Rabu, 30 Jun 2010

Alhamdulillah, Masih Ada Rezeki...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah...

Masih ingat kisah Ummi terkena 'phishing' dulu? Boleh baca di sini...

Baru-baru ini Ummi dihubungi kembali oleh Inspektor bahagian jenayah komersial. Katanya : "Doktor, untuk report doktor tu, kita dah dapat tangkap pemilik akaun yang transfer duit doktor tu! Cuma masalahnya, dia ni innocent. Diapun terkena juga rupanya."

"Terkena juga?Macamana kisahnya?"

"Budak tu alkisahnya telah melabur dengan somebody dari Indon yang menawarkan pelaburan mudah. Masukkan aja duit, nanti tunggu keuntungannya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi...bla, bla, bla..."

Dek kerana percaya dengan janji-janji manis yang ditaburkan, maka si budak muda ni melaburlah dalam jumlah yang agak banyak.

"Rupa-rupanya, keuntungan yang dijanjikan itu dicuri pula dari akaun orang lain menggunakan no akaun bank si budak tadi. Itu yang akaun doktor terkena. Si budak ni tak tau apa-apapun. Bukan dia yang jalankan proses transfer tu. Bila dia nampak duit dah masuk, diapun kira nak keluarkan jerlah."

Nasib baik pada hari kejadian tu Ummi cepat bertindak membuat laporan ke bank. Terus akaun si budak tadi ditutup.

"Habis tu duit saya macamana Inspektor?"

"Duit doktor tu sepatutnya bank yang uruskanlah."

"Masalahnya bank dah hantar surat pada saya mengatakan yang pihak bank tidak dapat bertanggunjawab atas kejadian tersebut kerana kejadian itu berlaku atas kecuaian sendiri. Pihak bank tak terlibat. Saya rasa pihak polis kena gunakan kuasa polis untuk minta budak tu transfer balik duit dari akaun dia ke akaun saya kerana dah jelas dari report yang kami buat tu perpindahan akaun berlaku secara tidak benar."

"Ok doktor. Nanti saya akan cakap dengan boss saya."

"Terimakasih banyak Inspektor."

Beberapa hari selepas itu, Ummi dimaklumkan bahawa duit Ummi sebanyak RM4890 itu telahpun dipindahkan kembali ke akaun Ummi.

Alhamdulillah. Masih ada rezeki Ummi di situ...mungkin ianya asbab keberkatan derma yang kerap Ummi salurkan melalui akaun ini. Maha Suci Allah.


Ahad, 20 Jun 2010

Bumi Hijauku...

Assalamualaikum.

Kelmarin Ummi dapat lagi serangan migrain. 12 jam lamanya walaupun dah telan ubat! Bermula jam 12 tengahari, berakhir jam 12 tengah malam!

Pagi ni awal-awal lagi Ummi turun ke kebun mini di belakang rumah. Mudah-mudahan ianya menjadi rawatan alternatif sebagai salah satu ikhtiar pencegahan untuk mengelakkan migrain. Bukankah melihat panorama hijau itu mendatangkan ketenangan hati dan 'kesejukan pada mata'? (Ini formula Ummi sendiri). Mudah-mudahan menjadi...

Gambar-gambar di bawah ni dah agak lama Ummi ambil tapi malas nak download. Pagi ni dah hantar anak-anak ke sekolah, teringat pulak kat gambar ni. Jom kita berkongsi kesejukan mata di 'Bumi Hijau Ummi...'

Puteri-puteri Ummi...kat mana-manapun diaorang boleh posing. Haha..siap posing kat dalam kebun kangkung!

Jangan pandang kat luar pagar. Tengok pada pagar. Kacang panjang dah boleh petikpun...

Sayur bayam...juga salah satu kesukaan Ummi sekeluarga. Bibik pulak suka masak sup kaki ayam bayam. Enak!

Sayur kacang bendi atau kacang lendir. Sekali berbuah, tak boleh berhenti!

