Selasa, 20 Januari 2015

Cemerlang PMR 2014 : TAHNIAH Kakak!

Assalamualaikum.

Mabruk kakak (Amirah Zahidah binti Roslan)! Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong dan semangat lagi buat kakak melangkah ke alam upper form yang lebih mencabar. TAHNIAH dari Ummi, Abi, Along, Angah dan adik-adik. You deserve it!

Syukur padaMu ya Allah atas kurniaan rezeki anak-anak yang sentiasa membahagiakan dan membanggakan. Semoga kami semua sentiasa menjadi hambaMu yang semakin tunduk dan patuh atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah ini.

Jom kita INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN 27 Tips Motivasi Pelajar Cemerlang Oleh Dr. Shukri Abdullah ini :

1. Kejayaan saya di masa depan, ditentukan oleh tindakan saya sekarang , bukan prestasi saya masa lalu.

2. Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya. Ya, saya sendiri bukannya orang lain.

3. Saya boleh pilih untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semuanya terletak ke atas saya.

4. Ibu bapa, guru dan kawan-kawan hanya boleh membantu, tetapi saya yang kena bersuaha bersungguh-sungguh.

5. Samada saya mahu membuka pintu kecemerlangan seluas-luasnya atau tidak, terletak ke atas diri saya sendiri.

6. Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja bodoh.

7. Pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan anda.

8. Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal mencari alasan.

9. Selagi aku berusaha, selagi itulah aku berpeluang untuk berjaya.

10. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak saya berkorban, maka lagi baiklah peluang saya untuk berjaya.

11. Biarlah sakit untuk mendisiplinkan diri daripada sakit menyesal.

12. Pelajar cemerlang – Faham sepenuhnya

Pelajar sederhana – Faham sebahagian sahaja

Pelajar lemah – Banyak yang tak difahami

13. Perbezaan utama di antara pelajar cemerlang, sederhana dan lemah ialah DARJAH KEFAHAMAN sesuatu tajuk atau subjek yang dipelajari.

14. Rahsia kejayaan pelajar di sekolah: FAHAM APA YANG DIAJAR DI KELAS DAN APA YANG DIPELAJARI DI RUMAH.

15. Tidak ada pelajar BODOH, yang ada hanyalah pelajar yang FAHAM atau TAK FAHAM. Yang FAHAM pula, ada yang CEPAT FAHAM, ada yang LAMBAT FAHAM.

16. Lebih baik tidur awal dan lebih baik tidur di rumah, daripada tidur dalam kelas.

17. Berikan tumpuan dan konsentrasi- JANGAN TIDUR DI DALAM KELAS.

18. Tukarkan IMPOSSIBLE atau I’M POSSIBLE.

19. Salah satu sebab pelajar gagal – MEREKA SENDIRI TAK BERI PELUANG KEPADA DIRI MEREKA UNTUK BERJAYA. Kenapa – MEREKA TIDAK PERCAYA, TIDAK YAKIN AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI.

20. KEPERCAYAAN – Sesuatu perkara yang diterima sebagai benar. Ia mungkin benar, ia mungkin karut ! Ia menjadi benar jika kita mempercayainya,WALAUPUN SEBENARNYA IA PERKARA KARUT.

21. Pelajar yang malas belajar bukan jadi malas sebab mereka sememangnya suka jadi malas. Salah satu punca ialah MEREKA TIDAK MEMPERCAYAI KEBOLEHAN ATAU KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.

22. SIKAP POSITIF (YES, I CAN DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang akan diambil berupaya membuahkan hasil seperti yang diingini.

23. SIKAP NEGATIF ( NO, I CAN’T DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang diambil berkemungkinan tidak akan membuahkan hasil seperti yang diingini.

24. Saya mesti percaya bahawa saya akan berjaya jika saya mahu berjaya.

25. Minda adalah batasannya. Selagi kita dapat membayangkan bahawa kita boleh melakukan sesuatu, kita mampu melakukannya selagi kita mempercayainya 100%.

26. Maksud Hadith “ Empat perkara yang aku takut berlaku ke atas ummatku”.

Pertama – kuat makan

Kedua – Banyak tidur

Ketiga – Malas

Keempat – Lemah Keyakinan

27. Don’t just talk, DO IT.(Usah bercakap banyak, bertindak sekarang)

Kakak dipanggil ke pentas setelah diumumkan    sebagai pelajar cemerlang 11A di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman dalam peperiksaan PMR 2014!

Ummi turut mengiringi puterinya. Terimakasih kakak kerana sentiasa membanggakan Ummi dan Abi...

Hmm...perumpamaan kecik-kecik cili api nampaknya masih lagi sinonim dengan kakak...hehe..




