email, sms, komen di blog benar-benar telah membantu memberikan kekuatan buat Ummi. Terasa sekali kekuatan ukhuwwah di antara kita dikala ujian mendatangi diri. Kalian adalah sahabat sejati dunia dan akhirat!
Sabtu, 5 Februari 2011
Lagi Rusuhan Di Mesir: Indah Khabar dari Rupa?
Assalamualaikum.
Sehingga ke hari ini anak-anak Ummi masih belum dapat dipindahkan keluar dari Kaherah. Dah beberapa hari mereka berhimpun di Malaysian Hall...menunggu dan terus menunggu.
Malam tadi Ummi ikuti kesemua berita yang menyiarkan perkembangan di Mesir. TV3 dengan gahnya mewar-warkan bahawa kerajaaan akan menanggung penuh pengurusan pelajar-pelajar kita balik ke Malaysia diikuti berita ucapan terimakasih dari pelajar-pelajar Mesir kepada PM. Indahnya khabar! Bahkan segala-galanya merujuk kepada usaha dan keprihatinan kerajaan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyatnya. Namun apa yang berlaku, ramai ibubapa masih tertunggu-tunggu anak mereka di sana selamat dipindahkan...ke Jeddahpun cukuplah. Kami hanya mengharapkan mereka dapat keluar dengan segera dari kawasan yang sudah dikategorikan sebagai red zone! Menurut berita, semalam sahaja 18 penerbangan berulang alik dari Mesir ke Jeddah walhal dah beberapa hari bertanyakan perkembangan anak-anak di sana, tiada tanda-tandapun lagi mereka akan dibawa keluar. Pelik bin ajaib. Pada saat dan ketika ini rasanya para ibubapa tidak perlu lagi dipujuk dengan janji-janji manis. What we want is action!
Tamat berita perkembangan Mesir di TV3, Ummi beralih ke TV1. Ada juga berita perkembangan yang diharapkan. Menurut wartawan, modus operandi piramid menghadapi sedikit masalah hak pendaratan dalam mengangkut keluar pelajar. Perintah berkurung telah dipercepatkan ke jam 1 petang! Ini bermakna mereka hanya ada masa untuk mengangkut pelajar diluar waktu perintah berkurung dari jam 7 pagi sehingga 1 petang. Nah! Mungkin inilah jawapannya kepada persoalan yang bermain di kepala, kenapa anak-anak masih terpaksa terus menunggu.
Kenapa TV3 tak menyampaikan perkembangan berita yang diharapkan? Jelas sekali, berita-berita yang disampaikan hanya berita-berita yang mengampu kerajaan dan mengelabui mata rakyat! Ummi kecewa. Sangat-sangat kecewa!
Apapun, Ummi yakin ini adalah ujian buat para hambaNya. Anak-anak di Malaysian Hall masih terurus dibawah seliaan ustaz-ustaz mereka. Setiap kali mesej, merekalah pula yang selalu memberikan kata-kata semangat buat Ummi agar bersabar. Terasa sangat buah hasil didikan ustaz-ustaz di sana. Di saat-saat begini, mereka bergantung sepenuhnya kepada Allah. Solat hajat tetap diteruskan. Mereka adalah penghafal-penghafal al-qur'an. InsyaAllah doa mereka akan Allah kabulkan.
Mudah-mudahan hari ini Ummi akan terima berita yang lebih baik. Kami tetap akan saling memperkuatkan. Mesej terakhir Ummi semalam buat mereka :
"Banyak-banyak sabar, ya Along Angah. Inilah ujian. Kalau nak banding ujian dengan rakyat Palestin, jauh lebih ringan. Yang penting, dalam hati kecil Along Angah tu kena ada niat, kita juga bersama rakyat Mesir dalam perjuangan mereka melepaskan diri dari cengkaman kezaliman Husni Mubarak dan sekutu-sekutunya. Mudah-mudahan ada pahala jihad kita di situ. Ummi yakin lepas ini Along Angah akan lebih matang selepas menempuhi pengalaman yang tidak semua dapat dirasai oleh orang lain."
Kalaulah mereka telah selesai dalam jihad menuntut ilmu, rasa-rasanya ingin Ummi menjadi seperti Khansa' yang melepaskan ke empat-empat anak lelakinya ke medan jihad dengan kata-kata syair yang amat indah :
"Wahai anak-anakku, jika esok kamu bangun dengan sihat, bangunlah dengan penuh keberanian dan semangat. Bertempur, sambil meminta pertolongan kepada Allah SWT. Jika terlihat pertempuran bertambah seru, teruslah maju dengan semangat tinggi, ke medan pertempuran, bunuhlah pemimpin kafir itu. Insya Allah, kalian akan masuk syurga dengan penuh kemuliaan.”
