Ahad, 18 Januari 2015

Perjalanan Aisyah Menuju Cita-Cita


Salam.

Subhanallah, MasyaAllah. Cepatnya masa berlalu. Suatu masa dulu, terasa bilalah anak Ummi Aisyah ni nak membesar dan naik ke sekolah menengah pula. Hari ini sudah tiba masanya Aisyah memulakan persekolahannya di peringkat menengah!

15 Januari 2015 - Bermulalah perjalanan Aisyah menuju cita-cita! Alhamdulillah, dengan kejayaan 5A dalam UPSR baru-baru ini, semua permohonan Aisyah untuk ke sekolah-sekolah berasrama penuh dan harian yang dipohon berjaya (kecuali MRSM Ulul Albab yang masih belum keluar lagi keputusannya sewaktu Ummi menulis pada hari ini). Segala puji bagiMu ya Allah.

Aisyah Farihah...sedari kecil semangatnya untuk belajar dan melakukan sesuatu pekerjaan yang diminatinya sentiasa membara! Sepanjang cuti sekolah baru-baru inipun, kalimat yang selalu Ummi dengar dari bibir Aisyah ; "Eiii..tak sabarnya Aisyah nak mula sekolah." "Ya Allah Ummi, kenapalah lambat sangat Form 1 boleh mula sekolah?" "MasyaAllah, tak sabarnya Aisyah nak dapat kawan-kawan baru."

Subhanallah. Itulah istimewanya Aisyah...

Akhirnya, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman (SMIYTK) menjadi pilihan Aisyah. Sudah terlalu lama Aisyah mengimpikan bersekolah di sini. Kecemerlangan kakaknya, Amirah Zahidah di sini menjadi sumber inspirasi buat Aisyah.

"InsyaAllah Ummi. Aisyah akan belajar bersungguh-sungguh di sini dan Aisyah akan berusaha untuk menjadi penyumbang kepada kecemerlangan sekolah, bukan sekadar berharap kepada sekolah untuk menjadikan Aisyah cemerlang." 

Kata-kata yang cukup matang dan bersemangat. Yes! Believe this my dear. What you give, you will get back! Aisyah berusaha untuk mencemerlangkan sekolah, InsyaAllah Aisyah sendiri akan jadi pelajar yang cemerlang. All the best Aisyah!!!

Bukti kesungguhan Aisyah! Tiada wajah sedih, tiada wajah sayu...
 
"Bye bye Atiqah...Kak Aisyah dah tak ke SRIP lagi. Haha..tinggal Atiqah sorang-sorang jer masih sekolah rendah lagi." Sempat lagi Kak Aisyah mengusik adiknya...

 "Bye bye rumah. Aisyah tinggal dulu ya.." Siap kat rumahpun Aisyah bye bye..hehe..happynya dia. 

 Singgah bersarapan di warung roti canai Ajil kegemaran arwah Wan sewaktu Ummi masih kecil dahulu.
 
 
Warung Che Pa akan tetap menggamit memori kenangan dengan kisah seorang budak kecil yang tak terperasan oleh si empunya warung untuk diambil pesanannya dek kerana saiz badan yang terlalu kecil. Balik ke rumah berlinangan airmata tanpa sekepingpun roti canai. Mujurlah arwah Wan pandai memujuk...

 Senyuman bahagia...hehe...tak pernah jumpa lagi ada pelajar yang boleh tersenyum girang nak ditinggalkan di asrama :-D

Mengisi sendiri dokumen pendaftaran.

 Yes! Aisyah kini sudah menjadi pemilik kad matrik SMIYTK. 
 
 
Aisyah dalam perjumpaan firqah Itqan yang dikendalikan oleh Cikgu Fatimah Salleh dan Cikgu Azira Yasmin.

 
Yihiii...Aisyah dah dapat katil dan almari locker sendiri! Excited habis Aisyah sorang ni...
 
 
Masa untuk mengemas! Kalau di rumah, itu memang kegemaran Aisyah. Anak yang rajin...
 
 
Jom kita potong alas tikar getah ni dulu buat lapik almari...
 
 
"Haisyyh..apalah kulat ni." Haha..Aisyah dah mula beraksi...
 
  
"Ummi tak payah pasang cadar. Biar Aisyah pasang sendiri..."Selamattt Ummi..hehe..

 
Keluarga jiran katil sebelah Aisyah! MasyaAllah...rupanya Encik Hashmi dah lama mengenali Ummi melalui blog ini dan segala apa yang Ummi catatkan berkenaan Imtiaz Kemaman dijadikan rujukan olehnya. Subhanallah...semoga ada manfaatnya sedikit penulisan dan penceritaan Ummi di blog ini. Terimakasih buat En Hashmi dan zaujahnya Amy kerana memanfaatkan penulisan Ummi. Terharu sangat rasanya...

 
"Abi! Candid lagi? Huhu..." Nak nangis ke nak ketawa entah Ummi tu..hahaha.. 

 
Bergambar kenangan bersama sahabat baru, Amy dan anaknya, Aqhinatul Qatriah yang akan menjadi rakan seperjuangan Aisyah di sini. 

 
Bawa Aisyah keluar untuk makan tengahari sebentar...
 
Dah nak balik, baru dapat jumpa kakaknya yang baru habis kelas. Aik? Yang mana satu kakak ni? Hehe...
 
  
Bergambar bersama dua anak dara solehah Ummi. 

 
 Kakak dah hijack kad matrik adiknya...haha. Kalau biar kakak jer ganti Aisyah untuk orientasi nipun orang percaya tu. Saiz kakak masih cam adik-adik form 1 juga..hehe.

Selamat tinggal anak-anakku. Tiada apa yang lebih berharga untuk Ummi Abi tinggalkan buat kalian melainkan ilmu yang bermanfaat untuk kalian hadamkan. Andai harta Ummi Abi wariskan, harta tetap akan habis. Andai keturunan yang Ummi gembar-gemburkan untuk dibanggai, keturunan tetap tidak menjamin kebahagiaan. Namun sedikit kesusahan yang akan kalian tempuhi dalam perjalanan menuntut ilmu dan mengejar cita-cita inilah yang akan menjadi jambatan untuk kita sama-sama berhimpun di syurga Firdaus suatu masa nanti. Subhanallah, MasyaAllah, AllahuAkbar!!!

Mabruk buatmu anakku tersayang!!! Selamat menempuhi perjalanan menuju cita-cita. Doa Ummi dan Abi akan sentiasa mengiringi InsyaAllah...

Rujukan Link :


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah anakku... dirimu selalu memnbanggakan abi dan ummimu... dirimu sangat ringan tulang membantu ummimu di dapur, membasuh baju, menggosok baju, melipat kain, mengemas rumah dan segalanya bagi meringankan tugas2 ummimu... moga kau akan menjadi insan solehah yang akan membanggakan umat... in sya Allah kerana itulah doa ummi dan abi... dan Allah telah berjanji akan memakbulkan doa2 ibu dan ayah... amiin...

Abi