Pokok lada. Lada besar, cili api..semua ada. Masih cilik lagi. Hmm..kurang baja agaknya.

Sayur sawi renek. Tak tahu nama sebenar tapi Ummi panggil sawi renek sebab pendek aja batangnya. Ummi lebih suka sawi ni berbanding sawi batang hijau yang agak pahit tu. Sawi ni tak payah nak masak susah-susah. Masak bening (panggilan jawa untuk masak air) ajapun dah cukup enak.

Seronok, kan? Tengok gambarpun dah seronok, apalagi kalau tengok kebun ni betul-betul depan mata. Sekarang Ummi dah tak payah beli sayur kat luar lagi. Nak masak, petik aja. Alhamdulillah...memang berbaloi berbudi pada tanah.


Sabtu, 19 Jun 2010

Percutian Yang Bermakna...

Assalamualaikum.

Cuti sekolah kali ini benar-benar padat dengan aktiviti. Aktiviti yang penuh bermakna! Mudah-mudahan Allah mengiranya sebagai suatu amalan yang mendatangkan pahala.

Jumaat Pertama (4 Jun 2010) :

Kami ke Merdeka Beach Resort, Kedah untuk menghadiri Konvensyen PAPISMA kali ke-7. Sungguh mengujakan dapat bertemu kembali dengan sahabat-sahabiah. Ikatan yang dibina atas dasar iman tidak memungkinkan kami untuk mencipta seribu alasan bagi membenarkan ketidakhadiran kami dalam konvensyen yang amat bermakna ini. Apalagi dengan amanah yang digalas sebagai bendahari agung. Buat teman-teman, adik-adik, abang kakak seperjuangan...kemaafan jua dipohonkan sekiranya terdapat sebarang kekhilafan yang berlaku sepanjang amanah ini digalas. Hanya sekadar itu yang terbaik yang dapat disumbangkan buatmu PAPISMA.


Oleh kerana Abi dan anak-anak dah bercerita panjang lebarpun tentang pengkisahan sepanjang konvensyen ini, Ummi hanya perlu link kan sahaja ke blog mereka. Jangan lupa baca di sini ya :

1. Blog Buletin Papisma Terengganu
2. Blog Sesuci Kejora

Sepulangnya kami dari konvensyen yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu, terus kami melencong ke Georgetown Pulau Pinang untuk program ziarah. Dah lama Abi tak jumpa adik bongsunya yang tinggal di sana. Kami bermalam di rumah beliau sambil menikmati panorama bandar Georgetown dari tingkat 23! Gayat habis....! Nak tengok gambarnya? Jom ziarah blog anak Ummi yang rajin bercerita tu di sini...

Dari hari Jumaat sampai hari Isnin, kami sekeluarga bercuti. Nasib baiklah ada pengganti kat klinik. Itupun time malam aja. Sekarang ni nak cari doktor ganti siang-siang hari cukup payah sebab doktor kerajaan tak mau cuti.

Hari Selasa masuk klinik, hari Jumaat cuti lagi! Sakan....

Jumaat Ke-2 (11 Jun 2010) :

Ke mana pulak hari ini? Ke mana lagi kalau tak ke Muktamar Agung PAS di Putik, Kelantan. Bertolak awal subuh. Alhamdulillah sesampainya kami di sana, pembentangan ucapan dasarpun bermula. Ramainya manusia tak terkata. Parking kereta cukup jauh sekali. Nasib baiklah terserempak dengan YDP PAS Kawasan Kuala Trg yang membunyikan hon kat kami dan langsung menumpangkan kami terus ke pintu depan dewan! Jadi VIP lah pulak..hehehe. Tulah berkat namanya kan. Susah payah kita berusaha nak datang ke sini, Allah pasti kurniakan kemudahannya buat kita.

