Ahad, 26 Februari 2012

Kaki Aisyah Dah Tak Kecil Lagi...

Assalamualaikum.

Hari ini 26 Februari 2012, genap umur Aisyah 10 tahun! Happy Birthday Aisyah...semoga dirimu akan sentiasa menjadi anak yang solehah, penyejuk mata Ummi dan Abi.

Terasa lainnya sambutan birthday untuk anak di tahun 2012 ni kerana di rumah hanya tinggal Ummi, Abi, Ki dan 2 anak perempuan. Kakak dah tinggal di asrama. Along dan Angah masih belajar di Mesir. Hmm...hilang mood sebenarnya nak buat sambutan tapi kesianlah pulak kat 2 anak yang kecil ni. Tak habis-habis si bongsu tu duk bertanya ; "Ummi nak sambut birthday Kak Aisyah tak?" Bukan apa si adik ni duk menyibuk, nak tumpang semulut kek birthdaylah tu..hehehe...

Dek kerana mood yang berkurang, kek birthday import jelah yang muncul. Nak buat sendiripun tak berbaloi. Dah tak ramai orang di rumah...

Ni dia birthday girl Ummi...dah 10 tahun rupanya Aisyah. Sekejapnya masa berlalu...

Ini ajalah yang tinggal di rumah sekarang. Ki tak ikut sekali bergambar...

Seperti biasa, Abi membacakan doa selamat...

Atiqah si bongsu nilah yang paling tak sabar nak kasi kakaknya hadiah. Tapi kan Atiqah ni, langsung tak boleh simpan rahsia. Awal-awal lagi rupanya dia dah kasitau kat Kak Aisyah apa hadiah yang dia belikan untuk kakaknya...huwaa...dah tak secretlah pulak.

Giliran Ummi pulak kasi hadiah. Nasib baik yang ini Atiqah tak ikut beli. Makanya hadiah dari Ummi masih jadi secret..hahaha...

Hadiah dari Abi...

Ummi dan Atiqah mewakili kakak untuk hadiah dari kakak..! Sedihnya kakak tak ikut sama kali ni dalam majlis. Tak apa kakak. Kakak kan sedang berjihad mencari ilmu tu. Samalah dengan Along dan Angah juga...

Semoga Aisyah dan semua anak-anak Ummi yang lain akan sentiasa belajar menghargai di antara satu sama lain. Bukan apapun tujuan Ummi dan Abi selalu buat majlis sambutan ni. Ummi dan Abi nak anak-anak bila dah besar esok akan sentiasa mengingati tarikh-tarikh penting sesama adik beradik dan keluarga. Belajar meraikan. Belajar menghargai. Mudah-mudahan hubungan anak-anak Ummi sesama adik-beradik serta sesama kedua ibubapanya akan sentiasa bertaut erat dan yang paling penting biarlah hati-hati kita ini akan sentiasa disatukan dalam iman....Amin.

Teringat pulak Ummi akan kisah Aisyah beri alasan tak nak sekolah masa umur Aisyah 5 tahun...siap bandingkan ukuran kaki Ummi dan kaki Aisyah (boleh baca di sini). Bila tengok kaki Aisyah lebih kecil dari kaki Ummi, terus Aisyah cakap.."Ha tengok tu! Kaki Aisyah tak besar macam kaki Ummipun lagi! Tak payahlah Aisyah sekolah..." Hohoho...tapi hari ni Aisyah dah dapat hadiah selipar yang sama saiz dengan kaki Ummi. Kaki Aisyah dah sama saiz dengan kaki Ummi.......! Kaki Aisyah dah tak kecil lagi.....:-D