Ahad, 18 Januari 2015

Perjalanan Aisyah Menuju Cita-Cita


Salam.

Subhanallah, MasyaAllah. Cepatnya masa berlalu. Suatu masa dulu, terasa bilalah anak Ummi Aisyah ni nak membesar dan naik ke sekolah menengah pula. Hari ini sudah tiba masanya Aisyah memulakan persekolahannya di peringkat menengah!

15 Januari 2015 - Bermulalah perjalanan Aisyah menuju cita-cita! Alhamdulillah, dengan kejayaan 5A dalam UPSR baru-baru ini, semua permohonan Aisyah untuk ke sekolah-sekolah berasrama penuh dan harian yang dipohon berjaya (kecuali MRSM Ulul Albab yang masih belum keluar lagi keputusannya sewaktu Ummi menulis pada hari ini). Segala puji bagiMu ya Allah.

Aisyah Farihah...sedari kecil semangatnya untuk belajar dan melakukan sesuatu pekerjaan yang diminatinya sentiasa membara! Sepanjang cuti sekolah baru-baru inipun, kalimat yang selalu Ummi dengar dari bibir Aisyah ; "Eiii..tak sabarnya Aisyah nak mula sekolah." "Ya Allah Ummi, kenapalah lambat sangat Form 1 boleh mula sekolah?" "MasyaAllah, tak sabarnya Aisyah nak dapat kawan-kawan baru."

Subhanallah. Itulah istimewanya Aisyah...

Akhirnya, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman (SMIYTK) menjadi pilihan Aisyah. Sudah terlalu lama Aisyah mengimpikan bersekolah di sini. Kecemerlangan kakaknya, Amirah Zahidah di sini menjadi sumber inspirasi buat Aisyah.

"InsyaAllah Ummi. Aisyah akan belajar bersungguh-sungguh di sini dan Aisyah akan berusaha untuk menjadi penyumbang kepada kecemerlangan sekolah, bukan sekadar berharap kepada sekolah untuk menjadikan Aisyah cemerlang." 

Kata-kata yang cukup matang dan bersemangat. Yes! Believe this my dear. What you give, you will get back! Aisyah berusaha untuk mencemerlangkan sekolah, InsyaAllah Aisyah sendiri akan jadi pelajar yang cemerlang. All the best Aisyah!!!

Bukti kesungguhan Aisyah! Tiada wajah sedih, tiada wajah sayu...
 
"Bye bye Atiqah...Kak Aisyah dah tak ke SRIP lagi. Haha..tinggal Atiqah sorang-sorang jer masih sekolah rendah lagi." Sempat lagi Kak Aisyah mengusik adiknya...

 "Bye bye rumah. Aisyah tinggal dulu ya.." Siap kat rumahpun Aisyah bye bye..hehe..happynya dia. 

 Singgah bersarapan di warung roti canai Ajil kegemaran arwah Wan sewaktu Ummi masih kecil dahulu.
 
 
Warung Che Pa akan tetap menggamit memori kenangan dengan kisah seorang budak kecil yang tak terperasan oleh si empunya warung untuk diambil pesanannya dek kerana saiz badan yang terlalu kecil. Balik ke rumah berlinangan airmata tanpa sekepingpun roti canai. Mujurlah arwah Wan pandai memujuk...

 Senyuman bahagia...hehe...tak pernah jumpa lagi ada pelajar yang boleh tersenyum girang nak ditinggalkan di asrama :-D

Mengisi sendiri dokumen pendaftaran.

 Yes! Aisyah kini sudah menjadi pemilik kad matrik SMIYTK. 
 
 
Aisyah dalam perjumpaan firqah Itqan yang dikendalikan oleh Cikgu Fatimah Salleh dan Cikgu Azira Yasmin.

 
Yihiii...Aisyah dah dapat katil dan almari locker sendiri! Excited habis Aisyah sorang ni...
 
 
Masa untuk mengemas! Kalau di rumah, itu memang kegemaran Aisyah. Anak yang rajin...
 
 
Jom kita potong alas tikar getah ni dulu buat lapik almari...
 
 
"Haisyyh..apalah kulat ni." Haha..Aisyah dah mula beraksi...
 
  
"Ummi tak payah pasang cadar. Biar Aisyah pasang sendiri..."Selamattt Ummi..hehe..

 
Keluarga jiran katil sebelah Aisyah! MasyaAllah...rupanya Encik Hashmi dah lama mengenali Ummi melalui blog ini dan segala apa yang Ummi catatkan berkenaan Imtiaz Kemaman dijadikan rujukan olehnya. Subhanallah...semoga ada manfaatnya sedikit penulisan dan penceritaan Ummi di blog ini. Terimakasih buat En Hashmi dan zaujahnya Amy kerana memanfaatkan penulisan Ummi. Terharu sangat rasanya...