Sayangnya Ummi terlupa nak ambik gambar masa kat sini. Yang ada cuma gambar anak-anak yang enjoy sakan kat rumah bapa saudaranya. Budak-budak, kalau dah dapat jumpa sepupu sepapa macam tak ingat dunia..huhuhu. Jom kita layan tengok gambar anak-anak Ummi pulak kat blog sesuci kejora...

Jumaat Ke-3 (18 Jun 2010) :

Minggu ni Ummi dipertemukan dengan sahabiah lama Ummi masa sekolah menengah dulu. Ya Allah...dah 17 tahun tak bertemu! Kali terakhir kami berjumpa adalah semasa majlis perkahwinan beliau. Sekarang masing-masing dah ada 5 orang anak! Masa sekolah dulu, Ummi dan dia cukup rapat. Boleh dikatakan kemana-mana sahaja sentiasa bersama. Macam belangkas. Tak sangka bila dah habis SPM kami terpaksa berpisah. Masing-masing membawa haluan diri demi sekelumit ilmu.

Inilah dia best friend Ummi masa kat SESMA (Sekolah Sultan Mahmud,K.Trg) dulu...Wan Fatimah Azdee bersama anak bongsunya.

Keesokannya, tibalah masa untuk Ummi berceramah. Dah lama Ummi dapat jemputan untuk berceramah dalam seminar kesihatan yang dianjurkan oleh Nisa'. Mulanya teragak-agak juga nak berikan persetujuan tapi bila Abi cakap..."Terima jerlah Ummi..untuk jemaah." Akhirnya Ummi bersetuju. Dah tua-tua ni (hehe...) Ummi tak seaktif dulu dah berceramah. Saja nak kasi peluang kat orang-orang muda. Tapi setiap kali kita menolak setiap kali tulah pula pihak penganjur cakap orang muda payah nak kasi persetujuan. Pulak? Orang tua harapkan orang muda tapi orang muda entah ke mana pula perginya. Mudah-mudahan generasi pelapis PAPISMA (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia) mampu menyediakan orang-orang muda yang bersedia menyumbangkan tenaga untuk masyarakat pada bila-bila masa sahaja.

Kali ni Ummi bawa anak Ummi yang Ummi panggil kakak tu ke tempat ceramah. Kakakpun bukan main bersemangat lagi nak dengar Ummi ceramah. Ummi cerita kat kakak, "Masa kakak kecik dulu, Ummi selalu bawa kakak sekali ke tempat Ummi berceramah. Selalu Ummi letakkan kakak di sebelah Ummi. Harap-harapnya bila kakak besar nanti, kakakpun pandai berceramah."

Bila tiba masanya Ummi dijemput untuk berceramah, Ummi tengok muka kakak dah pucat putih. "Eh, kenapa kakak?" "Amirah rasa berdebarlah Ummi. Macam Amirah pulak yang nak berceramah." "Laa...apalah kakak ni. Ummi yang nak ke depan, bukan kakak. Hihihi..." Macam-macam pulak kakak ni.

Sambil-sambil Ummi berceramah, kakak dah Ummi tugaskan jadi camerawoman. Inilah dia hasil 'tangkapan' gambar dari kakak..hehe...

Ummi sedang memasang LCD untuk persembahan

Ceramah baru bermula. Masih semangat lagi tu..hehe...

Kakak tersandar kat dinding sambil menunggu Ummi siap berceramah. Satu hari nanti Ummi pulak yang nak bersandar kat dinding sambil mendengar kakak berceramah...boleh kan kakak?

Itulah alkisahnya sepanjang percutian kali ini. Bukan kitapun yang bercuti. Anak-anak yang cuti sekolah memanjang. Esok dah mula sekolah. Maka kembalilah kita kepada rutin kesibukan yang biasa. Awal pagi hantar anak ke sekolah, masuk kerja, keluar kerja, pergi bank, beli itu beli ini, ambik anak, balik rumah, gi kerja lagi, balik kerja, tidur. Isyhh..ruginya kalau di celah-celah kesibukan itu kita tidak meluangkan masa untuk akhirat juga, kan? Sambil bawak kereta, sambil dengar kuliah agama. Sambil tunggu suami ke bank, sambil baca buku. Sambil rehat sekejap di waktu tengahari, sambil bertafakur. Sambil itu, sambil ini dan macam-macam sambil lagi. Tentunya masih ada ruang-ruang kosong untuk kita mencari pahala...InsyaAllah.

