Rabu, 4 Julai 2012

Hadiah Kecemerlangan!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dalam peperiksaan OTI 1 dan OTI 2 baru-baru ini anak-anak Ummi, Aisyah dan Atiqah masih berjaya mengekalkan kedudukan tempat pertama di kelas masing-masing. Sebagai ganjarannya, Ummi Abi belikan scooter untuk mereka! Hehehe...anak perempuanpun dapat scooter? Bukan apa, asyik tengok diaorang terperap kat dalam rumah aja setiap petang, risau juga Ummi dibuatnya. Nak main basikal dah bosan agaknya. Semenjak Ummi belikan scooter ni, setiap petang Aisyah dan Atiqah kembali turun bermain di halaman rumah.

Tahniah Aisyah dan Atiqah atas kecemerlangan kalian!

Belajar, belajar jugak. Main tetap main...

Tengok diaorang main, Ummipun rasa teringin nak naik scooter ni...hehehe.

Memandu scooter sampai ke halaman belakang!
Belajar rajin-rajin ya, anak-anak Ummi. Mencari ilmu itu adalah kewajipan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini. Untuk menjadi manusia yang mulia, kita perlu mencari ilmu. Tanpa ilmu kita akan hina bukan sahaja di sisi manusia tetapi juga di sisi Allah SWT. Hadiah yang Ummi Abi berikan hanyalah sebagai ganjaran untuk anak-anak Ummi lebih bersemangat tetapi niat kita belajar bukan semata-mata untuk dapatkan hadiah. Kita belajar untuk mendapatkan Rahmat dan kasih sayang Allah kerana Allah sangat mencintai hamba-hambaNya yang menuntut ilmu.

Jom hari ini kita hafaz doa yang sangat bagus dalam kita menuntut ilmu!

 
 "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezeki yang baik. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak dimakbulkan serta amalan yang tidak diterima."