 
"Abi! Candid lagi? Huhu..." Nak nangis ke nak ketawa entah Ummi tu..hahaha.. 

 
Bergambar kenangan bersama sahabat baru, Amy dan anaknya, Aqhinatul Qatriah yang akan menjadi rakan seperjuangan Aisyah di sini. 

 
Bawa Aisyah keluar untuk makan tengahari sebentar...
 
Dah nak balik, baru dapat jumpa kakaknya yang baru habis kelas. Aik? Yang mana satu kakak ni? Hehe...
 
  
Bergambar bersama dua anak dara solehah Ummi. 

 
 Kakak dah hijack kad matrik adiknya...haha. Kalau biar kakak jer ganti Aisyah untuk orientasi nipun orang percaya tu. Saiz kakak masih cam adik-adik form 1 juga..hehe.

Selamat tinggal anak-anakku. Tiada apa yang lebih berharga untuk Ummi Abi tinggalkan buat kalian melainkan ilmu yang bermanfaat untuk kalian hadamkan. Andai harta Ummi Abi wariskan, harta tetap akan habis. Andai keturunan yang Ummi gembar-gemburkan untuk dibanggai, keturunan tetap tidak menjamin kebahagiaan. Namun sedikit kesusahan yang akan kalian tempuhi dalam perjalanan menuntut ilmu dan mengejar cita-cita inilah yang akan menjadi jambatan untuk kita sama-sama berhimpun di syurga Firdaus suatu masa nanti. Subhanallah, MasyaAllah, AllahuAkbar!!!

Mabruk buatmu anakku tersayang!!! Selamat menempuhi perjalanan menuju cita-cita. Doa Ummi dan Abi akan sentiasa mengiringi InsyaAllah...

Rujukan Link :


Khamis, 15 Januari 2015

Hukum Membaca Dan Mengulang Hafazan Al-Qur'an Dalam Haid

IRSYAD FATWA KE-18 :

HUKUM MEMBACA DAN MENGULANG HAFAZAN AL-QURAN DALAM KEADAAN HAID

DITULIS OLEH ADMIN PMWP PADA 15 JANUARI 2015.

DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA

Pada awal tahun ini, sesi persekolahan baru bermula. Ramai dalam kalangan anak kita yang memasuki sekolah berasrama penuh dan yang berkonsepkan hafazan al-Qur’an seperti SEMESTA, IMTIYAZ, MRSM Ulul Albab dan juga tahfiz persendirian. Persoalannya, boleh ke anak-anak perempuan yang dalam keadaan uzur atau haid menghafaz al-Qur’an?

Jawapan

Alhamdulillah, pertamanya saya ucapkan tahniah kepada para ibubapa kerana mengambil prihatin dan tanggungjawab dalam memastikan pendapat yang dipilih tidak bercanggah dengan syariat Islam. Begitu juga atas kejayaan anak-anak yang telah melayakkan diri memasuki sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah yang lain.

Dalam masalah ini, terdapat dua pandangan.

Pertama : Haram. Inilah pendapat jumhur Fuqaha’. Mereka melarang wanita membaca al-Qur’an ketika dalam keadaan haid dan sedang berjunub berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar RA

لاَ تَقْرَأ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ

“Tidak  dibolehkan wanita  dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Qur’an.”

Riwayat al-Tirmizi (131)

Hadith ini dhaif di sisi sebahagian ahli ilmu kerana sebahagian riwayatnya Ismail bin Ayyash dari golongan Hijjaz dan riwayatnya daripada mereka adalah dhaif.

Kedua : Harus. Inilah pendapat ulama’ Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih iaitu dibolehkan untuk memegang al-Qur’an bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan mengajar dan belajar.

Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub. Ini kerana, hari-hari kedatangan haid itu berlangsung dalam tempoh yang lama. Maka, jika mereka dilarang membaca al-Qur’an, dibimbangi hafazan al-Qur’an mereka akan terluput. Sedangkan, berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.

Ianya juga memberi kemudahan kepada madrasah Tahfiz al-Qur’an untuk meneruskan pengajarannya sehingga para huffaz tidak melupai hafazannya disebabkan terhenti bacaan kerana haid.