Okay..sehingga bertemu kembali. Doa-doakanlah Ummi agar rajin-rajin menulis...

Ahad, 13 Jun 2010

Iqra'...Bacalah!

Assalamualaikum.

"Ummi,Ummi!Kenapa Ummi dah lama tak tulis blog?" Tanya kakak pada Ummi.

"Entahlah kakak.Malas semacam pulak Ummi sekarang.Kalau dah lama tak menulis cam tulah jadinya.Otak jadi beku!"

"Tulislah lagi Ummi..."

"Nantilah InsyaAllah, dah ada mood nanti Ummi tulis lagi."

Hmm...hari ni bukan ada mood sangatpun tapi bila tengok tarikh terakhir Ummi menulis rupanya dah hampir sebulan lamanya, tak tahan pula Ummi. Kena paksa diri juga untuk menulis hari ini.

Sepanjang Ummi tak menulis ni bukan Ummi tak pernah bukak blogpun. Setiap hari Ummi buka dan ziarah blog teman-teman. Habis cerita Ummi baca. Setiap hari juga Ummi baca buku-buku agama, novel Islami dan sebagainya. Malah kalau ke kedai buku, rasanya dah habis buku-buku yang Ummi minat Ummi dah beli. Minat membaca masih tinggi rupanya.

Anak-anak pernah bertanya. "Apa hobi Ummi?" Jawapan Ummi pastinya "Membaca".

"Ummi tak boring ke baca buku?" Jawapan Ummi pastinya "Tidak. Kenapa nak boring? Bukankah membaca itu satu nikmat."

Bertanya lagi mereka, "berapa buku Ummi baca sehari?" Jawab Ummi..."Tak terkira. Yang pasti di rumah, di klinik, dalam kereta, dalam beg, bawah bantal tidur dah tersedia buku-buku yang ingin Ummi baca setiap hari. Habis satu buku pasti Ummi akan gantikan dengan buku yang lain."

Sayangnya, hobi Ummi ini tak dapat diturunkan kepada semua anak-anak Ummi. Lain anak, lain hobinya. Susah juga nak menanamkan minat membaca dalam diri semua anak-anak Ummi. Bagi yang memang tak gemar membaca tu, puas disuruh barulah nak bukak buku. Baru 5 minit bukak buku, dah tertidur pula!

Pagi ini anak ke-4 Ummi, Aisyah bertanya ; "Ummi,Ummi...Ummi kerja tak hari ni?"

"Kerja. Kenapa?"

"Alahhh..kalau Ummi tak kerja, Aisyah nak mintak Ummi ajarkan Aisyah buat ayat. Aisyah tak pandai buat ayat lah Ummi. Susah Aisyah nak karang cerita."

"Aisyah nak tahu tak macamana caranya Aisyah boleh pandai buat ayat?"

"Nak!"

"Aisyah kena banyak membaca. Tu novel kakak berlambak tersusun kat rak, Aisyah bacalah. Tengok kakak? Kenapa kakak tak ada masalah karang cerita? Sebab kakak banyak baca novel, kan?"

"Yalah Ummi. Kawan Aisyah, Arini tupun pandai karang cerita. Diapun banyak baca novel. Nantilah Aisyah baca novel-novel kakak tu." Janji Aisyah...

Hmmm..bagaimana pula khabarnya dengan anak-anak lelaki Ummi di Mesir? Mudah-mudahan minat membaca telah timbul dalam diri mereka atas kesedaran sendiri.