Keesokan paginya, keempat-empat anaknya telah bangun. Dan satu demi satu berangkat menuju ke medan perang. Mereka bertempur sambil membacakan syair-syair ibunya. Apabila satu orang dari mereka telah syahid, maka disusuli pula oleh yang lainnya. Sampai semuanya syahid. Ketika ibunya telah mendengar tentang kesyahidan mereka, ia berkata, “Syukur kepada Allah yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka. Mudah-mudahan dengan kesyahidan mereka, dosa-dosa saya dapat diampuni oleh-Nya. Saya berharap kepada Allah dengan rahmat-Nya, mudah-mudahan saya dapat dikumpulkan kembali bersama keempat anakku itu dalam naungan-Nya”
InsyaAllah, masa untuk itu akan tiba juga kerana Ummi dan Abi sedang menyediakan kalian ke arah itu. Berjihadlah dahulu dengan ilmu setinggi-tingginya kerana selepas daripada itu jihad kalian akan lebih bermakna.

Selasa, 1 Februari 2011
Rusuhan Di Mesir: Kegalauan Hati Seorang Ibu
Assalamualaikum.
Mesir terus bergolak. Selama mana Mesir bergolak, selagi itulah hati ini tidak pernah tenang. Walaupun Ummi tetap bersama rakyat Mesir dalam perjuangannya menuntut kebebasan dari cengkaman kezaliman pemerintahan Hosni Mubarak, namun kerisauan dan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak Ummi yang masih berada di sana terus-terusan membadai di lubuk hati yang dalam.
Bermula Jumaat 28 Januari 2011, sudah menjadi kebiasaan waktu hujung minggu ini Ummi peruntukkan masa menunggu dihubungi oleh kedua-dua anakanda Ummi dari Kaherah melalui Yahoo Messenger. Namun puas ditunggu, Yahoo Messenger mereka tetap tak menyala. Naluri seorang ibu, mungkinkah sesuatu yang buruk berlaku di sana? Akhirnya Ummi terlena dalam kebimbangan.
Keesokan harinya barulah Ummi mendapat berita tentang rusuhan besar-besaran yang berlaku di Kaherah selepas solat Jumaat. Tepat sekali dengan masa anak-anak Ummi selalunya ke cyber cafe untuk menghubungi Ummi. Talian internet dan talian telefon disekat rupanya!
Jam 12.30 malam keesokan harinya, barulah Along dapat menghubungi Ummi melalui sms ringkas menceritakan keadaan di sana yang genting. Katanya, keadaan di sana macam perang. Bunyi letupan di mana-mana, polis berkeliaran, kereta kebal memenuhi jalan, kereta terbakar, rumah terbakar, lemparan batu dari perusuh, kedai-kedai semua tutup. Mereka semua di halang keluar untuk keselamatan.
Hari berikutnya, Ummi terima lagi sms dari Along. Katanya kat sana dah kena perintah berkurung. Bekalan makanan pula dah semakin berkurangan. Kedai-kedai dah tak beroperasi.
Petang kelmarin, Along sms lagi. Bekalan makanan hanya bertahan untuk selama 3 hari sahaja lagi. Ustaz-ustaz sedang menunggu keputusan kedutaan untuk membawa balik pelajar ke Malaysia atau ke negara-negara berdekatan. Mohon doa yang berterusan dari Ummi dan Abi.
Serentak itu juga, ustaz yang mengurus menelefon, minta ibubapa bersabar dan terus berdoa untuk keselamatan anak-anak di sana. Urusan dengan kedutaan sedang giat dilaksanakan. Berita terakhir katanya airport pula dibakar. Walau apa carapun, pelajar-pelajar akan cuba dikeluarkan dari sana seberapa segera yang boleh.
Ya Allah...hati ibu mana yang tak kerisauan. Tidurpun termimpikan anak-anak di sana. Sementelahan pula anak-anak Ummi masih di bawah umur. Hanya kata-kata semangat dan doa yang dapat Ummi sampaikan buat mereka.
Mohon doa juga dari pembaca-pembaca blog Ummi untuk keselamatan pelajar-pelajar dan seluruh rakyat Malaysia di sana, disamping kemenangan untuk rakyat Mesir dalam perjuangan mereka menuntut keadilan.

Langgan:
Catatan (Atom)