Inilah juga pendapat tokoh ulama’ silam seperti Imam al-Bukhari, Imam Ibn Jarir al-Tabari, Ibn al-Munzir, al-Zahiryyah, al-Syaukani, al-San’ani, al-Sya’bi, pendapat Imam al-Syafi’i dalam qaul qadim yang telah dinukilkan oleh Abu Thaur. Antara ulama’ masa kini yang berpegang dengan keharusannya adalah Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaymeen, Syeikh al-Azhar Ali Tantawi. (Lihat Tawdhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, Syeikh Abdullah al-Bassam, 1/461)

Antara Kenyataan Mereka

Syeikh al-Dasuqi al-Maliki berkata : “Tidak ditegah dengan sebab haid membaca al-Qur’an dalam keadaan adanya darah sekalipun telah berlaku janabah sebelum itu.” (Lihat Hasyiyah ala al-Syarh al-Kabir al-Dardir, 1/284)
Syeikh Salih Abd al-Sami’ al-Abi berkata : “Tidak ditegah dengan sebab haid membaca al-Qur’an tanpa menyentuh Qur’an.” (Lihat Jawahir al-Iklil, 1/32)
Al-Mardawi al-Hanbali berkata : “Ditegah wanta haid daripada membaca al-Quran secara mutlak dan inilah yang sahih dalam mazhab Hanbali tetapi ada pendapat menyatakan tidak ditegah. Inilah yang dipilih oleh Syeikh Taqiyuddin Ibn Taimiyyah” (Lihat al-Insaf 1/347)
Ibn Hajar menukilkan daripada Ibn Rushd dan Ibn Battal bahawa dikehendaki Imam al-Bukhari yang berdalilkan keharusan membaca al-Quran bagi haid dan junub sedangkan tidak sah dari sisi musannif sesuatu pun hadis tentang itu (Lihat Fath al-Bari 1/486)
Malah, dalam masalah wanita yang sedang dalam nifas juga, dibolehkan untuk membaca al-Qur’an sebagaimana fatwa Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah : “Membaca al-Qur’an bagi wanita nifas dibolehkan jika dia khuatir akan boleh lupa bacaan al-Qur’an dengan sebab lamanya tempoh masa nifas tersebut. Tetapi, jika dia yakin bahawa dia tidak melupakan bacaan al-Qur’an tersebut, maka tidak perlu dia membacanya.” (Lihat Majmu’ al-Fatawa, Syeikh Ibn Taimiyyah, 1/636)
Tarjih

Kesimpulannya membaca al-Qur’an dan menghafaznya ketika dalam haid adalah DIBOLEHKAN berdasarkan sebab-sebab yang telah diterangkan. Di sini sekali lagi dinyatakan beberapa pendapat atau athar  dalam menyokong pendapat ini.

Direkodkan bahawa Saidatina Aishah membaca a-Quran dalam keadan haid. Inilah yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmuk 1/357, al-Tabarani dalam Awsat 2/98, Ibn Rajab dalam Fath al-Bari 1/46, Ibn Hazm dalam al-Muhalla 1/78-79.
Ini juga pendapat Ibn Abbas, Ibn Musayyib yang menyatakan keharusan membaca al-Quran bagi wanita haid termasuk Muhammad ibn Maslamah.
Saya menegaskan satu pendapat yang cukup baik yang dikemukakan oleh mantan Syeikh al-Azhar, Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq melalui bukunya Buhuthun wa al-Fatawa. Beliau menyatakan keharusan pelajar wanita yang dalam keadaan haid untuk menghafaz al-Qur’an dan membacanya ketika haid atas faktor peperiksaan atau ujian. Ini disebabkan kerana waktu tersebut adalah terhad dan terbatas. Justeru, kaedah darurat atau masyaqqah amat sesuai digunakan.

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa hukum wanita haid adalah sama dengan wanita nifas dalam bab membaca al-Qur’an yang mana wanita tersebut boleh memegang dan membaca al-Qur’an sekiranya wanita tersebut adalah guru atau murid. (Lihat Hasyiyah al-Dusuqi, 1/175)

Saya cadangkan juga pelajar dalam haid beralih kepada mendengar al-Qur’an melalui CD atau Youtube yang memungkinkan seseorang itu mengingati dan mengulang hafazan al-Qur’an.

Akhukum fillah

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

Isnin, 12 Januari 2015

Kembali Ke Sekolah

Salam.

Selamat kembali bersekolah, Atiqah. Semoga hari-hari yang dilalui pada tahun ini jauh lebih baik dari hari-hari yang ditinggalkan semalam.

2015 - hanya anak bongsu Ummi, Atiqah Maisarah sahaja lagi yang masih berada di tahap sekolah rendah. Kak Aisyah sudahpun melangkah ke Tingkatan Satu!

Apapun, InsyaAllah Atiqah sentiasa bersemangat! SRIP Tahfiz, Mu Tunggu Aku Datang..:-D

Menuntut ilmu kerana Allah. Al-Qur'an digenggam erat, buat pedoman sepanjang hidup :-)
 
Setiap awal pagi, sekolah dimulai dengan amalan solat dhuha. Alhamdulillah...